Friday, April 23, 2010

my reminder

my boy is 1 year 4weeks. I must start to place good manner as 'please' and thank you' to him. I must talk to him more and name the items around him. Model the basics of good manners, i will bear in mind...boy, i really hope you will grow up with well-mannered:) Miss my cutie Jeremy and beauty Isabel...

Thursday, April 22, 2010

22-4-10 第一次的训练:SMK TAMAN MEDAN

第一次到这学校,感觉还好。只是那两位老师没什么次序的。。。唯有慢慢的改进吧。
那里的老师们还蛮合作的,也还很专心。最特别的是我遇见了一位USM的旧同学,Ratna。在present是有点紧张,但愿下一趟会放松一点,毕竟是第一次。唉!还有很长的路要走,也许我该好好学习享受吧。 感谢耶稣让我能够在教学十年以后,有新的体验,面对新的挑战,但愿一路走来有耶稣的恩典,然我所分享的都能够让更多学生受益。

novel Pahlawan Pasir Salak: kupasan & soalan

Biodata Pengarang “Pahlawan Pasir Salak

Pengarang novel ini “Pahlawan Pasir Salak”, Mohd Ismail Sarbini dilahirkan di kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor pada 5 Mei 1959. Mendapat pendidikan awal di Klang sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh. Setelah bertugas sebagai guru selama enam tahun, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama pada tahun 1991. Kini beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Telok Datok, Banting.
Dalam bidang penulisan, beliau lebih banyak memberi tumpuan dalam penulisaan novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Sehingga kini beliau telah menghasilkan 30 buah novel kanak-kanak dan remaja, dua buah antologi cerpen kanak-kanak (perseorangan), dua buah antologi cerpen dewasa dan 70 buah antologi cerpen kanak-kanak dan remaja(bersama penulis lain).
Mohd Ismail Sarbini pernah beberapa kali memenangi peraduan menulis . Antaranya, ialah:-
a) Hadiah ke-2 dan ke-3 dalam Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains DBP 1980 (Pulau Berukera dan Berukera dari Planet Ulba).
b) Hadiah pertama dalam Peraduan Menulis Novel Sejarah DBP 1981 (Pahlawan Pasir Salak).
c) Hadiah ke-2 dalam Peraduan Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II 1982 (Mendung Semalam).
d) Hadiah utama (kategori cerpen remaja) dalam Peraduan Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Jalidah Hidayati Nama Untukmu).
e) Hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Jalinan Kasih).
f) Hadiah ke-3 dalam Peraduan Menulis Cerpen Malayan Banking-DBP 1991 (Api yang Telah Padam).

Bab 1-Beringat Sebelum Kena
Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup warung.
Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan. Dari situ, dia melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu menarik perhatian Deli; apatah lagi apabila dia mendengar jeritan meminta tolong daripada salah seorang yang berada di dalam perahu itu.
Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu. Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng dari Durian Sebatang. Sesampai sahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak Wan telah dipukul.
Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.
*****
Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya , Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi. Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.
Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.
Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.
Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.
Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Bab 2-Senja Berapi.
Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak Itam.
Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang membawa perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada orang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.
Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta diri untuk pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang memberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.
Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.
*****
Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.
Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.
Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela kesal kerana ada orang Melayu yang sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian, Datuk Maharaja Lela akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela menegahnya. Datuk Maharaja Lela beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk Maharaja Lela itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela takut tetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan orang ramai faham.
Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan. Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai “anjing penjajah”.
Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk Maharaja Lela pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di keeliling pondok.
Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela itu menambahkan lagi semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.

Bab 3-Suara Dari Sungai.
Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.
Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga mesti diawasi kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu menyiasat.
Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela itu. Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.
Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu, mereka bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh Pak Itam dan pembantu-pembantunya.
*****
Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok kemudian menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu siap dibina sebelum tengah hari.
Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir Salak.
Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.

Bab 4- Orang dari Luar.
Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke tebing.
Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan membayar cukai.
Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.
*****
Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu. Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik hati.
Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-royong terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang penjajah.
Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.
Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.
Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.
Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.
Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke rumah.

Bab 5- Peristiwa di warung
Tiga orang lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.
Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.
Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.
*****
Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.
Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.
Deli mencurigai Lamsah.

Bab 6-Api Dalam Sekam.
Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.
Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.
Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.
Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.
*****
Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.
Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu kerana api cepat membakar pondok itu.
Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.
Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.
Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang berasa geram dan marah.
Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.
Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.
Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.
Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.
Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.
Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.
Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat mengagumi Datuk Maharaja Lela yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat. Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.
Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya itu.

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.
Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.
Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.
Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.
Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak muda Melayu iaitu Mat Arshad juga turun. Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.
Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.
Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.
Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.
Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.
Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.
Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak

Bab 9-Tiba Masanya.
Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.
Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.
Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan beberapa buah perahu yang dinaiki oleh orang-orang suruahan Inggeris dan askar sipahi sedang mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.
Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.
*****
Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor. Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.
Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang bersemangat itu diberi tepukan gemuruh oleh penduduk yang ada di situ. Selepas itu, Deli ke pondok kawalan bersama Lamin

Bab 10-Sumpah Pahlawan.
7 November 1875- pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela menunggu kedatangan angkatan Inggeris dalam kubu pertahanan di Bandar Tua tetapi angkatan itu tidak muncul juga. Datuk Maharaja Lela menyuruh Deli, Akub,Lamin dan Seputum serta kawan-kawanya meninjau keadaan di bahagian depan.
Sesampai di tempat itu, Seputum mengajak Deli, Lamin dan Akub memanjat untuk meninjau keadaan. Apabila mereka memanjat pokok, mereka tidak dapat melihat angkatan orang putih yang dikatakan ingin menyerang itu.
Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnyamasih menunggu di kubu pertahanan Bandar Tua. Ada antara pengikut Datuk Maharaja Lela tidak sabar menunggu kemunculan musuh. Akhirnya, Deli, Lamin dan Akub, dan Seputum memberitahu bahawa angkatan musuh sudah sampai dan kini berada Deli di Pasir Panjang dan mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan mengikut jalan darat dan satu kumpulan mengikut jalan sungai.
Apabila mengetahui berita itu, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu berhampiran dengan kubu dan satu lagi di tepi sungai. Pak Itam dan Pandak Endut menyertai kumpulan di tepi sungai manakala Datuk Maharaja Lela mengetuai angkatan di kubu pertahanan.
Lamin, Deli dan Akub bersama-sama Datuk Maharaja Lela di Bandar Tua. Semuanya sudah siap dengan senjata seperti lembing, parang, pedang, bedil pemuras, dan leta rentaka. Tidak lama kemudian angkatan Inggeris tiba dan seorang pemuda Melayu berjalan di depan mereka. Datuk Maharaja Lela dapat mengecam bahawa penduduk itu ialah Lamsah. Deli pula berazam hendak melakukan sesuatu terhadap Lamsah dan Datuk Maharaja Lela mengizinkanya.
Di belakang Lamsah diikuti oleh seorang Inggeris. Di belakang mereka pula terdapat beberapa orang sedang menolak meriam dan diikuti oleh aaskar-askar sipahi dan orang-orang Melayu yang memihak kepada Inggeris. Pengerakan tentera-tentera Inggeris ini dilihat oleh berpuluh-puluh mata yang sedang memerhatikan mereka dari atas bukit kecil.
Lamsah yang menyertai pasukan penjajah itu telah sampai di kaki bukit. Meriam yang dibawa akan ditolak beramai-ramai. Bagaimanapun, pasukan itu diserang oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya dengan menggunakan lembing, lela rentaka dan juga bedil pemuras.
Semasa berlaku pertempuran, Deli mencari Lamsah untuk membalas dendam tetapi Lamsah menghilangkan diri. Bagaimanapun, akhirnya Lamsah mati tertikam lembing di dadanya.
Dalam pertempuran itu juga, Deli berjaya membunuh seorang askar Inggeris yang hendak membunuh Datuk Maharaja Lela. Pihak penjajah mula berundur.penduduk Pasir Salak gembira dengan kemenangan mereka itu. Tidak ada seorang pun yang terkorban dalam pertempuran itu tetapi hanya mengalami cedera ringan sahaja.
Datuk Maharaja Lela kesal juga dengan kematian Lamsah kerana Lamsah merupakan anak Melayu yang memihak kepada Inggeris. Mayat Lamsah dibawa balik oleh mereka. Pasukan yang dipimpin oleh Pak Itam dan Pandak Endut yang berkubu di tepi sungai juga berjaya mengalahkan penjajah. Datuk Maharaja Lela gembira atas kejayaan itu.
Kemudian mereka pulang ke Pasir Salak dan berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela memyampaikan ucapan dengan penuh semangat di hadapan penduduk Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela tetap meminta agar penduduk berwaspada akan penjajah kerana mungkin mereka akan menyerang kampung itu lagi.
Semua penduduk berjanji akan melawan penjajah dan mempertahankan Pasir Salak.

NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK – ULANG KAJI
1.Peleraian Novel Pahlawan Pasir Salak.

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Peleraian ialah bahagian akhir dalam plot. Bahagian ini juga dinamakan bahagian antiklimaks. Dalam bahagian ini, segala konflik telah selesai dan cerita menuju pengakhirannya.
Peleraian cerita ini menggambarkan kejayaan penduduk Pasir Salak yang juga digelar Pahlawan Pasir Salak kerana berjaya mengusir panjajah Inggeris yang mahu mengutip cukai di Pasir Salak. Dalam cerita ini, Datuk Maharaja Lela selaku Ketua Kampung sentiasa mengingatkan anak buahnya bahawa mereka mestilah sentiasa bersatu padu dan berjaga-jaga. Hal ini demikian kerana penjajah Inggeris yang berjaya dihalau dari Pasir Salak mungkin akan datang untuk mengganggu mereka lagi. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela berharap mereka sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku. Walaupun Inggeris telah berjaya dihalau, anak-anak muda tetap berada dalam keadaan bersedia menghadapi apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku.

2.Persoalan kasih sayang dan pengajarannya.

Semasa tingkatan 2, saya telah mengkaji novel Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, saya mendapat pengajaran yang bermakna, yakni kita mestilah sayang akan keluarga dan tanah air untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat. Berikut ialah persoalan yang berkaitan dengan kasih sayang tersebut.
Kedatangan Inggeris membawa seribu keperitan hidup kepada penduduk Pasir Salak. Hal ini demikian kerana penduduk Pasir Salak dipaksa membayar cukai yang tinggi kepada Inggeris. Oleh hal yang demikian, penduduk yang berani berjuang menentang penjajah ini mempunyai semangat sayang akan negara kerana mereka enggan membenarkan Inggeris bermaharajalela di Tanah Melayu.
Deli merupakan anak yang taat dan sayang akan ahli keluarganya. Dia sedar bahawa sebagai anak, dia harus membantu keluarga dan meringankan beban ayahnya. Dengan membantu ayahnya, Pak Itam di warung yang berdekatan dengan pangkalan, Deli berjaya membuktikan kepada kita bahawa dia anak yang sayang akan keluarga.
Kasih sayang kepada anak yang telah meninggal dunia juga merupakan persoalan penting dalam novel ini. Pak Wan yang kematian anaknya, Nuar yang dipatuk ular sentiasa merindui anaknya. Hal ini membuktikan bahawa kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan tanah air.

3.PUNCAK ATAU KLIMAKS NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK.

Novel yang saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd Ismail Sarbini. Puncak atau klimaks ialah salah satu bahagian dalam plot karya sastera. Puncak atau klimaks ialah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karya. Berikut ialah peristiwa yan berlaku dalam bahagian klimaks novel ini.
Pada bahagian klimaks, kedatangan rombongan Inggeris ke Pasir Salak jelas menaikkan kemarahan penduduk. Hal ini demikian kerana Inggeris datang bersama tali barut seperti Lamsah dan Mat Arshad. Mereka datang menampal surat kenyataan mengutip cukai tetapi dikoyakkan oleh penduduk kampung.
Selepas kejadian itu, Datuk Maharaja Lela pun berjumpa dengan Seputum dan penduduk-penduduk kampung berkumpul di halaman rumah Datuk Maharaja Lela. Mereka diberi suntikan semangat cinta akan tanah air kerana bakal berjuang menentang Inggeris sehingga titisan darah terakhir.
Penduduk Pasir Salak membuat serangan dari depan dan hujung kampung. Hal ini menyebabakan Inggeris tidak dapat membuat persediaan rapi. Residen JWW Birch pula mati dibunuh oleh Seputum manakala Pak Endut berjaya menikam Mat Arshad yang menjadi pengkhianat negara.
Oleh sebab tahap ketegangan di Pasir Salak semakin memuncak, Kapten Innes dengan pasukan askarnya tiba untuk menahan serangan penduduk Pasir Salak. Walau bagaimanapun, penduduk Pasir Salak berjaya menentang kemaraan Inggeris sehingga memaksa Inggeris berundur dari Pasir Salak. Demikianlah bahagian klimaks novel ini.

Soalan dan Jawapan dan bahagian D

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.[ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini mengisahkan kebencian penduduk Kampung Pasir Salak terhadap kedatangan Inggeris yang ingin menjajah negeri Perak. Ketokohan Datuk Maharaja Lela selaku penghulu di kampung Pasir Salak dengan dibantu oleh tenaga-tenaga muda seperti Deli, Akub, dan Lamin telah berjaya menghalang niat askar-askar Inggeris untuk menawan Pasir Salak. Darah kepahlawanan Melayu yang dimiliki jelas meniupkan semangat juang tinggi yang tidak merelakan bumi mereka dijajah.Walaupun terdapat orang Melayu sendiri yang menjadi tali barut dan anjing penjajah, namun mereka telah berjaya dikalahkan. Kematian Residen Inggeris, J.W.W Birch yang datang untuk memungut cukai di Pasir Salak benar-benar telah menaikkan lagi semangat pengikut-pengikut Datuk Maharaja Lela untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah mereka.Dengan peristiwa itu, pihak Inggeris telah menghantar pasukan tenteranya yang lengkap bersenjata serta meriam untuk menawan Kampung Pasir Salak. Kedatangan tentera Inggeris ini telah pun dinanti-nantikan dengan perancangan peperangan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak buahnya. Peperangan telah meletus dan akhirnya pihak Inggeris telah berjaya ditewaskan dengan kebijaksanaan serta kepahlawanan Datuk Maharaja Lela dan penduduk Kampung Pasir Salak.

Soalan 2 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan semangat perjuangan menentang penjajah. Perjuangan ini dapat dikesan menerusi perwatakan Deli, Lamin, Akub, Datuk Maharaja Lela dan beberapa orang watak yang lain. Mereka membakar pondok mengutip cukai, enggan membayar cukai, membunuh Residen Birch dan menentang Inggeris yang menyerang Pasir Salak.Persoalan pertama ialah tekanan penjajah. Buktinya, penjajah mengenakan cukai yang tinggi sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan. Mereka juga merampas hasil Pak Wan.Persoalan kedua ialah perasaan dendam. Buktinya, Deli mendendami Lamsah yang mengkhianati penduduk Pasir Salak. Pada mulanya Lamsah berbaik-baik dengan penduduk Pasir Salak tetapi akhirnya bertindak membakar pondok kawalan yang dibina oleh orang kampung.Persoalan ketiga ialah kepimpinan yang berkesan. Datuk Maharaja Lela merupakan seorang Ketua Kampong Pasir Salak yang memperlihatkan cara beliau memimpin dengan penuh kesabaran di samping perancangan yang teliti sehingga menyelamatkan Pasir Salak daripada menjadi mangsa penjajah.Persoalan keempat ialah muafakat membawa berkat. Oleh sebab penduduk Pasir Salak sentiasa hidup dalam keadaan saling membantu dan muafakat, mereka bekerjasama membina pondok kawalan dan membuat rondaan.

Soalan 3:
Huraikan Watak dan perwatakan bagai watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak utama novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Beliau merupakan penghulu Kampung Pasir Salak. Di rumah beliau terdapat gelanggang silat bagi melatih anak-anak muda kampung. Beliau seorang yang berpengalaman mentadbir kampungnya sehingga disegani oleh penduduk.Beliau seorang yang mencintai tanah air. Buktinya, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat kepada penduduk Pasir Salak supaya berjuang mempertahankan kedaulatan Pasir Salak. Beliau juga melarang penduduk kampung membayar cukai.Selain itu., beliau juga seorang yang berani. Tindakannya yang nekad dan tidak menghiraukan penjajah Inggeris dengan membakar pondok mengutip cukai dan mengoyak surat kenyataan mengutip cukai sudah cukup membuktikan keberaniannya.Tambahan pula, beliau seorang yang berhati-hati dan tidak terburu-buru. Beliau mengambil tindakan mengikut pemikiran, bukannya perasaan. Beliau tidak membenarkan pengikut-pengikutnya bertindak melulu terhadap wakil-wakil Inggeris yang membina pondok mengutip cukai.Lebih-lebih lagi, beliau pandai merancang strategi. Datuk Maharaja Lela pintar menghadapi serangan pihak Inggeris. Beliau menyuruh pengikut-pengikutnya membina kubu di Bandar Tua untuk menghadapi serangan musuh.

Soalan 4 :
Huraikan empat watak dan perwatakan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Watak sampingan pertama ialah Pak Itam. Dia merupakan bapa kepada Deli dan pembantu Datuk Maharaja Lela semasa melatih anak-anak muda bersilat. Dia seorang yang amat menghormati ketuanya, Datuk Maharaja Lela. Pak Ita juga merupakan seorang yang tegas. Dia tegas semasa mendidik anaknya, Deli. Selain itu, Pak Itam juga seorang yang mencintai tanah air. Dia berjuang dan bersemangat tinggi menentang penjajah. Dia juga bersemangat tinggi menghadapi kedatangan Inggeris.Watak Sampingan kedua ialah Pak Wan. Dia digambarkan sebagai seorang yang sudah berumur tetapi menghormati jiwa anak-anak muda. Dia ialah bapa saudara Lamin. Dia seorang yang sensitif. Hal ini demikian kerana dia berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular. Dia seorang yang rajin. Dia menghulurkan bantuan semasa membina pondok kawalan dan kubu pertahanan di samping rajin meronda.Watak sampingan ketiga ialah Mamat. Dia merupakan abang saudara Deli yang baru berumah tangga yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.Watak sampingan yang memainkan peranan yang agak penting ialah Seputum. Walaupun wataknya hanya muncul sekali-sekala, Dia merupakan pahlawan yang bersemangat tinggi. Datuk Maharaja Lela yang yakin akan kebolehannya telah menyebabkan dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, yakni membunuh Residen Birch. Dia seorang pejuang yang memiliki semangat cinta akan tanah air. Keberanian yang ada pada watak Seputum wajar kita contohi.

Soalan 5 :Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot atau jalinan peristiwa dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini.Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris.Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak.Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya.

Soalan 6:
Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Teknik penceritaan pertama ialah imbas kembali. Imbas kembali ialah mengingati sesuatu peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Buktinya, Pak Wan berasa sedih apabila mengenangkan anaknya, Mat Nor yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.Teknik plot kedua ialah imbas muka. Imbas muka ialah pengarang memberi gambaran atau ramalan tentang sesuatu yang bakal berlaku. Buktinya, Deli dan Mamat dapat membayangkan bahawa peperangan akan berlaku sekiranya Inggeris datang ke Pasir Salak.Teknik plot ketiga ialah monolog. Monolog ialah pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri, orang lain atau pembaca. Bukti penggunaan teknik ini ialah ketika Deli yang hanya tersenyum apabila menerima kedatangan Lamsah. Dia seolah-olah sedang berfikir tentang sikap Lamsah yang seperti ada udang di sebalik batu daripada pertemuan kali pertama itu.Teknik seterusnya ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati atau watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Dalam novel ini, pengarang menggunakan teknik ini ketika Deli melihat orang yang sedang berkayuh di dalam perahu menuju ke pangkalan. Antara petikannya ialah: “Siapa pula tu?” bisik Deli sambil mengecilkan matanya; memandang ke arah perahu.

Soalan 7:
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar tempat pertama ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Buktinya, tempat ini menjadi tempat anak-anak muda berlatih silat. Di sini juga penduduk Pasir Salak selalu berkumpul untuk mendengar ucapan daripada Datuk Maharaja Lela.Latar tempat kedua ialah warung Pak Itam. Di sinilah berlakunya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakannya dengan wakil Inggeris yang ingin mengutip cukai daripada Deli yang membuka warung di situ.Latar tempat ketiga ialah sungai. Buktinya, Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum di situ.Latar tempat keempat ialah rumah Pak Itam. Buktinya, Deli menceritakan kepada ayahnya mengenai peristiwa Lamin dan Pak Wan diserang oleh anjing penjajah.Latar tempat seterusnya ialah pondok kawalan. Pondok kawalan ini terletak berhampiran pangkalan. Di sini, Deli, Lamin, dan Akub mengawal keselamatan mengikut giliran. Mereka ingin memastikan keselamatan penduduk Pasir Salak.

Soalan 8:Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Jarak masa sepanjang perjalanan cerita novel ini ialah lebih kurang 8 bulan iaitu bermula pada bulan Mac 1875 hingga 7 November 1875. Cerita bermula dengan peristiwa Deli membantu Pak Itamnya di warung dan cerita berakhir di rumah Datuk Maharaja Lela selepas pihak Inggeris berundur.Perjalanan cerita berlangsung pada zaman penjajahan Inggeris di tanah Melayu. Pada 1875, Residen Birch memaksa Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor yang membolehkan pihak Inggeris mengutip cukai di negeri Perak.Pada waktu malam pula. Biasanya penduduk kampung berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela dan mendengar nasihat daripada beliau. Anak-anak muda juga berlatih silat pada waktu sebegini.Waktu pagi juga merupakan latar masa yang agak penting. Pada waktu tersebut, Deli, Lamin, dan Akub membina pondok kawalan di pinggir sungai Perak.Pada lewat petang dan senja, Biasanya Deli membantu bapanya Pak Itam menutup warung. Pada ketika itulah Deli terlihat Pak Wan yang tercedera dipapah oleh Lamin kerana cedera dipukul anjing penjajah.

Soalan 9:Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang
dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat penduduk kampung. Contohnya, semua penduduk di Kampung Pasir Salak ialah penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.Latar masyarakat kedua ialah masyarakat remaja dan dewasa. Contohnya, Deli, Lamin, Akub, dan Lamsah adalah antara golongan remaja manakala Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Pak Wan, Pak Endut merupakan contoh masyarakat dewasa.Masyarakat asing juga ada. Bukitnya, askar Inggeris, Askar Sipahi, dan pembesar-pembesar Inggeris seperti Kapten Innes, Nakhoda Orlong, dan Residen Birch ialah orang asing.Latar masyarakat keempat ialah masyarakat yang menderhaka kepada tanah air. Buktinya, Lamsah dan Mat Arshad ialah antara tali barut atau anjing penjajah yang menderhaka kepada tanah air sendiri.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat bandar. Buktinya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu. Dia mencintai tanah air. Buktinya, dia sering menyampaikan maklumat dari Bandar Bharu kepada Pak Itam dan Datuk Maharaja Lela tentang rancangan Inggeris yang hendak menguasai Pasir Salak.

Soalan 10:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Nilai pertama ialah kasih sayang. Buktinya, Pak Wan amat menyayangi anaknya, Mat Nor. Dia masih terkenangkan anaknya itu walaupun Mat Nor telah meninggal dunia setahun yang lalu.Nilai kedua ialah cinta akan tanah air. Buktinya, penduduk Kampung Pasir Salak berani menentang angkatan Inggeris, walaupun mereka tidak mempunyai senjata-senjata moden.Nilai ketiga ialah hormat-menghormati. Buktinya, penduduk Pasir Salak amat mentaati dan menghormati ketua mereka, Datuk Maharaja Lela.Nilai keempat ialah kerajinan. Bukitnya, Deli rajin membantu ibu bapanya di warung. Selain itu, penduduk Pasir Salak juga rajin membina pondok kawalan dan berkawal mengikut giliran.Nilai seterusnya ialah taat beragama. Buktinya, Deli digambarkan sebagai seorang remaja yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya. Nilai-nilai yang ditunjukkan dalam novel ini wajar kita teladani.

Soalan 11:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Pengajaran pertama ialah kita perlu mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sebagai anak jati negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan kemerdekaan. Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Maharaja Lela dan penduduk Pasir Salak yang sentiasa menentang rancangan dan kehendak Inggeris patut kita contohi.Pengajaran kedua ialah kita tidak patut menderhaka kepada tanah air. Hal ini demikian kerana menderhaka kepada tanah air ialah perbuatan yang keji. Misalnya, Lamsah dan Mat Arshad yang menderhaka kepada tanah air akhirnya dibunuh dengan sia-sia.Pengajaran ketiga ialah kita patut membantu orang yang ditimpa kesusahan. Tindakan Deli menolong Pak Wan yang dipukul oleh “anjing penjajah” dan tindakannya yang pernah menyelamatkan Lamsah patut kita teladan.Pengajaran keempat ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan semua pekerjaan. Bukitnya, sikap penduduk Pasir Salak yang sentiasa bekerjasama dalam segala hal, terutamanya semasa bekerjasama membina pondok kawalan dan bekerjasama mengawal serta menentang Inggeris. Berkat usaha dan kerjasama, mereka telah berjaya mengalahkan angkatan Inggeris yang menyerang Kampung Pasir Salak.Pengajaran seterusnya ialah kita mesti taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana mentaati ibu bapa adalah dituntut agama. Oleh itu, sikap Deli yang rajin menolong ibu bapanya serta menghormati ibu bapanya perlu kita jadikan teladan.

Soalan 12:
Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Dia menghela nafas panjang-panjang seperti orang yang baru lepas dikejar harimau.
Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Udara yang dingin berubah menjadi panas dibakar api bencikan Inggeris. Api ialah unsur konkrit manakala bencikan Inggeris ialah unsur abstrak.
Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:“Bertenang. Bertenang saudara-saudaraku. Bertenanglah,” kata Datuk Maharaja Lela. Perkataan bertenang diulang sebanyak 3 kali.
Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Malam itu bulan agak pucat di balik awan. Dalam contoh tersebut, bulan digambarkan seperti sifat manusia, iaitu pucat.
Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Bukitnya, anak tunggal, gigi air, memasang telinga, tali barut, sakit mata, mengambil berat dan banyak lagi.
Baharu!
Novel Pahlawan Pasir Salak mengetengahkan Deli sebagai watak utamanya. Deli merupakan seorang anak muda kelahiran Kampung Pasir Salak. Beliau memiliki ilmu persilatan dan mengusahakan warung di pangkalan. Deli merupakan seorang yang bersemangat cinta akan tanah air. Deli sanggup berkorban untuk mempertahankan bumi Pasir Salak hingga ke titisan darah yang terakhir. Deli juga menyertai Datuk Maharaja Lela untuk bertempur dengan pihak penjajah d Bandar Tua. Pertempuran tersebut dimenangi oleh pihak penduduk tempatan. Selain itu Deli juga sangat menghormati orang tua dan pemimpin. Deli menghormati bapanya dan juga sangat bangga dengan kehebatan Datuk Maharaja Lela. Bagi menolong bapanya, Deli membantu untuk menjaga warong milik bapanya.
Deli juga digambarkan sebagai seorang yang taat akan perintah agama. Deli tidak berlengah-lengah untuk mengerjakan sembahyang apabila tiba waktu sembahyang. Kesimpulannya Deli merupakan seorang anak muda yang memiliki perwatakan yang positif dan baik.

novel panas salju:kupasan & soalan

SIPNOSIS BAB DEMI BAB
BAB 1 – Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan ke kampung isterinya di Kampung Sungai Baru Melaka. Dia membantu pasangan seikh kerana kereta mereka terjunam ke dalam sungai. Pada mulanya Bushrah tidak mahu menolong namun dia terpaksa akur. Pasangan seikh itu dihantar ke Hospital Seremban setelah tiba disana hari sudah lewat malam. Keesokan harinya, mereka pergi ke Felda Ulu Tebrau menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli Nazirah. Dalam perjalanan keretanya rosak, dengan bantuan seorang lelaki Cina kereta Zulkifli dapat diperbaiki.

BAB 2 – Zulkifli melihat banyak perubahan di Felda Ulu Tebrau. Semasa majlis perkahwinan berlangsung Zulkifli berjumpa Maliyudi bersama isterinya Saleha bersama anak-anaknya. Zulkifli menceritakan tentang penyakit yang dihadapi oleh anaknya Nadhirah kepada Maliyudi. Maliyudi berasa kasihan kepada Nadhirah.

BAB 3 – Zulkifli dan Bushrah berbincang mengenai penyakit Nadhirah. Zulkifli mengambil keputusan mendedahkan masalahnya di akhbar. Pada mulanya Bushrah malu namun terpaksa akur. Bushrah mahu Nadhirah sihat selalu. Di samping itu Zulkifli membuat permohonan untuk tukar kerja ke Hospital melaka kerana sudah jemu berulang alik ke Kuala Lumpur.

BAB 4 – Zulkifli ke pejabat utusan Malaysia menyatakan hasratnya. Wartawan yang menemubualnya bernama Mohd Yusuf. Mohd Yusuf berasa simpati terhadap penyakit Nadhirah. Selepas itu, Zulkifli ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat permohonan bertukar ke Hospital Melaka. Kemudiannya dia pergi menjemput isterinya.

BAB 5 – Pada hari itu Zulkifli dan Bushrah ke Seminar Anak Cemerlang. Zulkifli dan Bushrah pergi ke atas kesedaran untuk menimba ilmu bagi mendidik anak supaya menjadi cemerlang. Zulkifli dan Bushrah juga menghantar Nazli ke Tadika NURU apabila berumur 4 tahun.

BAB 6 – Penderitaan Nadhirah yang mengidap penyakit rosak hati dan hempedu tersiar di Utusan Malaysia. Mereka tidak menyangka Nadhirah menghidap penyakit kronik. Sementara itu, Nadhirah tidak ke sekolah pagi itu. Gurunya menasihatinya agar berehat sahaja di rumah. Disekolah Bushrah menjadi tumpuan rakan-rakanya, sekolah tempat Bushrah berkerja juga telah melancarkan kutipan derma untuk keluarga Bushrah.

BAB 7 - Tan Sri Shamsuddin sedih membaca kisah Nadhirah. Dia ialah Pengarah Sapura Holdings. Beliau kemudian segera menghubungi isterinya, Puan Sri Sapura untuk menyatakan hasratnya. Kemudian beliau menelefon rumah Nadhirah pula. Nadhirah yang menjawab panggilan itu. Pada sebelah malam pula, Tan Sri Shamsuddin menelefon sekali lagi dan dijawab oleh Zulkifli. Tan Sri Shamsuddin memintanya datang ke pejabat keesokan hari.

BAB 8 - Zulkifli bertemu dengan Tan Sri Shamsuddin di Pejabatnya dan membincang
mengenai kesedihan Tan Sri Shamsuddin membantu keluarganya.
Sebelum pulang Tan Sri Shamsuddin menghadiahkan kepada Zulkifli cek RM50 000.00 sebagai permulaan sumbangannya. Sebelum pulang, Zulkifli segera ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan cek itu.

BAB 9 – Berita kesedihan Bushrah mendermakan hatinya mendapat pelbagai reaksi. Namun dia tidak mempedulikannya. Wartwan Mohd Yusuf telah mewawancara Bushrah mengenai perkara itu. Zulkifli pula menyokong dan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu.

BAB 10 – Nadhirah dan ibunya, Bushrah menonton filem ` Punca Delima ` . Zulkifli menaip skip drama, Nadhirah khusyuk mendengar lagu ` Berkorban Apa Sahaja ` yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

BAB 11 - Zulkifli menerima surat dari Muliyadi. Dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. Dia bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di kampus Universiti Sains Malaysia. Sebulan selepas itu Muliyadi menyatakan dia dilantik menjadi pensyarah kanan ITM, akhir surat Muliyadi rasa kasiahan kepada Nadhirah.

BAB 12 - Zulkifli , Bushrah dan Nadhirah pergi ke unit hati, Hospital Kuala Lumpur. Mereka ada temu janji bersama doktor Goethan. Sudah bertahun
Dr. Beathan merawat Nadhirah. Zulkifli dan Bushrah mendengar dengan khusyuk apa yang diterangi oleh Dr. Goethan.

BAB 13 - Zulkfli sekeluarga pulang ke kampung di Melaka. Pak Ramli, ayah mertuanya bersama kerana perkejaannya sebagai penambang di Sungai Linggi sudah tiada lagi berikutan pembinaan jambatan baru. Bushrah menceritakan nasib Nadhirah kepada keluarga. Mereka terkejut kerana tidak tahu Nadhirah menghidap penyakit kronik.

BAB 14 - Nadhirah tidak ke sekolah berikutan penyakitnya yang semakin serius. Cikgu Khairani selalu meberi soalan latihan. Beliau memberi perasang agar Nadhirah tabah serta beliau mendoakan keselamatan Nadhirah.

BAB 15 - Zulkifli menyatakan majlis kenduri selamat dan tahlil sempena pemergian mereka ke Landon semua penduduk dikawasan kediamannya datang. Zulkifli membawa Nadhirah berjumpa imam Ghazali. Imam Ghazali turut mengutip derma membantu mereka sekeluarga.

BAB 16 - Zulkifli sekeluarga akan berlepas ke Landon. Murid-murid Bushrah bersama guru Bushrah berkerja turut melawat mereka. Turut hadir Tan Sri Shamsuddin bersama isterinya, Puan Sri Sapura. Akhirnya mereka berangkat ke Landon.

BAB 17 - Akhirnya, Zulkifli sekeluarga selamat tiba di Landon. Cuaca di Landon cerah. Muliyadi datang melawat mereka. Muliyadi bersimpati melihat Nadhirah yang dahulu cergas tiba-tiba menjadi lemah.

BAB 18 - Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah solat Subuh berjemaah. Selepas itu mereka bersarapan bersama-sama. Zulkifli dan Bushrah bertikam lidah siapa yang patut derma hati kepada Nadhirah. Menjelang pukul 10.30 pagi, mereka pergi ke Hospital King`s College bertemu dengan Dr. Tan Kai Chah.

BAB 19 - Dr. Tan Kai Chah mula melakukan ke atas pemedahan ke atas Nadhirah dan Bushrah. Pada pukul 2.00 petang, Nadhirah perlu bedah. Pembedahan kembar itu mengambil masa selama 14 jam dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Doktor Tan kai Chah menasihati Bushrah dan Nadhirah berada di Hospital selama 2 minggu.

BAB 20 - Muliyadi menziarahi Bushrah dan Nadhirah. Mereka kelihatan masih lemah. Pada hari ke 5, Bushrah dibernakan pulang manakala Nadhirah perlu berada di Hospital beberapa hari lagi.

BAB 21 - Hari minggu kota Landon cerah Muliyadi membawa keluarga Zulkifli bersiar-siar di beberapa tempat. Antaranya Istana Bukigham, Sungai Thames, Muzium British, Zoo Landon dan Westminster Abbey. Zulkifli meminta Muliyadi tidur dirumahnya.
BAB 22 - Sebelum pulang ke Malaysia Dr. Tan Kai Chah dilawati oleh Zulkifli sekeluarga. Zulkifli mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Tan Kai Chah kerana banyak membantu keluarganya . Muliyadi menghantar Zulkifli ke lapangan terbang.

BAB 23 - Kapal terbang yang dinaikinya terpaksa mendarat di Batu Berendam Melaka kerana Lapangan Terbang Subang terbakar. Mereka sekeluarga terus pergi menjemput Nazli di rumah ibu bapa Bushrah. Bushrah telalu rindukan Nazli.

BAB 24 - Nadhirah kini telah berusia 19 tahun dan telah melanjutkan pelajaran ke ITM dalam bidang perakaunan. Zulkifli mendapat tawaran berkeja di Utusan Malaysia. Pada pagi Jumaat, tepat jam 4.00 pagi, Bushrah menghembuskan nafas terakhir. Kini Nadhirah berjaya menamatkan pengajian dan bakal berkhawin dengan doktor Bedah Hospatal Kuala Lumpur. Nazli berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

TEMA
= > Kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka .

PERSOALAN
= > Pengorbanan ibu bapa demi kebahagian anak-anak.
= > Masyarakat yang prihatin dan saling Bantu membantu.
= > Sikap berterima kasih dan bersyukur terhadap bantuan yang diterima.

PERWATAKAN
Zulkifli
· Bertugas di Hospital Kuala Lumpur
· Berkahwinan dengan Bushrah
· Seorang yang penyanyang
· Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
· Bertimbang rasa
· Mencintai ilmu
Bushrah
· Isteri Zulkifli
· Mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak ( 2 )
· Seorang ibu yang penyayang
· Berpendirian tugas
· Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup
· Meninggal dunia selepas lima tahun pembedahan hati dilakukan
Nadhirah
· Anak sulung dan berusia 14 tahun
· Seorang remaja yang pemalu dan tabah
· Menghidap penyakit hati dan hempedu
Muliyadi
· Sahabat Zulkfli
· Berkahwin dengan bekas pensyarah
· Melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D. di Landon
· Baik hati
· Seorang yang gigih belajar
Tan Sri Shamsuddin
· Suami Puan Sri Sapura
· Pengarah Syarikat Sapura Holdings
· Seorang yang sentiasa bersyukur
· Membantu membiayai pembedahan Nadhirah di Landon
· Bersikap rendah diri
Dr. Tan Kai Chah
· Berasal dari Malaysia
· Bertugas di Hospital King`s College sebagai doktor bedah.
· Bersikap lemah lembut
· Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
· Akhirnya beliau kembali bertugas di Malaysia
Latar tempat
· Simpang jalan kg. Melawar
· Rumah Zulkifli, di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak
· Rumah emak, ayah Bushrah di Kampung Kuala Sungai Muda
· Rumah ayah Zulkifli di Felda Ulu Tebrau
· Pejabat utusan Malaysia
· Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak ( 2 )
· Pejabat Tan Sri Shamsuddin ( Sapura Holdings ) di Lembah Keramat
· Unit hati di Hospital Kuala Lumpur
· Lapangan Terbang Subang
· Hospital King`s College
· Kota Landon seperti istana Buckigham, Zoo Landon, Sungai Thames dan Muzium British
· Lapangan Terbang Batu Berendam
Latar Masa………………………………….Latar Masyarakat
berlaku pada zaman sekarang – Masyarakat melayu
Ketika Nadhirah berumur 14 tahun – Masyarakat yang prihatin
Hingga dia menamatkan pengajian – Masyarakat berkerjasama
Waktu siang dan malam – Masyarakat mentingkan ilmu

PLOT
Permulaan

Permulaan cerita ini mengisahkan perjalanan Zulkifli Sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Melaka. Di pertengahan jalan, Zulkifli ternampak akan sepasang suami isteri berbangsa seikh. Pasangan itu terbabit dalam kemalangan jalan raya. Dia menghantar pasangan seikh itu ke Hospital Seremban

Perkembangan
Berita kesedihan Bushrah mendermakan sebahagian hatinya mengemparkan orang ramai. Tan Sri Shamsuddin bersedia membantu membiayai rawatan pembedahan Nadhirah.

Klimaks
Bushrah dan Nadhirah di bedah. Pambedahan itu mengambil selama 14 jam. Akhirnya pembedahan itu berjaya

Peleraian
Lima tahun kemudian Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya menamatkan pengajiannya. Nazli pula berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah berasrama penuh. Zulkifli bekerja di ruangan sastera Utusan Malaysia.

GAYA BAHASA

Diksi
- Penerangan
Gambaran selas serta bersesuaian dengan jalan cerita
Contoh :
Hati ialah kelejar paling besar dalam tubuh manusia. Hati terletak di sebelah kanan bahagian atas abdomen. Ia terletak betul-betul di bawah diafragma . . . . .
( hal . 120 )

Peribahasa
Dalam novel ini, pengarang banyak menerapkan unsur peribahasa.
Contohnya :
- saya bab-bab enjin memang buta kayu
- Ia bukan mimpi disiang hari lagi
- setinggi – tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Bahasa Asing
- Bahasa inggeris. Contohnya : repair, role model, traffic jam, clear,
red fape, by line, urgent, survival, no problem, dan sebagainya.
- Bahasa Arab – Insya – allah, Subhanallah, Alhamdullilah

Inversi
- terdiam Zulkifli memikirkan jawapannya.

Metafora
- mereka tenggelam dalam lantaran fikiran masing-masing.

Simile
- Bagaikan sang pengembara yang berjalan di Gurun Sahara, keluarga Nadhirah amat memerlukan seteguk air untuk penghilang dahaga. ( hal. 70 )
Personifikasi
- Unsur personifikasi ada juga digunakan oleh pengrang, iaitu pengarang memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara.
- Yang berikut ialah contoh personifikasi :
Dalam pada menonton itu, perasaan Bushrah terus berperang. ( hal. 104 )
Hiperbola
- Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak, kulit Bushrah dan kulit bumi.

Sinkof
- “oh, gitu!“ kata Nadhirah sambil melontarkan pandangan ke arah Sungai Thames
( hal. 205 )
- Dalam petikan ini kata begitu disingkatkan menjadi gitu.

NILAI
- Kasih sayang
- Cekal dan Tabah
- Bersyukur dan berterima kasih
- Simpati dan belas kasihan

PENGAJARAN
- Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita dan handaklah berkorban demi kebahagian anak- anak mereka.
- Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa cekal.
- Kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita dan bersyukur kepada Allah S.W.T.
- Kita hendaklah bersimpati dan belas kasihan kepada orang yang berada dalam kesusahan.

BIODATA PENGARANG
Talib Samat, dilahirkan di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1959. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Felda Ulu Terbau, Sekolah Menengah Rendah Kebangsaaan Majidi Johor Bharu hingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan. Dia menghasilkan lebih kurang 40 buah buku hingga kini. Novel dewasa yang dihasilkannya ialah Bumi Merdeka (1987). Novel remaja yang dihasilkannya ialah Mencari Keredaan_Mu (1989), Gores- gores Kenangan (1990), Panggilan jihad (1993),
Panas Salju (1995), Melewati Zon Selesa dan Anak Pulau Mengejar Impian. Kumpulan cerpen beliau berjudul Hanya Sampai disini (1991) dan Lambaian Tanah Suci. Novel Panas Salju beliau menerima hadiah Sastera Utusan Melayu Public Bank.

TAMBAHAN BARU!!!
ANALISIS NOVEL TINGKATAN 3 – ZON 1 “PANAS SALJU”
Soalan 1 :Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel Panas Salju, karya Talib Samat menceritakan kisah Zulkifli yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah dirawat di King’s College, London. Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak (2) , Cheras . Cikgu Bushrah sanggup menderma sebahagian hati kepada anak mereka, Nadhirah walaupun risikonya cukup besar.Zulkifli menemui sahabat lamanya Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan . Tan Sri Shamsudin yang menjadi pengarah urusan syarikat telekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King's College, London.Pakar bedah, Dr. Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London, Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood , sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah di UiTM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saleha Brigite , wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram, Johor.Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan di UiTM Shah Alam dan bekerja di Bank Islam . Kemudian, Nadhirah berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya, Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama. Zulkifli akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi.

Soalan 2:Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Tema novel ini ialah kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa iaitu Zulkifli dan Bushrah terhadap anak. Tema novel ini dapat dikesan melalui rentetan peristiwa yang menjalin plotnya iaitu kisah kehidupan sebuah keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk merawat anak, Nadhirah yang sakit kronik kerana memerlukan kos rawatan yang cukup besar jumlahnya bagi orang biasa, kecuali keluarga itu jutawan. Sikap masyarakat yang prihatin, tanpa mengira kedudukan membolehkan anak sakit ini menerima rawatan. Pengorbanan seorang ibu, Bushrah yang sanggup bertukar nyawa untuk memberi kehidupan kepada seorang anak juga ada hubungan rapat dengan tema novel ini.Persoalan pertama ialah sabar dan cekal menghadapi kehidupan. Buktinya, Zulkifli dan isterinya, Bushrah begitu sabar dan tabah menghadapi cabaran yang menimpa mereka apabila anak gadis mereka, Nadhirah menghidap penyakit hati dan hempedu. Mereka sering berbincang dan mencari jalan untuk mengubati anak mereka.Persoalan kedua ialah kasih sayang ibu bapa. Buktinya, Zulkifli, dan Bushrah amat menyayangi anak mereka sehingga sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang demi keselamatan anaknya. Bushrah pula sanggup berkorban nyawa demi melihat kebahagiaan anaknya.Persoalan ketiga ialah hidup bermuafakat. Buktinya, penduduk Bandar Tun Razak yang hidup bermuafakat telah mengadakan kenduri doa selamat sebelum Nadhirah berangkat ke London untuk menjalani pembedahan. Hal ini bermakna muafakat amat penting dalam hidup berjiran.Persoalan keempat ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Oleh sebab ingin memajukan diri, Zulkifli amat mementingkan pendidikan. Dia dan kawannya, Muliyadi berusaha sehingga berjaya memperoleh PhD.

Soalan 3:Huraikan watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak utama dalam novel ini ialah Zulkifli. Dia sudah berumah tangga dengan Bushrah dan mempunyai dua orang anak yang bernama Nadhirah dan Nazli. Dia bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Kuala Lumpur.Zulkifli seorang suami, bapa, dan pekerja yang bertanggungjawab. Sebagai suami dan bapa, dia berusaha mencari kos rawatan Nadhirah. Dia juga seorang pekerja yang mematuhi peraturan di tempat kerjanya.Zulkifli seorang yang gigih berusaha. Buktinya, dia melakukan pelbagai usaha untuk mengumpul kos rawatan Nadhirah. Dia juga melakukan kerja-kerja sambilan seperti menulis skrip drama radio serta gigih memperbaiki taraf pendidikan sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.Zulkifli seorang yang cekal dan tabah hati. Buktinya, pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan dilaluinya dengan semangat yang cekal. Hatinya tabah menghadapi penyakit Nadhirah dan kematian Bushrah. Malah selepas isterinya meninggal dunia, dia tetap meneruskan pengajiannya dalam peringkat PhD. Dia tabah menghadapi saat-saat cemas sewaktu pembedahan Nadhirah dan Bushrah dijalankan.Zulkifli juga digambarkan sebagai seorang yang mengenang budi dan menghormati orang lain. Dia amat menghormati Tan Sri Shamsuddin. Yang sudi membantu kos rawatan anaknya. Zulkifli sentiasa ingat akan bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai, jiran tetangga, dan orang perseorangan. Zulkifli juga amat menghormati ibu dan bapa mertuanya.

Soalan 4:Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Watak sampingan pertama ialah Bushrah. Dia ialah ibu kepada Nadhirah dan Nazli. Dia seorang guru yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Dia ialah isteri kepada Zulkifli dan menjadi penderma hati kepada Nadhirah. Dia meninggal dunia lima tahun selepas pemindahan hatinya ke badan Nadhirah. Dia seorang yang penyayang. Buktinya, dia sayang akan suami, anak, dan keluarga. Kasihnya kepada anak terlalu mulia apabila dia sanggup mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah demi melihat anaknya bahagia.Watak sampingan kedua ialah Nadhirah. Nadhirah ialah anak sulung pasangan Zulkifli dan Bushrah. Dia mengalami kerosakan hati dan hempedu yang dikesan ketika dalam darjah empat. Nadhirah seorang yang taat kepada orang tua. Dia amat menghormati ibu bapanya dan sentiasa mendengar nasihat daripada mereka. Nadhirah juga seorang yang berjiwa sensitif. Hatinya mudah tersentuh apabila mendengar lagu “Kasih Ibu”. Dia juga simpati kepada mangsa kemalangan yang dibantu oleh ayahnya. Nadhirah seorang yang berani. Dia berani menghadapi cabaran dan dugaan ketika menghidapi sakitnya. Dia tetap bersikap optimis dan tidak mudah berputus asa.Watak sampingan ketiga ialah Muliyadi. Beliau merupakan kawan baik Zulkifli yang juga merupakan pensyarah ITM. Beliau berkahwin dengan wanita Perancis dan mempunyai dua orang anak. Beliau seorang yang baik hati dan ikhlas. Bukitnya, ketika Zulkifli dan sekeluarga berada di London, Muliyadi sentiasa memberikan pertolongan dengan ikhlas dan memberikan sokongan moral kepada Zulkifli. Muliyadi seorang yang gigih berusaha. Buktinya, beliau begitu gigih meningkatkan taraf akademiknya sehingga ke peringkat PhD. Walaupun belajar di luar negara, dia tidak pernah melupakan asal-usulnya. Buktinya, dia tetap berjiwa Melayu dan tidak lupa akan kampung halamannya.Watak sampingan seterusnya ialah Dr. Tan Kai Chah. Beliau merupakan seorang pakar bedah hati yang terkemuka. Beliau telah menjalankan pembedahan hati sebanyak 450 kali. Beliau seorang yang baik hati dan berfikiran terbuka. Buktinya, dia dengan mudah menjalinkan kemesraan dengan keluarga Zulkifli tanpa mengira agama dan kedudukan. Beliau seorang yang cekap menjalankan tugas. Buktinya, kepakaran dan cara kerjanya yang profesional telah menunjukkan bahawa beliau seorang yang dedikasi dalam menjalankan tugas. Beliau juga seorang yang rendah diri. Walaupun berpendapatan lumayan, beliau sentiasa merendah diri.

Soalan 5:Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan atau dikenali sebagai eksposisi, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Permulaan cerita ini mengisahkan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mertuanya. Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam.Perkembangan cerita ialah bahagian pengarang memperkenalkan lebih banyak watak dan cerita dilanjutkan dengan pelbagai peristiwa. Pada bahagian ini, Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi. Mereka kemudiannya meminta bantuan pihak media bagi memohon simpati masyarakat. Pada waktu inilah, mereka memanjatkan kesyukuran apabila Tan Sri Shamsuddin telah bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan Nadhirah di London.Pada bahagian perumitan atau konflik, Bushrah dikatakan mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah.Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah sampai di London. Mereka menjalani pembedahan di Hospital King’s College. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan. Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan.Pada bahagian peleraian atau akhir cerita, pengarang lebih tertumpu pada kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar.

Soalan 6:Teknik plot atau teknik penceritaan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Teknik plot pertama ialah teknik saspens. Teknik ini menyebabkan pembaca akan tertanya-tanya tentang perkara yang berlaku. Buktinya, pengarang memasukkan teknik saspens pada awal cerita apabila sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terjunam ke dalam parit semasa Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Melaka. Pembaca tertanya-tanya keadaan mereka berdua.Teknik kedua ialah kejutan. Teknik ini digunakan oleh pengarang apabila sesuatu yang di luar jangkaan pembaca berlaku. Dalam novel ini, kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan ialah teknik kejutan. Teknik ini memberi kejutan kepada pembaca Hal ini demikian kerana sebelum ini, tidak ada tanda-tanda Bushrah menghadapi kesan buruk pembedahan yang dilaluinya.Teknik ketiga ialah dialog. Dialog bermaksud pertuturan antara watak dalam novel. Kebanyakan dialog berlaku antara Bushrah dengan suaminya. Buktinya, “Kita mesti hadiri kursus anak cemerlang itu. Kalau tak, kita rugi besar”, kata Zulkifli sambil menghadap sarapan pagi.Teknik penceritaan keempat ialah monolog dalaman. Monolog dalaman bermaksud bicara hati watak menyatakan perasaannya dalam hati tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata. Buktinya, “Ya Allah, ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk mengangkat kedua-dua mangsa ini ke dalam kereta,” doa Zulkifli dalam hati.Teknik imbas kembali juga banyak digunakan dalam novel ini. Teknik ini digunakan semasa pengarang memasukkan unsur ingat semula fenomena kemalangan di Sumatera Utara, Indonesia. Pihak berkuasa di sana dikatakan meletakkan kereta yang remuk di bahu jalan sebagai peringatan kepada pemandu lain agar tidak memandu terlalu laju hingga membawa maut.

Soalan 7:Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar tempat memainkan peranan penting dalam setiap plot cerita. Latar tempat pertama ialah Hospital Seremban. Buktinya, kedua-dua mangsa Sikh yang terlibat dalam kemalangan dihantar oleh Zulkifli untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Latar tempat kedua ialah Kuala Linggi, Melaka. Di sinilah rumah keluarga Bushrah. Pada awal cerita pengarang menceritakan kenduri arwah yang dijalankan. Di sini jugalah Nazli ditumpangkan selama Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah berada di London. Selepas pulang dari London, Zulkifli juga singgah di rumah mertuanya sekejap sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Latar tempat ketiga ialah Felda Ulu Tebrau. Tempat ini ialah kampung Zulkifli. Zulkifli pulang ke kampung semasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya dan berjumpa dengan kawan lamanya yang bernama Muliyadi di situ.Latar tempat keempat ialah Sekolah Bandar Tun Razak (2). Di sinilah Bushrah bekerja sebagai guru. Setelah penderitaan Nadhirah disiarkan dalam surat khabar, warga sekolah tersebut melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Nadhirah.Latar tempat seterusnya ialah Hospital King’s College. Di hospital inilah Nadhirah dan Bushrah menjalani pembedahan pemindahan hati. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam itu telah berjaya dilaksanakan oleh Dr. Tan Kai Chah.

Soalan 8:Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar zaman atau masa
dalam novel ini ialah zaman moden. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar masa seperti yang dinyatakan oleh pengarang. Latar masa pertama ialah subuh. Pada waktu inilah Zulkifli, Bushrah, dan Nadhirah bersolat subuh berjemaah, kemudian bersarapan pagi.Latar masa kedua ialah waktu tengah hari. pada awal cerita, pengarang memasukkan waktu tengah hari semasa kereta Zulkifli rosak berhampiran Simpang Renggam. Namun begitu, dia dibantu oleh seorang lelaki yang bernama Cheng Guan.Latar masa ketiga ialah petang. Semasa Nadhirah menjalani rawatan di London. Dr. Tan kai Chah telah menetapkan pembedahan yang akan berlangsung selama 14 jam tersebut bermula pada pukul 2 petang. Pada pukul 2 petanglah Nadhirah dibius.Latar masa keempat ialah waktu malam. Pada waktu malam sebelum Nadhirah berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah bekerjasama menjayakan kenduri doa selamat.Latar tempat seterusnya ialah lima tahun selepas pembedahan. Pada pukul 4.00 pagi hari Jumaat, Bushrah meninggal dunia di ribaan suaminya.

Soalan 9:Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi kepada dua jenis, yakni golongan biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah.Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda Ulu Tebrau. Masyarakat kampung dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya semasa menjayakan sesuatu majlis.Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli bekerja sambilan sebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu.Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar Tun Razak (2). Cikgu Khairani juga memainkan peranan yang penting dalam novel ini kerana beliaulah yang selalu datang ke rumah Nadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam masyarakat.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang Renggam.

Soalan 10:Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.[ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Nilai pertama ialah baik hati. Zulkifli digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana membantu mereka yang memerlukan bantuan. Dia telah membantu pasangan Sikh yang mengalami kemalangan.Nilai kedua ialah kerajinan. Watak seperti Zulkifli dan Muliyadi mengamalkan nilai ketekunan. Mereka berdua belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat PhD. kejayaan mereka dalam bidang akademik perlu kita teladani.Nilai ketiga ialah kejiranan. Tindakan masyarakat di tempat tinggal Zulkifli sememangnya mengamalkan sikap kerajinan terutamanya semasa menjayakan kenduri doa selamat. Nilai ini perlu ada pada semua penduduk di Malaysia.Nilai keempat ialah kerjasama. Nilai ini jelas kelihatan pada penduduk desa yang mengamalkan kerjasama semasa menjayakan sesuatu majlis. Buktinya, masyarakat desa di Felda Ulu Tebrau bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan adik Zulkifli.Nilai kelima ialah kesyukuran. Oleh sebab syukur dengan kurniaan Tuhan atas nikmat dan kekayaan yang dimiliki, Tan Sri Shamsuddin telah insaf akan kuasa Tuhan dan mengambil keputusan untuk mendermakan RM350,000 untuk meringankan keperitan Nadhirah.
Soalan 11:Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini. Pengajaran pertama ialah kita mestilah bersabar apabila menghadapi masalah. Buktinya, Zulkifli, dan Bushrah tetap bersabar menerima takdir yang menimpa keluarga mereka. Penyakit Nadhirah dan pandangan masyarakat terhadap mereka dihadapi dengan sabar.Pengajaran kedua ialah kita tidak harus cepat berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Buktinya, Nadhirah pernah menjalani pembedahan tetapi penyakitnya tidak sembuh. Zulkifli tetap yakin bahawa penyakit Nadhirah akan sembuh dan melakukan pelbagai usaha untuk mengumpulkan kos pembedahan Nadhirtah.Pengajaran ketiga ialah kita mestilah mensyukuri nikmat dan anugerah Tuhan. Buktinya, Tan Sri Shamsuddin begitu insaf akan rezeki yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Oleh sebab itu, dia sanggup membiayai kos pembedahan Nadhirah.Pengajaran keempat ialah kita haruslah menuntut ilmu tanpa mengira usia. Buktinya, Zulkifli tetap meneruskan hasratnya menuntut ilmu ke peringkat ijazah dan PhD walaupun sudah berkeluarga dan bekerja.Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah menghargai pengorbanan orang lain. Buktinya, Zulkifli amat menghargai pengorbanan isterinya, Bushrah yang menderma sebahagian daripada hati kepada anaknya, Nadhirah.
Soalan 12:Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah penggunaan diksi atau istilah perubatan. Antara contoh diksi tersebut yang terdapat dalam novel ini ialah hemoglobin, glukosa, asid laktik, glikogen, virus, bakteria dan banyak lagi. Gaya bahasa kedua ialah sinkof yang merupakan singkatan perkataan. Buktinya, tak usah, istana ni, gitu, kau. Penggunaan singkatan kata ini banyak wujud dalam dialog.Gaya bahasa ketiga ialah perulangan perkataan atau frasa dalam novel. Buktinya:Selagi nafas berdenyut, selagi itulah kita mesti mencari ilmu. Perkataan selagi diulang sebanyak 2 kali.Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan yang memberikan sifat yang ada pada manusia kepada sesuatu yang bukan manusia. Contohnya, Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli. Dalam contoh tersebut, matahari digambarkan mempunyai sifat manusia, iaitu membakar.Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah simpulan bahasa. Buktinya, cari jalan, khabar angin, gulung tikar, janji-janji manis, mata pencarian dan banyak lagi.

Wednesday, April 21, 2010

sinopsis Novel Konsetor Terakhir

Sinopsis KeseluruhanKonserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya.Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke laur negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.
Posted by CIKGU TAN C L at 8:48 AM 0 comments
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-2153544107768115505")); }

Sinopsis Bab 1 hingga 14
Sinopsis Bab demi Bab
Sinopsis Bab 1 – KeluargaHayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.Sinopsis Bab 2 – KuliHilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.Sinopsis Bab 3 – PianoHilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.Sinopsis Bab 4 – HukumanLeha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.Sinopsis Bab 5 – PenungguHilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik.Sinopsis Bab 6 - MuzikHilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.Sinopsis Bab 7 – Oleh-olehMohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini.Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.Sinopsis Bab 8 - SengketaHilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.Sinopsis Bab 9 – PertemuanSetelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam.Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi.Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja.Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.Sinopsis Bab 10 - BebasSejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira.Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.Sinopsis Bab 11 – IntermesoHilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk “Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”.Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi.Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah Intermeso” tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa.Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.Sinopsis Bab 12 - KrisisHilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah.Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul “Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.Sinopsis Bab 13 – PerpecahanKeretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman” yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.Sinopsis Bab 14 – SenimanDewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.