Wednesday, November 5, 2014

PENCEMARAN

PENCEMARAN ALAM
1.Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.

3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.

4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan. 

Fakta Alam Sekitar 


Rounded Rectangle: Adaptasi merangkumi pelbagai tindakan yang membantu komuniti dan ekosistem untuk menghadapi perubahan iklim yang nyata dan dijangka berlaku. Mitigasi pula melibatkan pelbagai langkah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca yang merupakan salah satu punca pemanasan global serta memperkayakan pengumpulan karbon untuk mengurangkan impak perubahan iklim. Oleh demikian, dalam usaha menangani perubahan iklim,  terutamanya impaknya terhadap manusia, kedua-dua adaptasi dan mitigasi perlu dilaksanakan secara bersepadu dan seimbang. Cara utama bagi mencapai pembangunan lestari di Malaysia adalah melalui penggunaan sumber asli secara lestari serta keseimbangan tindakan adaptasi dan mitigasi dalam mencapai pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim. Impak perubahan iklim boleh menjejaskan kesejahteraan manusia dan  alam sekitar,  mengancam kelestarian sumber asli termasuk makanan, air dan tenaga, dan, menggugat pembangunan termasuk  keselamatan negara.






Rounded Rectangle: PUNCA-PUNCA PENCEMARAN 
BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang  
dan dalam enjin kenderaan bermotor Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida,  
karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan  
hutan secara besar-besaran Gas karbon dioksida dan debu  
Penyemburan racun serangga dan  
bahan-bahan kimia Gas dan kimia beracun  
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Rounded Rectangle: Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakitbatkan bencana alam, antaranya kenaikan paras laut, banjir, tanah runtuh, hakisan pantai dan tanah, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu, di samping memberi kesan ke atas keselamatan dankesihatan manusia, menggugat ekonomi negara, dan juga menyebabkan perubahan kepada alam semulajadi dan landskap binaan. Tambahan lagi, gangguan terhadap ekosistem akan mengancam jaminan sumber air dan makanan. Kebergantungan ke atas sumber-sumber tenaga konvensional telah menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca dan menjadikan negara lebih terdedah kepada pergolakan ekonomi di peringkat global. Daya saing ekonomi bergantung kepada pengeluaran dan penggunaan tenaga yang cekap. Tindakan-tindakan strategik adalah diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negara terhadap impak perubahan iklim.
DASAR PERUBAHAN IKLIM NEGARA
NATIONAL POLICY ON CLIMATE CHANGE

http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/06/bacaan-ipu-jerebu-2013.png
PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10
KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Pencemaran Alam Sekitar : Satu Perkongsian FAKTA

JENIS-JENIS PENCEMARAN 
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.  Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .
Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.  Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
( a ) Pencemaran udara 
( b ) Pencemaran air 
( c )  Pencemaran tanah 
 

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, 
debu, asap, dan gas-gas beracun . 
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan . 
  

Kesan Pencemaran Udara
Menjejaskan kesihatan
1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . 
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . 
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
Penyusutan Lapisan Ozon
1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . 
2 . Pembebasan  gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon . 
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . 
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid
1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . 
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan Suhu Di Bumi
1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . 
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas . 
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia . 
 
PENCEMARAN AIR
1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . 
2 . Air boleh dicemari melalui 
       ( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang 
       ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut 
       ( c ) pembuangan sampah-sarap dan  najis 
       ( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . 
Kesan Pencemaran Air
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . 
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .
Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . 
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . 
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air . 
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .
Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . 
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk . 
 
PENCEMARAN TANAH
Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : 
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat 
( b ) penyemburan racun serangga 
( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .

Kesan Pencemaran Tanah
Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . 
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . 
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,kita mungkin diserang penyakit.
Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah . 
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian . 
 
LANGKAH-2 MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk  mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan. 

Pengolahan Alam Hidupan

Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1   Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2   Dalam  usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau . 
3   Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4   Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .   
5   Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .   
6   Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7    Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan . 
 
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan

1    Makanan : manusia  bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .
2    Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .
3    Sumber bahan mentah
     ( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . 
    ( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .
4    Keseimbangan alam sekitar :
  ( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . 
  ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . 
  ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . 
  ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . 
  ( e )  Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .
5     Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .
6     Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .
7    Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1     Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti : 
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) . 
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) . 
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) . 
( d ) Serangga . 
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2     Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan : 
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal . 
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan . 
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya . 
 
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar 
  
1       Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang . 
2       Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada . 
3       Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk : 
( a )   Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ;  T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) . 
( b )   Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan . 
( c )   Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) . 
( d )   Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya . 
( e )    Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang  , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi . 
( f  )    Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau . 
( g )     Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar . 
( h )     Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar . 
( i  )     Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang . 
( j  )     Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar . 
( k )     Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .