Wednesday, November 5, 2014
PENCEMARAN ALAM
1.Limpahan Minyak Ke Dalam Laut
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.
2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.
3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.
4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.
Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.
2. Sisa Buangan Dari Kilang
Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.
3. Bahan Buangan Domestik Dan Organik
Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.
4. Pertanian
Pertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.
Fakta Alam Sekitar









PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan
menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk
menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian,
pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar
lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan,
atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan
suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan
pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan
akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari
kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan
buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan
menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai
contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi
sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan
seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak
bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong
kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan
kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam
sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa
radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran
kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut
akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan
belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal
tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah
menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.
Tumpahan minyak di Teluk Mexico April'10
KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia.
Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan
sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi
implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan
masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman
dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan
membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut
akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan,
siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa
toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan
laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah
basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan.
Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air,
rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan
menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang
penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai
Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan
seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap
cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab
menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu
diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan
kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan
sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen
25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM
100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan
sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan
sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak
akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran
utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal
fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu
menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta
bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.
Pencemaran Alam Sekitar : Satu Perkongsian FAKTA
JENIS-JENIS PENCEMARAN
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh
mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan
bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.
Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .
Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
( a ) Pencemaran udara
( b ) Pencemaran air
( c ) Pencemaran tanah
( b ) Pencemaran air
( c ) Pencemaran tanah
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan
pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk,
debu, asap, dan gas-gas beracun .
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .
Kesan Pencemaran Udara
debu, asap, dan gas-gas beracun .
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .
Kesan Pencemaran Udara
Menjejaskan kesihatan
1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar
memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita .
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
Penyusutan Lapisan Ozon
1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi
kita daripada sinaran terik matahari .
2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon .
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon .
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid
1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung
dengan air hujan dan membentuk hujan asid .
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan Suhu Di Bumi
1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara
akan memerangkap haba .
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .
PENCEMARAN AIR
1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam
dan tasik .
2 . Air boleh dicemari melalui
( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis
( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .
2 . Air boleh dicemari melalui
( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis
( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .
Kesan Pencemaran Air
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni
air sungai .
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .
Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan
udara ke dalam air laut .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .
Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak
indah dipandang .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .
PENCEMARAN TANAH
Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
( b ) penyemburan racun serangga
( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
( b ) penyemburan racun serangga
( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .
Kesan Pencemaran Tanah
Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan
pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah .
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan
berkumpul dalam tanah .
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit .
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain .
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,kita mungkin diserang penyakit.
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain .
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,kita mungkin diserang penyakit.
Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan
menyebabkan kesusutan tanah .
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .
LANGKAH-2 MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya
pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi
pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan
terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal
pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan
pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan
alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan
buangan.
Pengolahan Alam Hidupan
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan
untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat
kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2 Dalam usaha memenuhi keperluannya,
manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan
, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .
3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan
mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak
spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap
kemandirian hidupan liar .
4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk
keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut
bilangannya .
5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .
6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .
6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7 Manusia perlu mengolah alam hidupan
dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat
dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1 Makanan : manusia bergantung
pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan
haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada
populasi manusia dunia yang semakin meningkat .
2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi
dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan
dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum
sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti
barah , AIDS dan sebagainya .
3 Sumber bahan mentah
( a ) Kayu balak merupakan satu
sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat
kertas .
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .
4 Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang
sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam .
( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .
( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .
5 Sumber air : Tumbuhan dalam
hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi
empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .
6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan
dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti
riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada
pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .
7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan
haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar
,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1 Di Malaysia , pemusnahan habitat
dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti
:
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) .
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) .
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2 Contoh hidupan lain di dunia
yang menghadapi kepupusan :
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang .
2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada .
3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :
( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan .
( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .
( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .
( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau .
( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .
( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang .
( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar .
( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .
1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang .
2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada .
3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :
( a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
( b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan .
( c ) Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
( d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .
( e ) Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .
( f ) Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau .
( g ) Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .
( h ) Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
( i ) Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang .
( j ) Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar .
( k ) Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .
Saturday, October 11, 2014
Monday, February 24, 2014
Thursday, October 11, 2012
RANGKA ISI KARANGAN TN HJ. ISHAK MD SHAH
PERLIS
1. Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan
nama sekolah.
Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk
mengharumkan nama sekolah.
Pendahuluan
:
Air jernih
genang-genangan
Alir deras
jernih di hulu
Tempat
jatuh lagi dikenang
Inikan pula
tempat menimba ilmu
Pantun di
atas lahir daripada hati nurani saya
untuk diapresiasikan kepada para
guru dan khususnya kepada alma mater
SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan
rakan-rakan seperjuangan. Dengan sesungguh hati saya mahu berkata, bahawa
sekolah merupakan institusi yang berperanan membentuk anak-anak nusa menjadi insan yang cemerlang dan berguna.
Sebagai pelajar yang telah berjaya saya berasa amat terhutang budi terhadap
sekolah ini dan sentiasa menyimpan azam
untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah agar terus mekar di persada nusa.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik – sebagai bakal calon SPM
inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah – imej
sekolah akan terus melonjak apabila pelajar berjaya dengan cemerlang dalam
sesuatu peperiksaan – berusaha lebih fokus dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan dan melalaikan
Isi 2
: Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum – pencapaian cemerlang dalam
sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah diangkat untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa –
mengasahkan dan mempertajam bakat
yang dianugerahi Allah untuk menjadi pelajar
yang kompeten dalam sesuatu bidang (sama ada sukan, kelab atau badan
beruniform)
Isi 3
: Berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun – suatu lagi sisi dalam aspek
kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta nama – sentiasa disegani
sebagai sekolah yang berwatak dan turut menjadi
pelengkap kepada kejayaan pelajar
Isi 4
: Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan, NGO atau swasta – berpeluang manaikkan imej sekolah apabila
berjaya dalam sesuatu pertandingan
Isi 5
: Bergiat aktif dalam aktiviti sukarela – (Bulan Sabit Merah, KRS, AADK, pengakap
dan lain-lain) – melatih diri menjadi insan yang prihatin – turut menyumbang
kepada imej baik sekolah
Kesimpulan
:
Burung
terbang melintas sempadan
Terbang
menuju muara segara
Biar jauh
berbilang lautan
Nurani
kembali ke alma mater
Selayak
dengan pantun di atas, sudah menjadi
suatu kewajipan kepada setiap anak
didik agar menanamkan azam demi menyalakan sebutir kerdipan cahaya demi
suatu nama yang akan terus disebut dengan nama yang baik kepada sekolah yang
disayangi. Sesungguhnya, saya berdoa dan
akan berusaha keras semoga impian
tersebut menjadi kenyataan.
2. Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih
gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara
ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.
MAKLUMAN
: Soalan ini hampir sama dengan SBP – sila rujuk
Pendahuluan
: Apabila
seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat mahupun
tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya
jawapan yang diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu
kewajipan. Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi
pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab
untuk melahirkan umat yang berjaya,
bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun demikian, saranan
membaca menatijahkan nilai yang paradoks
apabila masyarakat Malaysia khususnya amat
liat untuk membaca. Sama ada di peringkat masyarakat umum hinggalah ke
pusat-pusat pengajian, amalan membaca gagal
dibudayakan. Walaupun pelbagai
kempen dan insentif diberi untuk menyemarakkan
amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh itu,
sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga
haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Keluarga perlu membudayakan amalan membaca sama seperti aktiviti tetap
yang lain –
(amalan membaca Quran bagi keluarga Islam), amalan beriadah dan aktiviti
menonton TV dijadikan sama penting dan seimbang dengan amalan membaca
Isi 2
: Ibu bapa hendaklah memiliki habit suka membaca – menanamkan sifat meneroka dan mencari maklumat baharu dengan
membaca – membaca sebagai suatu penerokaan
minda – memberikan kesedaran kepada anak-anak tentang asyiknya membaca
Isi 3
: Menyediakan prasarana dan sumber bacaan yang cukup – mempelbagaikan bahan bacaan
mengikut minat dan tahap – tidak boleh bergantung kepada minat sebelah pihak –
fikirkan minat dan kecenderungan anak-anak juga (ibu bapa tidak boleh terikat
dengan membaca akhbar semata-mata)
Isi 4
: Menghidupkan amalan mentor membaca dalam keluarga – ibu membaca kisah penerokaan
dan pengembabaraan kepada anak-anak yang masih kecil – bapa membaca
sumber-sumber berkaitan sejarah, politik dan ekonomi dengan anak-anak yang
lebih matang
Isi 5
: Mengadakan rutin tetap mingguan atau bulanan untuk berkunjung ke kedai
buku atau pameran buku (sekiranya ada) – memberi inovasi dan perspektif baharu kepada anak-anak tentang perkembangan
dunia buku
Kesimpulan
: Hidup dengan
membaca ibarat minda yang sedang
bergerak untuk meneroka ke seluruh isi alam. Membaca umpama kita sedang berinteraksi atau berdialog dengan seseorang insan
bijaksana melalui huruf dan angka yang disusun untuk menjadi fakta. Oleh
itu, keluarga yang sentiasa membaca boleh diibaratkan
sebagai sedang mengembara ke seluruh polosok alam. Dengan hal yang
demikian, pupuklah minda ahli keluarga dengan amalan membaca.
3. Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan
masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.
Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan
amalan berjimat cermat.
Pendahuluan
: Semua pihak
telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos sara adalah terlalu tinggi. Krisis ini berpunca daripada suasana
ekonomi dunia yang suram.
Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan
krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana
ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda
negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina turut
menyumbang kepada situasi yang semakin
gawat. Kini, isu krisis ekonomi bukan lagi suatu perihal ribut dalam cawan kopi dalam kalangan keluarga, sebalik telah mengancam kestabilan global.
Oleh hal yang demikian, suatu fasa baharu
amalan berjimat cermat hendaklah diperkasakan
semula dengan mengambil kira penglibatan semua pihak.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Peranan pemimpin pada peringkat pembuat dasar (negara) – perancangan bajet negara hendaklah mengambil kira
situasi sebenar – mengetepikan sikap bermewah-mewah – mengutamakan agenda
kebajikan – merancakkan sektor ekonomi yang boleh menyelamatkan negara
Isi 2
: Peranan ketua--ketua jabatan (kerajaan, agensi kerajaan dan swasta) – menguruskan perbelanjaan secara berhemah
– mengawal perbelanjaan dengan penjimatan dana seperti elektrik, air, peralatan
pejabat selain penjimatan dalam perbelanjaan mengurus
Isi 3 : Didikan
daripada ibu bapa dalam hal menguruskan ekonomi rumah tangga – merupakan penyumbang utama
dalam amalan berjimat cermat – menerapkan sifat berhemat dan cermat dalam
kehidupan seharian – mengurangkan belanja yang tidak perlu (pakaian, hiburan
dan permainan)
Isi 4 : Masyarakat umum – menyokong semua kempen dan
saranan daripada pihak pemerintah mahupun agensi yang berkaitan – memperkasakan
sikap sayang akan kemudahan awam – menimumkan amalan membazir dan perbuatan
yang merosakkan khazanah negara (membuang sampah merata-rata, menggunakan
sumber dan dana awam secara bertanggungjawab)
Isi 5
: Peranan institusi pendidikan – para guru/pengajar menerangkan secara
jelas tentang situasi krisis ekonomi yang melanda dunia – mendidik generasi
muda agar faham akan krisis dan
malapetaka sekiranya bencana krisis ekonomi melanda
Kesimpulan
: Pendidikan
daripada peribahasa ingat sementara
belum kena, jimat sementara belum habis amatlah tepat diamalkan dalam
situasi seperti ini. Janganlah disebabkan sikap yang terlalu berkehendakkan
sesuatu sehingga di luar kemampuan, kita terpaksa menanggung beban terutama
dalam krisis gawat
seperti ini. Janganlah sudah terhantuk
baru hendak menengadah. Oleh itu, semua pihak hendaklah prihatin dengan
ancaman ekonomi yang sedang melanda. Rancanglah perbelanjaan secara berhemat
dalam erti kata hendak kaya
berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai.
4. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat
diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang kini telah
menjadi isu global.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan
: Perubahan dunia alaf baru telah mula
membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan,
kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi
gelombang kedua semakin mengancam
kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola
tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian
penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat.
Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk
apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut
mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit
dan juga penerima, Malaysia tidak wajar
berpeluk tubuh dan memandang sebelah
mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan kerjasama strategik
dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini
dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi-isi
penting :
Isi 1 : Memperkukuh
sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri
boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan
sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras
gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama
dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk
perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar
batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan
kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing
sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat
aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen
diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi
laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan
: Gejala
pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak
zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah
tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar rencong di dalam.
5. Perumpamaan
bagai menatang minyak yang penuh bermaksud ibu bapa yang mendidik anak-anak
dengan penuh perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi.
Tulis
sebuah cerpen bertemakan maksud perumpamaan tersebut.
MAKLUMAN
: Tiada rangka isi untuk soalan ini – (harap maaf)
KEDAH
1. Konsep
sekolah penyayang adalah berteraskan budaya kemesraan dan sayang-menyayangi
dalam kalangan guru dan murid.
Jelaskan
cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
CATATAN
: Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan cemerlang dalam modul saya
edisi 2012. Dengan ihsan saya lampirkan semula karangan penuh tersebut;
“Tempat
jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Sebagai pelajar yang
telah berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah
dan guru-guru yang mendidik anda.
Tulis
teks ucapan untuk melahirkan perasaan anda itu.
Assalamualaikum
dan salam sejahtera’
Yang
saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Ambang
Saujana, Tuan Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati para guru dan
seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Atas
limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasihani, saya melafazkan
kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat
besar ertinya kepada warga SMK Ambang Saujana. Kita sangat bertuah dan
bersyukur kerana di sekolah inilah tempat kita belajar, bermain, berkawan,
bermesra dengan para guru dan seterusnya melakarkan kejayaan.
Hadirin
sekalian,
Air jernih
genang-genangan
Alir deras
jernih di hulu
Tempat
jatuh lagi dikenang
Inikan pula
tempat menimba ilmu
Pantun di
atas dengan sesungguhnya, saya dedikasikan untuk para guru dan khususnya untuk
SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan saudara
saudari. Istimewa pula, pada hari yang bertuah ini, kita diraikan sekali lagi
kerana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Hadirin
sekalian,
Sebelum
menelusuri lebih jauh, saya terlebih dahulu mengambil peluang untuk mengimbau
semula sejarah lima tahun yang silam ketika saya dan rakan-rakan mendaftarkan
diri di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kita seolah-olah lembu masuk kampung
semasa pertama kali melepasi pintu pagar sekolah. Pelbagai perasaan berbaur
dalam benak fikiran tentang alam persekolahan menengah yang bakal kita tempuhi.
Perasaan gerun, seronok, dan cemas bertukar ganti mengusik emosi. Maklumlah,
pada waktu itu kita dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang lebih senior dan ada
dalam kalangan mereka yang bertubuh gempal dan sasa. Malahan perkara yang lebih
rumit lagi, sesama kita pun belum kenal antara satu sama lain. Namun begitu,
semua perasaan tersebut tidak lama berada di dalam minda apabila para guru yang
cukup berdedikasi dan penyayang telah membimbing kita. Atas keramahan dan manis
muka para guru dan rakan-rakan senior, kita meniti hari-hari berlalu tanpa
disedari. Natijahnya, sekarang kita telah menjadi sebahagian daripada insan
bertuah yang diraikan oleh phak sekolah atas kejayaan cemerlang dalam
peperiksaan SPM yang lalu.
Para
pendidik yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah,
tiada kalimah seindah madah untuk saya lafazkan atas kejayaan meraih keputusan
paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar, rajin dan usaha tangga
kejayaan. Namun apa-apapun, kejayaan meraih 9 1A yang terpampang di
hadapan mata bukanlah perkara gampang. Sebaliknya, tanpa usaha dan komitmen
yang cukup dedikasi daripada para pendidik dan pengurusan sekolah, kejayaan
yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan adalah suatu misi yang mustahil.
Kami cukup yakin, setitis liur basah yang terpercik daripada lidah seorang
pendidik adalah sumber yang menjadi mutiara ilmu. Terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, jasamu akan kami kenangi bak seluas lautan yang tidak bertepian .
Rakan-rakan
sekalian,
Selama
lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik sahaja yang
menjadi agenda pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati diri turut dirancang.
Kita dididik menjadi insan serba boleh dalam bidang kurikulum, kokurikulum,
pemantapan rohani serta bermotivasi. Pelbagai program kecemerlangan sama ada
yang berunsurkan akademik mahupun kokurikulum telah berjaya membentuk diri kita
menjadi insan yang hebat dan cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah antara
yang tersohor dalam kalangan institusi menengah di negeri ini. Kita cemerlang
dalam setiap peperiksaan awam, kita hebat dalam beberapa acara sukan serta kita
amat digeruni dalam beberapa pertandingan koakademik seperti pidato, koir, dan
persembahan kebudayaan. Pendek kata, kita telah membuktikan kemampuan untuk
menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan tersebut
tidak lain dan tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di
hadapan kita.
Hadirin
sekalian,
Bercakap
bagi pihak diri saya sendiri, perasaan gembira, terharu dan bangga masih belum
mampu saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Tanpa
dibatasi oleh apa-apa sempadan, saya menganggap guru-guru sebagai ibu dan ayah
kepada saya. Mereka menyuluhi saya sinar hari depan yang meyakinkan. Mereka
amat penyayang dan mereka amat prihatin. Saya percaya walaupun setinggi langit
tangan menyapu awan, saya tidak mampu menoleh pandang melainkan SMK Ambang
Saujana tetap di hati dan pasti kekal abadi mencipta sejarah. Izinkan saya
mengambil segala inspirasi yang tuan-tuan dan puan-puan telah ilhamkan
sepanjang mendidik saya. Saya bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa
balik kejayaan yang lebih cemerlang. Saya berjanji, demi anak nusa yang
terdidik sempurna di sini, tidak sama sekali-kali berlaku kacang melupakan
kulit sebaliknya tidak jauh seluang melaut balik juga ke muara.
Insya-Allah,
Rakan-rakan
yang dikasihi sekalian,
Diri
kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di belakang kerbau.
Janganlah terjadi, daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada kesempatan ini,
saya menyeru rakan-rakan yang bersama-sama mencipta kecemerlangan di sini agar
menyimpan iltizam untuk kembali kepada ibu kandung bagi menabur khidmat dan
bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah tamat dan kita buka episod baru untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang penting kepada kita,
jangan sekali-kali kita pergi sehingga melupakan tempat jatuh bangun di sini
kerana, “Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu”. Selepas
mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi sentiasalah kembali menjenguk
sekolah yang telah mencipta sejarah cemerlang kita. Ingitlah pesan peribahasa,
daun boleh melayang jauh, tetapi getah tetap mengalir ke perdu.
Hadirin
sekalian,
Berat
hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah ini. Lipatan
sejarah yang telah ternukil sepanjang dididik di sini terus menjadi usikan kenangan.
Insya-Allah selagi hayat dikandung badan, budi para pendidik tetap dikenang bak
budi setahun segunung intan. Saya berdoa semoga Allah mencurahkan rahmat dan
keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus berdedikasi dalam mendidik
anak-anak nusa. Izini kami pergi, dengan saya abadikan serangkap pantun,
Burung
terbang melintas sempadan
Terbang
menuju muara segara
Biar jauh
berbilang lautan
Sebutir
katamu menjadi mutiara
Sekian
terima kasih.
TAMBAHAN
: ISI-ISI ALTERNATIF YANG LAIN UNTUK SOALAN INI
Isi 1
: Mengenali guru sebagai individu yang sangat dihormati
Isi 2
: Mengangkat imej dan memuliakan guru
Isi 3
: Menunjukkan minat yang tinggi terhadap subjek yang diajar
Isi 4
: Menjauhi sebarang tingkah laku negatif lebih-lebih lagi yang tidak
disukai oleh guru
Isi 5
: Tidak memutuskan tali silaturahim walaupun sudah tamat
persekolahan
2. Bapa
ialah suri teladan kepimpinan dalam rumah tangga terutama kepada anak-anak
lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,
iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan
sifat-sfat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka
sebagai pemimpin keluarga.
Pendahuluan
: “Sayang akan
isteri tinggal-tinggalkan, sayang akan anak tangan-tangankan”. Demikianlah
petikan seungkapan peribahasa yang merujuk kepada seseorang bapa yang
berwawasan dalam menguruskan rumah tangga. Seseorang bapa yang berwawasan
selalu memandang masa depan rumah tangga dan potensi anak-anak melebihi segala
yang lain. Elok tunjuk pandu dan bimbing didik yang diasaskan oleh seseorang
bapa akan menjadi garis panduan kepimpinan anak-anak. Peribahasa getah daun
akan mengalir ke batang membuktikan bahawa anak-anak akan menuruti apa-apa jua
tingkah laku bapanya. Oleh yang demikian, sejajar dengan melahirkan sifat
kepemimpinan dalam kalangan kaum Adam, setiap bapa hendaklah menerapkan
nilai-nilai kemimpinan yang berwibawa kepada anak-anak lelaki mereka.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Mendidik anak supaya menjadi insan yang beriman dan bertakwa – insan bertakwa sentiasa
patuh dan taat kepada hukum Allah yang secara relatif mendidik manusia menjadi
insan mulia dan bertanggungjawab
Isi 2
: Memberikan didikan dan pelajaran yang secukupnya – sebagai langkah untuk
menghadapi dunia yang mencabar – dapat memimpin dan mentadbir keluarga dengan
cara yang bijaksana
Isi 3
: Menanamkan dan membentuk perwatakan kelelakian yang normal – fizikal yang mantap, minda
yang cerdas dan emosi yang setabil – nilia-nilai murni seperti
bertanggungjawab, berani dan penyayang
Isi 4
: Memberi tunjuk teladan kepimpinan dan mempunyai keyakinan diri – percaya akan diri sendiri
dan dan memberi keyakinan kepada orang lain – boleh dipercayai menjadi pemimpin
Isi 5
: Melatih memimpin sesuai dengan peringkat usia,
kematangan dan kebolehan – sebagai persediaan menjadi lelaki yang berkarisma
Kesimpulan
: Kaum Adam
dalam dekad-dekad belakangan sangatlah hebat, gagah dan cemerlang. Dalam
sejarah tamadun manusia, kaum Adam ternyata hebat dalam mencorak gaya
kepemimipinan masing-masing. Tokoh-tokoh klasik dan moden telah
membuktikan bahawa asas yang kukuh akan membentuk modal insan yang hebat. Oleh
itu, seandainya anda lelaki, warisilah hemah dan karisme memimpin yang sentiasa
dikagumi.
3. Peninggalan
sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang mesti dipertahankan dengan baik
agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.
Sarankan
langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
Pendahuluan : Kemerdekaan negara kita sudah
mencapai usia matang. Kematangan tersebut ditandai oleh usia dan pengalaman
pahit manis yang pernah dilalui. Dalam tempoh 55 tahun kita mencapai
kemerdekaan, sewajarnya kita sudah cukup bijak untuk membezakan antara kaca dan
permata. Permata dalam konteks sebuah negara yang berdaulat ialah segala
khazanah dan warisan yang boleh dijadikan sejarah kepada bangsa kita. Walau
bagaimanapun, dalam sibuk mengejar kemajuan sebagai pengisian kemerdekaan, kita
lupa akan pentingnya nilai-nilai sejarah yang boleh menjadi lambang identiti
bangsa. Oleh itu, gemblengan usaha yang bersepadu oleh semua pihak hendaklah
digerakkan demi menyelamat dan memulihara peninggalan sejarah negara.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Membina semangat dan sikap
positif dalam jiwa raga bangsa – sentiasa berbangga menjadi bangsa yang
memiliki sejarah, budaya dan kedaulatan (secara ironi masih ramai rakyat
Malaysia yang terlalu mengagumi kecemerlangan bangsa lain)
Isi 2 : Mewartakan dengan lebih banyak
bahan-bahan sejarah – meneruskan ekspedisi dan ekskavasi bahan-bahan
sejarah – sebagai bukti kita benar-benar menilai sejarah bangsa sendiri
Isi 3 : Merawat dan membaik pulih
tinggalan sejarah yang dibiarkan daif dan terlindung– usaha Kementerian
Kesenian dan Warisan, Jabatan Muzium dan Arkib – usaha pihak berkuasa tempatan
(PBT)
Isi 4 : Membuat dokumentasi dan
menghebahkan untuk pengetahuan rakyat dan masyarakat luar – peranan
media massa dan media elektronik
Isi 5 : Memberi taraf dan dijadikan
sebagai produk daya tarikan pelancong – mengangkat imej bangsa dan
menyumbang kepada ekonomi negara
Kesimpulan : Sesungguhya, bangsa yang buta
sejarah sedang menempa suatu masa depan yang hambar. Mereka pasti luput ditelan
arus perubahan global. Sebaliknya bagi bangsa yang bermaruah, mereka rela
menumpahkan darah demi mempertahankan khazanah bangsa. Oleh iitu, kita wajar
menjadi bangsa yang berdaulat dengan membuktikan bahawa kita memiliki sejarah
yang sendiri.
4. Hampir
tujuh bilion perut di seluruh dunia semakin terasakan bahana kenaikan harga
makanan. Faktor yang menggusarkan masyarakat dunia ialah stok makanan semakin
berkurang.
Bincangkan
punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.
Pendahuluan
: Sepintas
lalu kita mengimbau insan-insan yang boleh diumpamakan sebagai bangkai
bernyawa, naluri kita menjerit hiba, takut dan bimbang. Kesengsaraan yang
ditanggung oleh segolongan insan yang tidak bernasib baik di beberapa wilayah
yang diancam kebuluran amat menakutkan sekali. Kesengsaraan yang
dihadapi telah meruntun simpati agar tragedi kemanusiaan seperti itu perlu ditangani
segera. Sebenarnya tragedi kemanusiaan seperti itu berlaku daripada pelbagai
punca termasuk perbuatan manusia dan fenomena alam
Isi 1
: Peperangan yang tidak pernah reda sejak lepas Perang Dunia Kedua
1945 – selain
memusnahkan segala sumber alam, peperangan turut menghalang
manusia bergiat aktif dalam kegiatan ekonomi khususya sektor
pertanian
Isi 2
: Kuasa monopoli ekonomi oleh negara-negara pedagang dan negara kaya – mengawal pengedaran bahan
makanan (bijirin) ke negara-negara miskin – bertindak untuk mengawal harga –
sumber makanan yang tidak dipasarkan dimusnahkan begitu sahaja
Isi 3
: Bencana alam – kemarau, ribut taufan, gempa bumi dan l etupan
gunung berapi–
banjir dalam skala luar biasa telah beberapa kali melanda Cina, India,
Australia dan Thailand – memusnahkan ladang gandum, sawah padi dan ladang
tenusu (banjir luar yang melanda lembah Mekong dan delta Chao Pharaya di
Thailand selama 4 bulan)
Isi 4
: Serangan makhluk perosak – suatu fenomena alam yang sukar dikawal – (serangan daripada ulat,
burung, tikus, bena dan belalang) – amat skar dikawal dalam skala yang sangat
besar
Isi 5
: Pembangunan yang tidak lestari – revolusi industri dan
sistem petempatan moden banyak memusnahkan sumber semula jadi termasuk
hasil-hasil pertanian – negara-negara yang suatu masa dahulu sangat kaya
(Greece, Itali, Sepanyol) sedang menghadapi krisis kerana produk pertanian
semakin berkuarangan
Kesimpulan
: Allah SWT
telah menganugerahkan alam yang kaya dengan hasil mahsul ini agar dikongsi oleh
manusia moga-moga manfaatnya dapat dirasai bersama. Manusia sewajar insaf,
tindakan kejam dan keji seperti melancarkan peperangan dan penindasan hendaklah
dihentikan segera demi kelangsungan hak untuk hidup dapat dinikmati secara
bersama.
5. Berdasarkan
sebuah karya sastera yang anda baca, jelaskan amalan-amalan baik yang sesuai
dipraktikkan oleh masyarakat kini.
MAKLUMAN
: Tiada rangka isi untuk soalan ini – (harap maaf)
PULAU
PINANG
1. Kerajaan
mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah.
Huraikan
faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
CATATAN
: Soalan ini hampir sama dengan sampel karangan cemerlang dalam modul saya
edisi 2012. Dengan ihsan saya lampirkan semula karangan penuh tersebut;
Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia merupakan langkah positif untuk melahirkan rakyat yang sihat
dan aktif.
Bincangkan pendapat anda tentang faedah-faedah
pelaksanaan dasar tersebut kepada para pelajar dan negara.
Budaya
bersukan seolah-olah menjadi suatu fenomena di negara ini. Tanpa mengira siang
atau malam, minat terhadap aktiviti sukan semakin meningkat dalam kalangan
rakyat Malaysia. Bukti yang amat jelas apabila terdapat sebilangan besar yang
rela bersengkang mata semata-mata untuk menonton pertandingan bolak sepak di
peringkat antarabangsa. Dalam negara juga, penonton akan berpusu-pusu
membanjiri stadium apabila diadakan pertandingan sukan. Sungguhpun demikian,
budaya menggemari sukan dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum mampu
mengangkat imej sukan negara terutama di persada antarabangsa. Menyedari
hakikat tersebut pelbagai inisiatif telah digemblengkan oleh pihak kerajaan.
Salah satu inisiatif yang cukup pragmatik ialah Pelaksanaan dasar 1
Murid 1 Sukan (1M1S). Memang tidak syak lagi dasar ini akan memberi banyak
impak positif kepada anak-anak muda negara.
Langkah
yang pragmatik ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang berperawakan sihat
dan cerdas. Hal demikian amat nyata sekali kerana sukan merupakan saluran yang
terbaik untuk merangsangkan kecergasan mental
dan fizikal. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali
apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh
pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap
pelajar berpeluang mencuba bakat masing-masing. Oleh itu, tiada pihak yang
terasa diri terabai dan disisihkan. Natijahnya, setiap individu berpeluang
memperkembangkan semua potensi diri dalam aspek mental, fizikal, dan sahsiah.
Sesungguhnya, inilah wajah generasi akan datang yang menjadi taruhan nusa
selaras dengan kata-kata,, “Untuk melihat bangsa pada masa depan lihatlah
kepada remaja pada hari ini”.
Impak
positif lain yang akan diperoleh remaja adalah dapat mengasah dan mempertajam
bakat mereka sejak awal usia lagi. Bertepatan dengan maksud peribahasa, jikalau
hendak melentur buluh hendaklah daripada rebungnya dan belakang parang jikalau
diasah pun akan tajam, jelas menunjukkan bakat yang terpendam akan menyerlah
apabila digilap sejak awal. Nyatalah bahawa dasar ini menjadi medan untuk
memupuk profesional sukan. Sementara itu, bagi yang berbakat pula,
boleh membina kerjaya dalam bidang sukan. Mereka pasti teruja dengan pencapaian
cemerlang jagoan-jagoan sukan seperti (masukkan nama-nama idola sukan
anda). Sesungguhnya, dasar ini boleh dianggap sebagai strategi
terancang untuk melahirkan lebih ramai jagoan dan tokoh sukan dalam tempoh satu
dekad lagi. Sesungguhnya, dasar 1M1S ini amat bertepatan dengan falsafah Tao
yang menyatakan, “Jikalau kamu mahu hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu
mahu hidup setahun tanamlah pokok, dan jika kamu mahu hidup selama-lamanya
tanamlah manusia”.
Signifikan
yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik menyediakan
pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat
tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan
berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh
hilang berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang
terancang seperti ini persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha
melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak
ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan
meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal
mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi sukan dunia
Peribahasa
yang menyatakan gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan jasa menunjukkan bahawa jasa dan bakti menjadi
sebab seseorang itu diingati walaupun sesudah mati. Setiap rakyat yang berjiwa
patriotik hendaklah bercita-cita untuk memahatkan nama mereka sebagai rakyat
yang berjasa kepada negara sesuai dengan laungan keramat di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, setiap warganegara
hendaklah menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara mengikut kemampuan
masing-masing. Oleh itu, seseorang jagoan sukan sentiasa dijulang namanya
sebagai wira yang mengharumkan nama negara. Tokoh ternama seperti Mokhtar
Dahari, Dr M Jegathesan, Rabuan Pit dan ramai lagi adalah antara tokoh
kesukanan yang sentiasa disebut-sebut. Di sebalik bakat dan kesungguhan mereka,
jiwa patriotik begitu menyala di dalam hati dan sanubari masing-masing.
Sesungguhnya, langkah memartabatkan sukan di peringkat sekolah dalam program 1M1S
merupakan usaha murni untuk membentuk jiwa patriotik ketika masih di bangku
sekolah lagi.
“Sambil
menyelam minum air”. Demikianlah peribahasa yang boleh dipetik sebagai
membuktikan sesutau usaha yang dilakukan kadang-kadang boleh memberikan impak
sampingan yang amat berguna. Dalam hal ini, sukan bukan sekadar aktiviti riadah
semata-mata, sebaliknya mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Impak positif yang turut diperoleh negara apabila sukan sudah mula beralih arah
menjadi sebuah industri mahupun kerjaya ialah pulangan dalam bentuk wang
ringgit. Di sebalik hadiah dan ganjaran yang lumayan, pelbagai industri hiliran
yang berasaskan sukan turut terjana. Apabila mengambil kira sejumlah 20 bilion
wang yang mengalir ke Afrika Selatan semasa penganjuran Bola sepak Piala Dunia
pada 2010, hujah tersebut boleh mengesahkan bahawa sukan adalah antara
penyumbang terpenting dalam mengisi kantung negara. Kini penganjuran seperti
EPL, EURO, dan Piala Dunia adalah antara industri sukan terpenting yang berjaya
mengaut keuntutngan besar. Selain itu, sukan-sukan ternama yang lain seperti
golf, tenis, dan kriket turut menjadi penyumang utama seseorang jaguh cepat
melonjak menjadi jutawan. Amat jelas sekali, pada era milenium kini, sukan adalah
antara industri yang mampu menjanakan pendapatan kepada sesebuah
negara mahupun kepada atlit yang terlibat.
Ibarat peribahasa, kalau tidak
dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya haruslah diterapkan dengan
sebenar-benarnya agar matlamat melahirkan lebih ramai jaguh sukan tercapai.
Sudah terlalu banyak modal yang dibelanjakan, namun kejayaan atlit negara
amatlah menyedihkan. Oleh hal yang demikian, dengan dukungan semua pihak,
insya-Allah hala tuju baru oleh KPM ini boleh menatijahkan impak baru kepada
dunia sukan untuk sekurang-kurangnya dalam satu dekad akan datang.
2. Ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan
langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
menjaga keindahan alam sekitar.
Pendahuluan
: Memetik
sepotong peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke batang jua,
menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah
laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting
kepada ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang
positif seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya
hormat-menghormati. Kebersihan adalah antara elemen yang perlu diperkasakan
dari rumah sekiranya tingkah laku bersih hendak didominasikan dalam masyarakat.
Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak
akan lahir dari dalam acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu
bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang
sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Isi 1
: Menanamkan dalam diri anak dengan sifat iman dan takwa – orang beriman sentiasa
percaya akan adanya Allah dan percaya kepada ganjaran baik buruk – mengotori
alam sekitar dan memusnahkan sumber-sumbernya merupakan dosa besar – sebaliknya
jikalau menjaga kebersihan memperoleh pahala
Isi 2
: Melazimi anak-anak dengan persekitaran yang bersih, sihat dan
tenang – amalan
kebersihan bermula dari rumah – gaya hidup dalam rumah tangga yang mengutamakan
kebersihan – seluruh anggota keluarga memainkan peranan masing-masing
Isi 3
: Menjalankan aktiviti rutin harian dan mingguan menghiaskan dan
mencantikkan persekitaran rumah – penglibatan seluruh ahli keluarga – bergotong
toyong membersih kawasan, menanam pokok-pokok hiasan dan menjaga kebersihan
Isi 4
: Ibu bapa bertanggungjawab membawa anak-anak berperawisata ke
pusat-pusat pelancongan – membentuk sikap anak yang suka akan kebersihan dan keindahan –
memperoleh idea atau konsep baru untuk dibawa balik ke rumah
Isi 5
: Ibu bapa menyediakan bahan-bahan bacaan, video dan gambar tentang
tempat-tempat yang indah dan menarik (Al Hamra di Sepanyol, Istanbul di Turki,
dan kawasan-kawasan indah di seluruh dunia)
Kesimpulan
: Sesungguhnya,
tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih sayang mereka
akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar
bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar
menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan
terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang
ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.
3. Industri
pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan
industri pelancongan.
Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
NOTA :
Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda mematuhi arahan
format.
Pendahuluan : Sudah acap kali penganjuran
tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa mendapat
sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak
kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula
dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah,
dan eksotik. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Malaysia telah menyasarkan jumlah
kemasukan pelancong kepada 30 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak
RM30 bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan
sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut
memainkan peranan aktif masing-masing.
Isi 1 : Penglibatan aktif agensi kerajaan -
Kementerian Pelancongan - agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan perlu
aktif mempromosikan Malaysia ke peringkat global
Isi 2 : Inisiatif hendaklah turut
digerakkan oleh sektor swasta juga - menyokong dan
mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara -
membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan
pengangkutan
Isi 3 : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing - mengutamakan
aspek kebersihan dan keindahan - membangunkan tempat-tempat yang berpotensi
menjadi daya tarikan pelancong
Isi 4 : Minda
masyarakat hendaklah lebih berfikiran terbuka dan positif terhadap industri
pelancongan - melihat sektor pelancongan secara positif - menyokong usaha
pihak kerajaan dan PBT menjaga alam sekitar - mengamalkan budaya sopan santun,
peramah, dan berbudi bahasa
Isi 5 : Penglibatan aktif duta-duta di
luar negara - menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia
Kesimpulan : Sebagai sebuah negara yang aman
dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong
sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong
dari Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah
bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.
4. Kerjasama
antara negara di dunia dapat meningkatkan pembangunan pendidikan di sesebuah
negara.
Bincangkan
kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan.
Pendahuluan
: Manusia pada
dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama iaitu untuk hidup bebas dan
berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar menghormati hak asasi orang
lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang
dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam konteks
mencari ilmu ada golongan yang masih tersisih dan terperap dalam kepompong buta
huruf. Kalangan negara-negara miskin khususnya masih jauh ketinggalan dalam
revolusi ilmu. Dalam dunia ilmu sebagai wahana perubahan, semua pihak harus
proaktif mengadakan pelbagai kerjasama antara negara agar ilmu pengetahuan dan
pembangunan pendidikan dapat dicambahsuburkan di seluruh pelosok alam.
Isi 1 :
Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan di bawah payung keamanan dunia
tajaan PBB – menyingkirkan perasaan benci dan tamak haloba antara sesama
manusia
Isi 2 :
Menyumbangkan pelbagai prasarana dan logistik ilmu untuk negara-negara miskin – suatu pelaburan jangka
panjang untuk memakmukan dunia
Isi 3 :
Mengeksport tenaga pengajar sama ada secara sukarela ataupun kontrak – tenaga pakar dari
negara-negara maju boleh berhijrah ke negara-negara miskin dan membangun
Isi 4 : Menjalinkan
hubungan talian pintar antara cendekiawan dan ilmuwan – memanfaatkan kemudahan
teknologi siber
Isi 5 :
Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik – membolehkan peluasan ilmu
pengetahuan berkembang secara global – sifat dengki dan busuk hati dan cemberu
terhadap nilai ilmu harus diketepikan.
Isi 6 :
Melaksanakan rangkaian institusi berkembar – jalinan kerjasama antara universi dan
kolej dalam usaha memindahkan ilmu
Kesimpulan
: Ilmu apabila
dimanfaatkan pasti menjadi lautan rahmat bak kata Pendeta Za’ba,
Ilmu alat
sangat berguna
Idaman
orang yang bijaksana
Hamparnya
luas amat saujana
Tepinya
ajal sempadannya fana
Oleh itu,
agenda peluasan ilmu tidak boleh tersekat dan tidak harus dijadikan milik
peribadi orang tertentu. Ilmu perlu disebarluaskan agar manfaatnya dirasai
insan sejagat.
5. Kini,
karya kreatif seperti cerpen dan novel oleh penulis-penulis semakin
berkurangan.
Jelaskan
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri
dalam penulisan kreatif.
MAKLUMAN
: Soalan ini akan saya sediakan dalam bentuk jawapan penuh dan akan disiarkan
dalam blog saya selepas ini. Sila ikuti dari semasa ke semasa
PERAK
1. Setiap
ibu bapa mengharapkan ana-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan
usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka menjadi
kenyataan.
Pendahuluan
: Anak-anak
ialah cahaya mata yang menjadi buah hati pengarang jantung kepada kedua-dua ibu
dan ayah. Dengan kelahiran seseorang anak, kehidupan ibu dan bapa menjadi
lengkap dan sempurna. Apatah lagi apabila anak yang dilahirkan dapat membesar
dengan sempurna serta menjadi insan yang berguna. Sebagai anak-anak yang
menjadi harapan ibu bapa, mereka hendaklah bersedia untuk menggalas harapan ibu
bapa yang tinggi menggunung. Elakkan daripada menjadi anak-anak yang membawa
masalah kepada ibu bapa kerana dosa yang paling besar ialah menderhakai ibu
bapa. Oleh yang demikian, setiap anak dituntut membuat persediaan sama ada
mental, fizikal dan sahsiah yang baik agar harapan ibu bapa terutama apabila
menjelang usia emas mereka tidak dikecewakan.
Isi 1
: Menjadi anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah SWT – insan yang bertakwa sentiasa
melakukan kerja-kerja yang baik seperti menghormati ibu bapa – tidak melakukan
kerja-kerja yang terkutuk yang boleh menjejaskan maruah ibu bapa
Isi 2
: Menjadi anak yang luhur pekerti dan bermoral tinggi – pekerti dan moral menjadi
piawai seseorang itu dipandang mulia – tidak mudah terjebak dalam angkara yang
merosakkan masa depan – menjadi imej (pancaran) hati nurani ibu bapa
Isi 3
: Berusaha dengan gigih demi jaminan masa depan – mengisi dada dengan ilmu,
mempelajari pelbagai kemahiran sebagai jaminan memperoleh kerjaya yang baik –
bercita-cita membalas budi ibu bapa
Isi 4
: Menjalinkan hubungan mesra dan mawaddah dengan adik-beradik dan
kaum keluarga –
mewujudkan keluarga harmoni – membantu dengan ikhlas tanpa mengira aspek
material mahupun moral
Isi 5
: Bercita-cita menjaga ibu bapa apabila tiba saat-saat akhir mereka – maksud daripada firman
Allah, “Akan gugur dosa seseorang anak apabila dia dengan ikhlas menjaga ibu
dan bapanya hingga ke akhir hayat” - tindakan membalas budi ibu bapa
yang amat besar nilainya di sisi Tuhan.
Kesimpulan
: Meminjam
kata-kata daripada orang-orang lama bahawa, betapa kasihnya seseorang ibu
kepada anaknya hatta seekor lalat pun tidak dibenarkan hinggap ke tubuh si
anak. Demikianlah pengorbanan besar ibu bapa terhadap seseorang anak. Oleh itu,
sikap yang sama wajar dikembalikan oleh anak-anak terhadap kedua-dua ibu bapa.
Jasa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak tidak terbalas walaupun
galang gantinya sebatang sungai emas sekalipun. Dengan hal yang demikian,
bersedialah untuk menjadi seorang anak yang boleh diharapkan oleh ibu bapa sebagai
tempat mereka bergantung.
2. Minat
bersukan dalam kalangan remaja pada hari ini semakin berkurangan.
Huraikan
peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
*MAKLUMAN
: Lazimnya soalan no 2 berkaitan dengan keluarga
Pendahuluan
: Kehidupan
dalam usia remaja ialah masa yang paling menarik, seronok, asyik, cergas dan
pantas. Bak kata orang, “Orang muda, ke mana-mana tiada yang terlarang”.
Hakikatnya usia remaja adalah tempoh yang perlu diisikan dengan segala kegiatan
meliputi rohani dan jasmani. Dalam konteks jasmani, pelbagai kegiatan lasak dan
aktiviti sukan telah diwujudkan untuk merangsangkan minat remaja supaya bergiat
aktif. Program 1 Murid 1 Sukan yang turut menjadi gagasan Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk matlamat yang sama. Walau bagaimanapun, anjakan global
yang dikuasakan oleh teknologi khususnya teknologi maklumat turut ‘mencuri’
minat remaja agar melupakan kegiatan sukan. Situasi pada petang hari bagaikan
sunyi dan lengang kerana ketiadaan remaja di padang seperti yang dapat dilihat
dalam dekad-dekad silam. Oleh itu, demi mengembalikan tradisi cergas yang telah
berakar umbi sejak zaman-berzaman, semua pihak sama ada
kerajaan, komuniti, ibu bapa mahu pun remaja sendiri hendklah mengambil
langkah inisiatif untuk mempopularkannya semula.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Remaja hendaklah bijak membahagikan masa mengikut kehendak
biologi, mental, fizikal, dan emosi – mesti memperuntukkan masa walaupun
sekejap untuk bersukan dan beriadah – memperoleh keseimbangan fizikal sempurna
dan merangsangkan minda yang cerdas
Isi 2
: Ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak anak-anak supaya memberi
fokus 100 peratus kepada belajar – beri ruang yang cukup untuk anak-anak bersukan – berikan galakan
untuk bersukan
Isi 3
: Masyarakat hendaklah turut terlibat aktif dalam kegiatan sukan – trend minat menonton
perlawanan seperti bola sepak hendaklah diseimbangkan dengan penglibtan
langsung dalam bersukan – remaja turut terangsang dengan apa-apa jua kegiatan
yang hidup dalam masyarakat
Isi 4
: Pihak sekolah hendaklah menyeimbangkan antara kegiatan akademik
dan riadah/sukan –
tidak boleh berat sebelah dengan menjadikan aktiviti sukan sekadar melengkapkan
takwim persekolahan
Isi 5
: Pihak kerajaan hendaklah lebih pragmatik dalam memberi
pengiktirafan antara sukan dan akademik – markah 10 peratus kokurikulum untuk
prasyarat ke IPT adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan minat pelajar
berbakat untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang bercorak kesukanan
Kesimpulan
: Dalam usaha
melahirkan generasi akan datang yang lebih trampil dan berdaya saing,
kecemerlangan yang seimbang antara fizikal, mental, dan emosi hendaklah
diuruskan secara sama rata. Seandainya kalangan akademik dan teknokrat sentiasa
dijulang sebagai negarawan, maka tidak adil hanya Datuk Lee Chong
Wei, Datuk Nicol dan Pandalela saja yang dilihat sebagai tokoh utama dalam
arena sukan. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengiktiraf bahawa sukan juga
mampu menjadi wadah menjulang imej negara.
3. Kerajaan
menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.
Huraikan
kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
Pendahuluan
: Peribahasa
yang menyatakan ‘hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baiklah di negeri sendiri’ mengajarkan kita betapa pentingnya menghargai
dan membanggakan apa-apa jua yang menjadi milik kita. Dalam konteks ini, kempen
belilah barangan buatan tempatan adalah menjadi wahana penting untuk dihayati
dan seterusnya mendapat sambutan tidak berbelah bahagi oleh masyarakat. Kempen
dan galakan ini menjadi inisiatif utama kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara yang dipacukan oleh aliran tunai domestik. Sementara itu, dalam
beberapa perspektif yang lain, galakan ini turut memberikan impak yang positif
kepada masyarakat pengguna dan meningkatkan perkembangan ekonomi negara amnya.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Membantu mempercepat pertumbuhan dana dalam negara – menyokong pertumbuan
Keluaran Dalam Negara Kasar di samping memberi kesan kepada meningkatnya
pendapatan perkapita penduduk – dengan kata lain masyarakat memiliki tukaran
yang cukup
Isi 2
: Menyekat aliran tunai ke luar negara – kecairan tunai (modal) hanya berlegar
dalam pasaran tempatan – kini, sudah melebihi RM20 bilion wang mengalir keluar
kerana mengimport barang-barang makanan – aliran keluar meningkat berlipat
ganda sekiranya barangan aksesori, pakaian, peralatan mesin dan jentera yang
terpaksa diimport
Isi 3
: Menyokong kreativiti anak-anak tempatan dalam sektor perniagaan – membantu mempercepat
pertumbuhan sektor PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) – pembelian yang
meningkat boleh mendorong pengusaha melipatgandakan keluaran di samping kualiti
yang turut meningkat
Isi 4
: Membantu merancakkan sektor perniagaan –perniagaan berkembang dengan
lebih pantas apabila pasaran aktif
Isi 5
: Pengguna memperoleh barangan yang relatifnya lebih murah dengan
kualitinya yang setaraf – murah kerana kos produk yang lebih rendah dan berkualiti kerana
pemproesan menggunakan teknologi moden dengan piawai ISO 9200
Kesimpulan
: Daripada
peribahasa, jauh-jauh seluang melaut akhirnya baliklah ke muara membuktikan
bahawa, selama-lama mana pun kita berbangga dengan kelebihan orang lain, namun
tidaklah lama kerana akan balik juga kepada asal usul. Hal yang demikian
samalah sifatnya apabila kita kesudahannya akan balik kepada cita rasa sendiri
walaupun zahirnya sangat berbangga dengan barangan asing. Seyogia berilah
sokongan yang tidak bergelah bahagi terhadap galakan membeli barangan tempatan.
MAKLUMAN
: Sekiranya soalan berfokuskan isi jawapan tentang langkah-langkah sila rujuk
sampel rangka isi di bawah (Ihsan daripada Modul saya Edisi 2012, ms 29)
“Barangan
Tempatan Berkualiti Antarabangsa” ialah slogan kerajaan ke arah mencapai
standard kualiti antarabangsa.
Bincangkan
langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan tempatan supaya hasrat ini
menjadi realiti.
Pendahuluan
: Budaya
pemikiran kelas pertama, minda berkelas dunia, dan pelbagai slogan yang
bersifat global mula berkumandang di persada negara. Hakikatnya dalam arus
globalisasi kini, rakyat Malaysia wajarlah mengorak langkah serta bangkit untuk
mengimbangi perubahan pantas dunia dalam pelbagai bidang. Bermula daripada cara
berfikir, gaya bertindak, berkomunikasi dan seterusnya penghasilan produk, kita
sewajarnya mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Oleh itu, dalam
bidang pengeluaran juga, kita hendaklah mampu menghasilkan barangan tempatan
yang mampu mencapai klasifikasi dunia. Keupayaan mencapai kualiti antarabangsa
sudah semestinya memberi kita ruang untuk bersaing dalam pasaran global. Oleh
hal yang demikian, sudah sampailah masanya, para pedagang kita menganjak minda
dan usaha untuk menghasilkan barangan tempatan yang mencapai piawai “Barangan
Tempatan Berkualiti Antarabangsa”
Isi 1 :
Pengusaha hendaklah sentiasa mengadakan R&D (Penyelidikan dan Pembangunan)
terhadap hasil keluaran mereka - mencari pembaharuan dan penambahbaikan produk -
agar produk negara boleh mencapai piawai internasional untuk bersaing di
pasaran antarabangsa
Isi 2 :
Pengusaha hendaklah berusaha memperoleh penarafan keluaran antarabangsa melalui
penarafan ISO 9004 - semua barangan keluaran negara berjaya menembusi pasaran global tanpa
sebarang sekatan - memenuhi semua standard pengeluaran yang ditetapkan oleh
negara maju
Isi 3 :
Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam usaha mencapai standard mutu keluaran
Malaysia - merealisasikan
jenama Malaysia Best seperti yang dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan
Asas Tani - mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum
sesuatu keluaran itu dieksport ke luar negara - memastikan hasil keluaran halal
dalam usaha merealisasikan hub halal antarabangsa
Isi 4 :
Mengawal mutu keluaran bermula dari peringkat awal hingga barang siap -kawalan dalam aspek ketulenan,
kualiti, ketahanan, penggredan dan kebersihan - membolehkan barangan keluaran
negara menjadi buruan pelanggan sama ada dalam negara mahupun luar negara
Isi 5 :
Mengadakan teknik pembungkusan, pelabelan, penjemaan yang boleh diterima di
peringkat antarabangsa - meyakinkan pengguna tentang kandungan produk - barangan lebih bermutu
dan tahan lama
Isi 6 :
Mewujudkan rakan kongsi strategik di peringkat antarabangsa - untuk memperoleh pemindahan
teknologi dan mempertingkatkan mutu keluaran - dapat bersaing dengan keluaran
lain di pasaran antarabangsa - dapat merancang pasaran yang strategik di
negara-negara maju (Eropah, Timur Tengah, dan Amerika)
Kesimpulan
: Sesungguhnya
rakyat Malaysia bukanlah tidak mampu bersaing di persada global. Beberapa jenama
Malaysia yang telah mula menguasai pasaran antarabangsa seperti barangan
elektrik membuktikan bahawa slogan ‘Malaysia Boleh’ berjaya menembusi pasaran
antarabangsa. Oleh itu, inilah masa yang terbaik untuk para pengeluar tempatan
mempertingkatkan daya saing mereka.
4. Malaysia
berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar
tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, ‘Usaha-usaha Menarik Minat Pelancong
Asing Datang ke Malaysia’.
Tulis
rencana itu selengkapnya.
Pendahuluan
: Berdasarkan
rekod sejarah, rantau Asia Tenggara khususnya Semenanjung Tanah Melayu pernah
dijejaki oleh masyarakat antarabangsa sejak ribuan tahun dahulu. Gelaran
Semenanjung Emas kepada Tanah Melayu turut mengangkat imej bumi bertuah ini di
persada antarabangsa sejak berkurun-kurun lamanya. Walaupun kunjungan
masyarakat asing ke rantau ini pada era prapenjajahan bukan atas misi
pelancongan, namun jelas sekali, bahawa bumi kita amat dikenali oleh masyarakat
antarabangsa. Kelayakan tersebut adalah bersandarkan kekayaan hasil mahsulnya,
letak geografinya malah keindahannya sentiasa menggamit pengunjung. Walau
bagaimanapun, pada era pascamilenium ini, saingan sengit daripada seluruh
rantau, Malaysia telah jatuh ke tangga kesembilan daripada sepuluh negara yang
sering dikunjungi di dunia. Oleh itu, langkah strategik dan proaktif hendaklah
digemblengkan demi menarik kembali minat pelancong asing datang ke Malaysia.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Memperkasakan potensi tradisional yang sejak lama dimiliki oleh
Malaysia –
mengembalikan imej daya tarikan ekonya – (hutan rimba, lautan dan sumber
marina, gunung-ganang, sungai dan tasik)
Isi 2
: Merancakkan lagi promosi dan kempen tentang gahnya Malaysia dalam
aspek sajian makanan –
Malaysia amat terkenal sebagai hub makanan internasional dalam pelbagai cita
rasa sesuai dengan pemajmukan masyarakatnya
Isi 3
: Mengangkat ciri-ciri unik kepelbagaian etnik dengan adat dan
budaya –
pelancong asing lebih berminat melihat dan merasai keunikan cara hidup sesuatu
kaum – kunjungan lebih ramai pelancong Barat ke Sabah dan Sarawak sebagai bukti
Isi 4
: Melipatgandakan promosi ‘menjualkan nama Malaysia’ dalam program
tarikan pelancong secara agresif ke luar negara – perlu dijalankan secara berterusan
(tidak sepatutnya ada kempen dalam tempoh tertentu seperti Tahun Melawat
Malaysia/negeri tertentu dalam satu-satu masa) – negara-negara maju mengadakan
promosi sepanjang masa – promosi dilaksanakan oleh agensi kerajaan, swasta,
syarikat penerbangan dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara
Isi 5
: Sokongan daripada pihak swasta – kejayaan sesuatu produk/perniagaan
berkait rapat dengan sektor pelancongan – kerajaan perlu mendapat kerjasama
daripada pihak swasta dalam semua usaha menarik kunjungan pelancong
Kesimpulan
: Sesungguhnya,
keinginan untuk berprawisata dan memperluas pandangan serta minda telah
tertanam dalam minda manusia sejak zaman awal lagi. Oleh itu, mana-mana negara
dan kerajaan yang mengambil peluang merancakkan program pelancongan
sebagai agenda ekonomi negara sudah pasti memperoleh keuntungan.
Atas potensi dan kelebihan yang ada, Malaysia sewajarnya merebut peluang yang
sudah terhidang.
5. Perwatakan
utama dalam sebuah novel yang telah anda baca banyak mengandungi keistimewaan
yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.
Bincangkan.
SELANGOR
1. Keluarga,
rakan sebaya, dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam
kehidupan seseorang remaja.
Berikan
pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
Pendahuluan
: Setiap orang
pasti berkata, “Saya ada prinsip sendiri dalam membuat sebarang keputusan”.
Prinsip merupakan lambang kepada personaliti seseorang untuk membolehkan ia
dihormati. Prinsip pula sering dikaitkan dengan upaya individu itu
mempertahankan nilai-nilai peribadi yang terbentuk daripada asuhan keluarga,
pemilihan rakan sebaya, dan pendidikan agama serta moral yang dipegang dengan
kuat. Kuat atau lemah jati diri seseorang adalah bergantung sama ada kuat atau
lemah ia berpegang kepada formula intipati peribadi seperti yang tersebut.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Keluarga sebagai bayangan peribadi seseorang – kaitan dengan peribahasa,
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau – kalau asal keluarga yang baik
nescaya individu berkenaan pun akan baik
Isi 2
: Rakan sebaya menjadi alam atau habitat yang membentuk individu – prinsip hidup amat berkait
rapat dengan falsafah atau anutan kelompok (kawan-kawan) yang digauli –
peribahasa, apabila kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya aroma
kasturinya akan mengenaimu, sebaliknya apabila bersahabat dengan tukang besi
nescaya tengik besi akan melekat pada dirimu
Isi 3
: Pendidikan sebagai agen pengubah personaliti dan hala tuju manusia – pendidikan memiliki kuasa
dan tangan ghaib yang dapat mengubah seseorang daripada buruk kepada yang lebih
atau sebaliknya
Isi 4
: Agama sebagai enjin atau kuasa dalaman yang menggerakkan individu menjadi insan yang sempurna –
menjadi pelengkap, pengemas, dan penyantun individu – agama menjadi pengawal
peribadi yang terus menghubungkan manusia dengan kuasa khaliq (Tuhan) – insan
lebih terikat dengan pelbagai doktrin (peraturan) apabila agamanya mantap
Isi 5
: Moral menjadi alat penyantun manusia – nilai peribadi manusia terserlah dengan
sendirinya oleh tinggi atau rendah nilai moral yang dianutinya – moral banyak
membentuk manusia menghayati nilai-nilai murni keinsanan
Kesimpulan
: Peribahasa
yang menyatakan, dari telaga yang jernih, takkan mengalir air yang keruh
menerangkan bahawa, sifat peribadi dan hati nurani yang baik tidak lahir
pekerti yang keji. Oleh itu, pancaran hati nurani sudah pasti lahir daripada
prinsip yang dibina oleh nilai-nilai teras seperti keluarga, rakan sebaya, dan
pendidikan agama dan moral
2. Kebanyakan
anak hari ini berdepan dengan pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, anda
ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana
tersebut ialah “Peranan Keluarga dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah”.
Tulis
rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN
: Soalan ini mempunyai persamaan dengan soalan 2 negeri Pahang. Sila rujuk
3. Penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin popular kerana
banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan
kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.
Pendahuluan
: Pada
hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu terhadap
anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang
kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling
menyatakan janji setia dan menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu
diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual melalui perantara teknologi 3G.
Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh teknologi telefon bimbit
yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi siber.
Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai lambang gaya hidup,
malahan menjadi kemestian kepada setiap individu. Kewujudannya walaupun dianggap
sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era milenium, namum tetap memberikan
pelbagai impak kepada masyarakat.
Isi-isi
penting :
Positif
:
Isi 1
: Membentuk transformasi gaya hidup yang lebih moden dan
sofistikated –
keperluan terhadap teknologi semakin bertambah dan urusan harian semakin mudah
Isi 2
: Mempercepat sistem komunikasi dan menyampaikan maklumat yang tepat – kejayaan yang amat luar
biasa dalam revolusi teknologi maklumat – kata-kata ‘dunia semakin sempit’ amat
bertepatan dengan kewujudan telefon bimbit
Isi 3
: Memperluas jalinan/jaringan sosial – berlaku transformasi gaya hidup apabila
jalinan rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas etnik mahupun
keluarga – meletakkan insan di dunia sebagai sama taraf
Negatif
Isi 4
: Pembaziran dalam aspek ekonomi dan masa – peningkatan drastik
teknologi telefon bimbit memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya –
pembaziran wang semata-mata untuk ‘kepuasan’ air liur dan telinga – masa banyak
terbuang (golongan pelajar dan remaja yang banyak terbabit)
Isi 5
: Masyarakat (pengguna) semakin terdedah kepada gejala fitnah dan
adu domba –
maklumat palsu dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi ‘budaya’ dalam
masyarakat moden
Isi 6
: Generasi Y sebagai mangsa teknologi – masih mentah untuk mencari manfaat
daripada mudarat – tersepit antara kecanggihan teknologi dengan kemerosotan
nilai moral, etika dan nilai agama
Kesimpulan
: Sesungguhnya,
revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah transformasi dunia, namun
masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal di sebalik kecanggihan
teknologinya. Harga sama ada ekonomi, moral, mahupun keselamatan menjadi sangat
mahal pada hari ini kerana ancaman berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu,
masyarakat pengguna hendaklah bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan
sesuatu yang mempunyai kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.
4. Pendidikan
memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan sesebuah negara.
Huraikan
kerjasama Malaysia dengan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu
pendidikan negara.
MAKLUMAN
: Merit soalan ini sama dengan Pulau Pinang. Sila rujuk
5. anda
telah terpilih untuk mengulas sebuah novel yang bertemakan kegigihan sempena
pelancaran program NILAM.
Tulis
ulasan novel tersebut dengan lengkap.
MAKLUMAN
: Tiada rangka isi disediakan untuk soalan ini – (harap maaf)
PAHANG
1. Kemahiran
menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara
satu sama lain.
Sehubungan
dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam
kalangan pelajar.
Pendahuluan
: Mafhum
daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya aku jadikan
manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar mereka saling
berkenal-kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah
alasan untuk memisahkan manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang untuk
mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia
ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani,
bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang berasaskan
etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal yang demikian, amatlah wajar
rakyat Malaysia mengambil peluang untuk mempelajari pelbagai bahasa.
Isi-isi
penting :
Isi
1: Bahasa merupakan unsur yang global dan universal
- untuk
melihat kebesaran Yang Maha Pencipta – (Maksud ayat al-Quran, “Aku jadikan
manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa
agar mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain) – melahirkan insan
yang tahu bersyukur
Isi
2: Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu
yang dimiliki oleh pelbagai bangsa - setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri
(bangsa Eropah dengan kemajuan teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan
herba/tradisional, bangsa Jepun dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan
bangsa Arab dengan pembinaan budaya, kesenian, seni bina dan falsafah –
pengetahuan terhadap bahasa asing membantu seseorang mempelajari pelbagai ilmu
Isi 3
: Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia
- mengeratkan
hubungan diplomatik antara negara - mengelak salah faham dan wujud hubungan
saling menghormati - dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan
falsafah
Isi 4
: Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh
bangsa di dunia -dapat
meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia – mewujudkan jaringan rakan
dan kenalan di seluruh dunia - medium terbaik dalam usaha menuntut
ilmu dan mengenali budaya masyarakat global
Kesimpulan
: Berpandukan
kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati membuktikan bahawa, apabila
banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara yang boleh kita lakukan.
Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk
menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha
memperluas pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita
bangun bersaing di peringkat global.
2. Remaja
bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak
mereka.
Bincangkan.
Pendahuluan
: Peribahasa
Melayu menyatakan kenal getah batang lihatlah daunnya. Peribahasa tersebut
menjelaskan bahawa tingkah laku dan latar belakang ibu bapa akan menentukan
hala tuju anak-anak. Baik ibu bapa, justeru baiklah anak-anak. Oleh itu,
prakarsa mendidik amat bergantung kepada wibawa ibu bapa sebagai arkitek prima
yang bermula dari rumah.
Isi 1
: Menjanakan personaliti anak-anak sebagai insan yang beriman
dan berakhlak –insan
yang mulia terjana daripada kesempurnaan iman, akhlak dan akal budi yang
harmoni – ibu bapa perlu menentukan hala tuju sikap dan gaya pemikiran
anak-anak bermula – menjadi role model - tingkah laku positif atau negatif ibu
menjadi ikutan anak-anak (seperti acuan begitulah kuihnya).
Isi 2
: Memupuk cita-cita dan wawasan secara positif – anak-anak lebih bersedia untuk
menghadapi masa depan dan dapat berdikari – memberi galakan dan menyuburkan
minat anak-anak berdasarkan potensi diri
Isi 3
: Merancangkan pendidikan dan memperkasakan ilmu untuk
anak-anak –mengenal
pasti bidang pendidikan yang sesuai dengan potensi dan minat anak-anak –
berfikiran positif dan membantu anak-anak memilih bidang kerjaya yang sesuai
Isi 4
: Menyelami dan mendalami perasaan dan emosi anak-anak secara
berhemah –usia
remaja menjadi tempoh paling kritikal – pelbagai gangguan emosi dihidapi
anak-anak remaja – ibu bapa menjadi sahabat, kaunselor dan pendengar setia
terhadap sebarang masalah mental dan emosi anak-anak – membantu anak-anak
berfikiran positif dan harmoni
Isi 5
: Membangunkan nilai-nilai sahsiah dan nilai murni anak-anak – bertanggungjawab untuk
membina persekitaran sosial dan jaringan kejiranan yang baik – belajar
menghormati jiran, menghargai golongan yang lebih tua dan berpengalaman, setia
kawan dan bertanggungjawab – melahirkan sebuah komuniti yang selamat dan riang
Kesimpulan
: Keluarga
pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi
tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang
harmoni pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak. Ingatlah
daripada kata-kata peribahasa, ke manakah tumpahnya kuah jikalau tidak ke nasi.
3. Anda
merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dan
Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada
belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah
“Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat
Cermat”.
Sediakan
teks ceramah tersebut selengkapnya.
Pendahuluan
: Dalam
sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai peristiwa pahit dan
manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah mengecapi
kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat
adil lagi telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai
sehinggakan Baitul Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak
menerima zakat. Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa
Nabi Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian
daripada beberapa kejayaan pemerintah yang lain sejak zaman prasejarah
hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti pun, kejayaan
sesebuah negara adalah bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang pelan
strategik negara melalui agenda berjimat cermat.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun – usaha untuk menyedarkan
rakyat suoaya tidak membazir – kempen penjimatan tenaga elektrik, air dan bahan
makanan – amalan berbelanja secara berhemah
Isi 2
: Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan
Malaysia –
langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) – langkah serampang dua
mata, selain berjimat dapat sokong IKS
Isi 3
: Galakan usaha menabung – mengelak daripada berbelanja yang tidak
perlu – inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB,
AS1M, tabungan koperasi, pembelian insurans)
Isi 4
: Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti – untuk mengurangkan kos
perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen kurangkan gula,
kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)
Isi 5
: Melancarkan skim khidmat sokongan – membantu golongan yang berpendalatan
rendah – KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia – langkah membantu rakyat agar
tidak tertekan dan terpaksa berhutang
Kesimpulan
: Hukum
ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis hendaklah dijadikan
amalan dan ‘Hadith’ Melayu agar dapat mendidik manusia supaya beringat dan
berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak berbau
dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat
persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak
beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.
4. Negara-negara
di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang semakin
membimbangkan.
Jelaskan tindakan-tindakan
berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada
berleluasa.
Pendahuluan
: Perubahan
dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi
manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap
dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan
sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket
pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa
yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada
jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia
dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang
berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima
turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan
sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak
wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan
negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung
dengan sebaik mungkin.
Isi 1 :
Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri
boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan
sewenang-wenangnya
Isi 2 :
Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara
dunia ketiga –
berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa
seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa
amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 :
Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga
asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia
yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran,
ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 :
Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi
laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu
yang kenyang)
Kesimpulan
: Gejala
pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak
zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja.
Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar
landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia
yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.
MAKLUMAN
: Memandangkan soalan ini begitu popular dan berada dalam perhatian, saya
sedang dalam proses menyediakan sampel lengkap yang akan dimuatkan dalam blog
saya. Teruskan melayari blog saya dari semasa ke semasa
5. Remaja
amat mahal
sesungguhnya
tiada
terbeli oleh perjanjian
harga
remaja adalah
pendirian
keberanian
dan ilmu.
Berdasarkan
petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas, terangkan kepentingan menjaga
maruah
diri sendiri.
MAKLUMAN
: Tiada rangka isi disediakan untuk soalan ini – (harap maaf)
TERENGGANU
1. Anda
telah menyertai program motivasi yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan.
Jelaskan
aktiviti program yang telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus
berjaya.
Pendahuluan
: Banyak orang
berpendapat, usia remaja ialah tempoh emas untuk menentukan hala tuju seseorang
itu. Sama ada masa depan seseorang itu berjaya atau gagal bergantunglah kepada
kebijaksanaan merancang dan mengisi ruang masa dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah. Banyak kegiatan yang boleh dimanfaatkan seperti mengunjungi pusat
sumber, lawatan sambil belajar, dan menghadiri kelas tuisyen. Belakangan ini banyak
pihak yang mengambil peluang menganjurkan pelbagai kem dan kursus pendek dalam
masa cuti. Kem-kem seperti itu amat relevan untuk membentuk sahsiah remaja sama
ada dalam aspek pengayaan minda mahupun keseimbangan emosi. Peluang tersebut
turut saya ambil untuk memanfaatkan cuti hujung tahun yang agak panjang.
Sesungguhnyadi luar pengetahuan, saya telah memperoleh pelbagai
input baru dalam usaha membangunkan jati diri yang dapat pula saya kongsikan
dengan rakan-rakan sebaya.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Memberi peluang memperluas jalinan rakan-rakan dan kenalan baru – berkenalan dengan
rakan-rakan sebaya daripada pelbagai lapisan (remaja dari desa, bandar, kaya
dan miskin) – berkongsi pengalaman tentang corak hidup, budaya, dan cara
berfikir (sesuai dengan peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup
banyak pengalaman, dan ramai kawan luas pengetahuan)
Isi 2 :
Memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya – menggantikan rutin harian yang biasa
seperti tidur, berehat dan menonton TV dengan aktiviti yang berfaedah – setiap
saat yang berjalan cukup bermanfaat – faham tentang perancangan masa yang
berkesan
Isi 3 :
Dapat mengikuti modul latihan yang padat – modul latihan dirancang secara teliti (
meliputi aspek ketahanan minda, latihan jasmani, semangat berpasukan, dan
pengetahuan am ( berkaitan sejarah negara, hubungan Malaysia di peringkat
antarabangsa) – modul kerohanian (latihan tadarus al Quran, solat berjemaah,
solat malam, dan kuliah agama)
Isi 4 :
Sangat mencabar ketahanan fizikal dan mental – modul latihan fizikal yang lasak
(senaman pagi, kawad kaki, treking, dan merentas halangan) – modul latihan
mental (penyelesaian masalah, membaca arah, dan bermuhasabah)
Isi 5 :
Berjaya membina keyakinan diri – berasa seolah-olah dilahirkan semula dalam sebuah dunia yang
baharu – berjaya memupuk kekuatan minda, lebih bersemangat, dan yakin untuk
mencapai matlamat - memperoleh emosi yang tenang dan selalu
bertawakal kepada Tuhan
Kesimpulan : Selepas seminggu berada
dalam kem yang dianggap oleh sesetengah peserta sebagai penjara terhormat, saya
bermuhasabah semula tentang hakikat diri. Sesungguhnya, setiap insan yang
diciptakan telah disertakan dengan potensi yang tertentu. Namun demikian,
kegagalan kita memanfaatkan potensi yang ada boleh menyebabkan ramai orang yang
gagal di pertengahan jalan. Oleh itu, setiap potensi hendaklah digilap melalui
kursus dan kem seperti yang saya hadiri. Yakinlah, “Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubahnya” (maksud al
Quran).
2. Pengukuhan
institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia.
Huraikan
peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Pendahuluan
: “Air
dicencang tidak akan putus, dan carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum
semula”. Dua ungkapan daripada peribahasa Melayu itu menjelaskan kepada kita
bahawa hubungan rapat yang berpaksikan darah daging tidak akan dapat
dileraikan. Walaupun pernah terpisah akibat salah faham, namun perpecahan
tersebut tidak akan ke mana-mana malah akan bercantum semula. Menghayati isi
kandung daripada pengajaran peribahasa tersebut, jelaslah kepada kita bahawa
tugas membentuk keluarga yang bahagia adalah menjadi tanggungjawab semua
anggota dalam keluarga.
Isi 1
: Sentiasa mengutamakan jalinan kasih sayang dalam kalangan
ahli keluarga -keluarga
sebagai punca utama lahirnya kehidupan yang bahagia - tidak
bersikap mementingkan diri sendiri - mengelak sebarang salah faham - mengambil
pendekatan bermusyawarah dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian
Isi 2
: Menjadi contoh teladan dan sumber inspirasi - setiap ahli keluarga yang sudah
besar dan berjaya sama ada dalam pelajaran atau kerjaya hendaklah menunjukkan
contoh teladan yang baik dengan membimbing dan memandu adik-adik untuk berjaya
terutama dalam pelajaran
isi 3
: Menyokong keluarga dalam bentuk material dan moral - tidak boleh bersikap mementingkan
diri sendiri - meringankan bebanan ibu bapa untuk menanggung keluarga - sebagai
langkah membalas budi ibu bapa/tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit
Isi 4
: Menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga induk
walaupun selepas berkahwin - tidak terputus silaturahim dengan keluarga - membawa sokongan sama ada
dalam bentuk material mahu pun khususnya untuk adik-adik yangmasih belajar
Isi 5
:
Kesimpulan
: Berdasarkan
maksud sepotong ayat al-Quran dalam Surah Ali Imron yang bermaksud, : Wahai
orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah. Dan perpeganglah kamu
kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah akan nikmat Allah
kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya. Justeru, amatlah penting kita
mengamalkan sikap menjalinkan silaturahim dan membentuk sebuah keluarga yang
bahagia.
3. Dalam
usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan untuk
dilaksanakan di semua sekolah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk “Faedah-faedah
Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Sekolah”.
Tulis
rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN
: Rujuk sampel yang telah dibekalkan dalam negeri Pulau Pinang
4. Kesepakatan
dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa mampu mewujudkan
keamanan dan kemakmuran masyarakat dunia.
Ulaskan
pernyataan di atas.
Pendahuluan: Ibarat hidup
sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang
kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan
maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar
mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan
dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah
mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga
dunia tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.
Isi-isi
penting :
Isi 1:
Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan persefahaman dan
hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala)
dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai negara
yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam
kalangan masyarakat dunia
Isi 2:
Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh mewujudkan hub pendidikan
global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan
melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara
hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3:
Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat
global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa –
menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global
Isi
4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan
keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),
negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi
tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk
hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri –
memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian
maklumat global dalam jalinan maklumat siber
Kesimplulan
: Dalam
abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana sebarang gerak
geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap
sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai
agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti
kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda
ingat, banyak tanda ada.
5. Komponen
Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan nilai-nilai
murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan oleh generasi
muda pada hari ini.
Berikan pendapat
anda.
Pendahuluan : Apabila selesai membaca
sesebuah novel mahupun menonton sesebuah drama, seseorang itu mula berfikir
tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit daripada cerita tersebut?
Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur nilai dan
pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam benak
dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara
sumber yang menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut
dapat saya bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan
unsur-unsur nilai kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Nilai patriotik –
suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat atau rakyat di
sesuatu tempat/negara – nilai patriotik yang diitunjukkan oleh masyarakat orang
asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan alam sekitar
mereka.
Isi 2 :
Nilai kasih sayang –
suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi – kasih sayang
terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang sejati, dan jiwa
yang musnah akibat terpisah daripada kasih sayang – boleh dilihat dalam konteks
hubungan Dr Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha serta antara Tau dengan
anak dan isterinya yang dipisahkan
Isi 3
: Nilai bekerjasma – merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan suatu kejayaan
dalam sebarang usaha – komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota – kerjasama
yang jitu daripada kumpulan ekskavasi Bukit Mat Raya yang berjaya menemui
karpus tulang manusia – kerjasama yang akhirnya berjaya menghalang operasi
menggali emas sehingga boleh memupuskan masyarakat orang asli dan seluruh
budaya mereka
Isi 4 :
Nilai keberanian dan jati diri – sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu meneroka
sesuatu yang baru dan mencabar – Amira, Jacinta, dan Itai
Isi 5 :
Nilai bekerjasama dan saling menyokong – lambang kepada kejayaan ekspedisi dan
ekskavasi – hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan
masyarakat setempat – memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada
sokongan dan kerjasama – saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli
dengan kumpulan pengkaji dari universiti.
Kesimpulan
: Nilai
kemanusiaan adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai
secara halus dan tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang
bijaksana, unsur-unsur nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk
membuat koreksi diri. Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca
mampu mengimpakkan natijah yang sangat berharga.
KELANTAN
1. Remaja
kini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa
dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi
telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan tidak sesuai.
Jelaskan
usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.
Pendahuluan
: ‘Lulus
cemerlang dengan 10A+’, ‘Pergi Tuisyen’, ‘Masuk Kelas Qiraati atau belajar
berenang’, dan ‘Masuk Summer Camp’ adalah antara ungkapan yang sudah basah di
mulut para ibu bapa. Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli
dan alergi kepada anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga
kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang
sama. Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah
meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi
yang berupaya, mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang
timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat
ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh
itu, saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi
kedua-duanya.
Isi-isi
penting :
Isi 1 :
Bersedia lebih awal –
menjadikan agenda belajar mengatasi segala yang lain – cuba menuruti ikon-ikon
cemerlang sebagai sumber rujukan
Isi 2 :
Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan sebenar kepada
mereka – dapatkan bimbingan dan motivasi
Isi 3 :
Mesti jelas matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan kemampuan diri
Isi 4 :
Bertemu guru-guru kaunseling – mereka mempunyai kelayakan untuk membuat konsultasi – kemukakan
segala masalah yang terbuku di hati
Isi 5 :
Banyak berdoa dan bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang sentiasa
memberikan taufiq dan hidayah-Nya.
Kesimpulan
: Memetik
kata-kata dalam pepatah Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas
menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah.
Kita wajar berlapang dada dan dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian.
Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana
dalam menguruskan diri umpama, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.
2. Banyak
pendapat mengatakan masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan
keruntuhan institusi keluarga.
Jelaskan
peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa
ini.
Pendahuluan: Gejala perbuatan sumbang antara
remaja lelaki dan perempuan, ketagihan dadah, kemaruk hiburan, mat rempit, dan
pelbagai ragam kemacetan remaja lagi sedang terpampang di hadapan mata kita.
Pusat-pusat hiburan dan pusat beli-belah telah ‘ditakluki’ oleh golongan yang
rosak akhlak terutama sekali pada waktu hujung minggu. Naik jeluak pada fikiran
kita apabila melihat aksi remaja yang tidak segan melakukan aksi sumbang di
tengah-tengah khalayak ramai itu. Apabila keadaan ini sudah semakin kronik,
pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Masing-masing saling
menuduh tentang angkara siapakah yang menyebabkan gejala ini semakin sukar
dibendung? Jawapan kepada krisis ini, banyak pihak berpendapat,
institusi keluarga masih diyakini memiliki kewibawaan untuk menanganinya.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Memperkasakan semula institusi keluarga - banyak institusi keluarga yang
longgar, goyah, dan bermasalah - kurang persefahaman dan bersikap saling
mementingkan diri sendiri - pengendali keluarga perlu faham akan fungsi
masing-masing - anak-anak akan berasa lebih selamat untuk berada di
rumah dan terselamat daripada gejala moral
Isi 2
: Ibu bapa dan anggota keluarga sering mengambil tahu masalah
- perlu lebih
banyak berinteraksi dengan anak-anak terutama apabila mereka meningkat remaja -
mesti menjadi jururunding profesional kepada masalah anak-anak
Isi 3
: Menyediakan keperluan asas yang sewajarnya kepada anak-anak
– menjadi
tempat mengadu anak-anak - peka terhadap keperluan asas anak-anak sama ada
mental, emosi mahupun fizikal
Isi 4
: Mengutamakan pakej ilmu dan pendidikan keluarga melebihi
agenda lain dalam keluarga - menjaminkan anak-anak menerima pendidikan yang secukupnya sama ada dunia
atau akhirat - meminimumkan agenda hiburan terutama hiburan yang melalaikan -
mendedahkan anak-anak dengan iklim kehidupan yang baik
Isi 5
: Mewujudkan interaksi yang sihat dan mesra dengan jiran
tetangga - untuk
melahirkan semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab terhadap segala
masalah terutama yang melibatkan anak-anak remaja - bersama-sama
menjadi mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak remaja - sentiasa menaruh
kepercayaan terhadap jiran tetangga dalam usaha menangani gejala kurang sihat
dalam kalangan anak-anak
Kesimpulan
: Kesempurnaan
minda dan akhlak dalam kalangan anak-anak bermula di rumah. Oleh yang demikian,
untuk melahirkan anak-anak yang baik seharusnya suasana dalam rumah tangga
perlu menjadi baik terlebih dahulu. Dalam arus kebejatan sosial yang semakin
rencam sekarang, wajarlah institusi keluarga diperkasakan agar menjadi benteng
terawal dan terakhir untuk menyelamatkan remaja daripada terus tenggelam dalam
gelombang ancaman wabak sosial.
3. Industri
pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri palancongan.
Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
MAKLUMAN
: Rujuk rangka isi sama ada Pulau Pinang atau Perak
4. Penganjuran
sukan bertaraf dunia seperti perlumbaan kereta Formula 1, perlawanan bola sepak
piala AFC dan perlumbaan basikal le Tour de Langkawi wajar diteruskan kerana
banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya.
Nyatakan
faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.
MAKLUMAN
: Dengan ihsan dilampirkan sampel karangan hak cipta saya sebagai rujukan
anak-anak didik.
Para atlit
negara ke peringkat antarabangsa sering disebut sebagai duta kecil. Mereka
membawa mesej damai, menghulurkan salam silaturahim, dan pembawa obor keamanan
sejagat. Ketika di atas gelanggang dan di atas trek, mereka berjuang demi
maruah negara. Tiada perasaan dendam dan kebencian. Semuanya dengan falsafah
‘majulah sukan untuk negara’. Sesungguhnya, sukan mampu menjadi tonik untuk
melegakan buat sementara waktu segala ketegangan dan perselisihan yang berpunca
daripada perbezaan ideologi dan politik.
Sejarah
sukan peringkat antarabangsa telah bermula daripada pemujaan dewa Zeus. Di
sinilah bermula suatu pertandingan memperagakan kekuatan dan kemahiran manusia.
Sukan tersebut akhirnya dinamakan sukan Olimpik bersempena dengan nama Olympus.
Olympus ialah pelari marathon yang paling ulung apabila berjaya membawa obor
sukan dari Athen ke Sparta. Walau bagamanapun, beliau mati sebaik sahaja
menyalakan obor sukan Olimpik. Demikianlah lambang semangat gigih dalam
perjuangan sukan yang akhirnya diabadikan sebagai perlumbaan mempertahankan
maruah bagi sesuatu bangsa dan negara. Pada zaman moden ini pelbagai temasya
sukan lagi dianjurkan. Antaranya Sukan Komanwel, Sukan Asia, dan Bola Sepak
Piala Dunia. Selain itu, acara-acara yang berprestij yang bertaraf dunia
seperti lumba basikal, Formula 1, dan GP Motor mula menarik minat di seluruh
dunia. Pendek kata semua acara sukan tersebut menjadi wadah mempertahankan
maruah di samping sebagai deligasi keamanan sejagat.
Walaupun
kemenangan dan menjulang piala menjadi matlamat, namun penyertaan dalam sukan
di peringkat antarabangsa membawa seribu harapan untuk menggerakkan warga dunia
agar lebih cinta akan keamanan. Di gelanggang para atlit bersaing hebat, namun
di luar gelanggang mereka menjalinkan silaturahim. Mereka pembawa mesej damai.
Segala perbezaan politik dan perbezaan pendapat di peringkat pimpinan dapat
dipadamkan apabila para atlit bertemu. Falsafah buang yang keruh ambil yang
jernih benar-benar dianuti.
Dalam
kalangan atlet juga, mereka sentiasa berhubung dan mengikat tali persahabatan.
Persahabatan tersebut terus berpanjangan sehingga ke luar gelanggang. Mereka
mampu mewujudkan suatu rangkaian atlet dunia dan membuka lembaran baru dalam
kehidupan yang realiti. Ada antaranya yang dapat mewujudkan rangkaian niaga di
peringkat global. Ketika bergaul para atlet dapat mendalami tentang hal ehwal
politik, sosial, dan ekonomi negara-negara peserta. Barangkali bagi sesetengah
negara dalam gelanggang politik mereka berseteru, namun di atas gelanggang
arena mereka bersaing secara sihat. Demikianlah falsafah dan ideologi yang amat
tersirat dalam bidang sukan
Sebagai
tuan rumah, penghormatan yang diberikan dapat mengangkat imej sesebuah negara
di mata dunia. Seluruh pelosok dunia akan mengalih perhatian kepada mana-mana
negara yang telah terpilih menjadi tuan rumah. Kepercayaan yang diberi
menandakan negara tersebut memiliki kredibiliti untuk menguruskan segala aspek
teknikal, pengurusan, keselamatan, dan prasarana. Kejayaan Sukan Asia di Doha
pada tahun 2006 telah dengan sepantas kilat mengangkat imej Qatar negara kecil
di Teluk Farsi itu sebagai sebuah koloni yang disegani. Demikian pula, Afrika
Selatan yang telah diamanahkan menjadi tuan rumah Bola Sepak Piala Dunia 2010
merupakan negara selatan Afrika yang paling istimewa menjadi tumpuan dunia
amnya. Malahan tawaran yang sampai ibarat pucuk dicita ulam mendatang, orang
mengantuk disorongkan bantal.
Kelebihan
juga turut diperoleh negara tuan rumah dalam hal tukaran wang asing. Sumber
dana yang disumbangkan oleh Konfiderasi Sukan Internasional amat
ditunggu-tunggu oleh setiap negara yang dipilih menjadi tuan rumah. Segala
perbelanjaan yang bermula dengan penyediaan infrastruktur sukan dan kemudahan
prasarana seperti tempat tinggal, pengangkutan, makanan, dan logistik lain
menjadi lombong emas kepada negara tuan rumah. Nilai tukaran wang asing menjadi
lebih besar apabila semua mata wang dunia bertumpu ke negara tersebut. Semasa
Piala Dunia ke-19 yang berlangsung di Afrika Selatan pada 2010, negara
pertemuan dua lautan itu turut menerima limpahan pelancong ‘segera’ yang turut
membawa tukaran wang asing sebanyak 323 juta pound sterling dalam
masa tiga puluh hari sahaja. Secara sambil menyelam minum air, negara-negara
yang menjadi tuan rumah dapat mempertingkatkan industri pelancongan khususnya
dalam bidang pelancongan sukan. Pendek kata, setiap negara yang dipilih menjadi
tuan rumah pasti memperoleh habuan yang berlipat ganda.
Kemeriahan
sukan menjadi penglahiran hati nurani setiap peserta dan harapan kepada seluruh
warga dunia. Mereka membawa mesej perjuangan suci dan mengangkat martabat
negara masing-masing di mata dunia. Dengan hal yang demikian, penganjuran sukan
di peringkat antarabangsa hendaklah jangan diganggu gugat oleh mana-mana tangan
politik berpengaruh demi mempertahankan keamanan sejagat.
5. Peribahasa
‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ menggambarkan bahawa semangat hidup
bermasyarakat penting dalam kehidupan seharian.
Bancangkan
manfaat semangat tersebut kepad masyarakat.
MAKLUMAN
: Tiada rangka isi untuk soalan ini – (harap maaf)
JOHOR
1. Semua
warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap
disiplin dalam kalangan murid di sekolah.
Bincangkan.
Pendahuluan
: ‘Disiplin’
suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu dalam kalangan
pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun sentiasa
rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa
keadaan, guru-guru yang menjadi penguasa disiplin sangat ‘popular’ dengan
kebencian oleh para pelajar. Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta
guru dicalari atau disimbah cat telah menjadi sebahgian daripada risiko yang
terpaksa dihadapi. Walau bagaimanapun, dalam benci tapi ‘rindu’ tanpa peraturan
dan disiplin mungkin sistem pendidkan di Malaysia tidak sampai ke tahap yang
ada seperti sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah
diteruskan dan sentiasa diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan
berhasil.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat,
tenteram serta dapat melahirkan modal insan yang berkualiti – tanpa suasana pembelajaran
yang kondusif matlamat mendidik akan terbantut – melahirkan generasi pelajar
yang membawa pelbagai anasir kepada mengara
Isi 2
: Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan
guru serta sebaliknya – mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan berhikmah – wujud
jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah
Isi 3
: Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan
kompeten –sebagai
jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat dan cemerlang
Langkah-langkah
:
Isi 4
: Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh
pelajar – cuba
menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan
Isi 5
: Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma
mater –
menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah ke
persada pendidikan negara
Kesimpulan
: Tepat
sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai janakuasa yang
menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah bahaya.
Walaupun, disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar, namun
kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat
mujarab.
2. Slogan
‘Rumahku Syurgaku’ amat berkesan dalam mewujudkan keharmonian sesebuah keluarga
seterusnya mengatasi masalah rumah tangga.
Jelaskan
peranan keluarga agar slogan tersebut menjadi kenyataan.
Pendahuluan
: ‘Keluarga’
ungkapan keramat yang wujud sejak berabad silam merupakan paksi yang melahirkan
tamadun manusia hingga kini. Kesempurnaan keluarga menjadi penentu kepada
masayarakat yang progresif dan dinamik. Dengan yang demikian, saya
berpendapat, sebuah keluarga yang harmoni dalam lingkungan ‘Rumahku
Syurgaku’ pasti menjadi penyumbang utama untuk mengatasi masalah rumah
tangga.
Isi
1 : Membina sebuah keluarga yang beriman dan bertakwa
– hidup yang
berpaksikan iman dan takwa akan mendapat taufik dan hidayah Allah – terlindung
daripada perkara-perkara keji yang boleh memporak-perandakan keluarga
Isi
2 : Dapat melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang
dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi - asuhan dan belaian yang sempurna
menjadi ‘baja’ kepada pertumbuhan sahsiah anak-anak - interaksi
keluarga yang lemah lembut dapat membentuk sikap penyayang (mawadah)
Isi
3 : Dapat membina sebuah keluarga yang mementingkan
akhlak, agama, dan ilmu pengetahuan - anak-anak yang berakhlak dan beragama bakal
menjadi modal insan yang berkualiti - anak-anak akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran dan memperoleh kerjaya yang
cemerlang
Isi
5 : Menghindari segala tindakan negatif daripada
anak-anak – mengawal emosi
yang tenteram dalam kalangan anak-anak – memebentuk minda yang cerdas - ibu
bapa dapat mengawal anak-anak daripada anasir buruk dan memberi motivasi untuk memburu
cita-cita dan ingin menjadi cemerlang
Kesimpulan
: Keluarga
pasti menjadi nukleus utama untuk anak-anak. Keluarga merupakan institusi
tertua menentukan arah dan hala tuju seseorang. Oleh itu, keluarga yang harmoni
pasti menjanakan kejayaan yang cemerlang terhadap anak-anak.
3. Di
Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai orang kelainan
upaya (OKU) telah mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan.
Tulis
sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh kerjaan untuk membantu
golongan tersebut.
Pendahuluan
: Di suatu
lorong deretan kedai kelihatan seseorang yang sangat daif dengan pakaian tidak
terurus sedang menadah tangan memohon simpati orang yang lalu lalang. Dalam
situasi yang lain pula kelihatan seseorang yang tidak cukup anggota memohon
simpati orang yang sedang lalu lalang membantunya menolak kerusi roda. Malahan
di asrama-asrama yang daif mereka ini terpaksa tinggal berasak-asak.
Demikianlah gambaran mudah tentang senario orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia.
Bagi rakyat Malaysia golongan OKU bukanlah suatu isu yang mendesak di negara
ini. Lebih banyak isu yang harus diberi perhatian seperti isu politik, ekonomi
dan isu gejala sosial yang tidak pernah kunjung selesai. Demikianlah nasib OKU
yang sehingga ke hari ini masih dalam keadaan dilema, terbiar, dan menghadapi
masa depan yang penuh hambar. Sesungguhnya sebagai insan, OKU juga mempunyai
hati dan perasaan yang menuntut mereka diberi peluang untuk meneruskan hidup.
Saya berpendapat memang tepat sekali pelbagai usaha harus digemblengkan sebagai
langkah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan.
Isi 1 :
OKU hendaklah diberi peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi yang
mereka mampu –
bukan semua OKU yang tergencat mental – ilmu sahaja yang mampu mengubah
kehidupan insan
Isi
2 : Menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang sesuai dengan OKU –
sebagai alternatif kepada golongan yang tidak mampu meneruskan pengajian
Isi 3 :
Menyediakan segala infrastruktur yang mesra OKU – bagi memudahkan pergerakan dan urusan
harian mereka
Isi 4 :
Masyarakat perlu membuka minda untuk menerima OKU seadannya – kecacatan bukan alasan untuk
menysihkan mereka – kekurangan yang dialami bukan untuk dihina tetapi untuk
diinsafi
Isi 5 :
Kerajaan dan swasta hendaklah menyediakan peluang pekerjaan yang layak dengan
kemampuan OKU –
melaksanakan tanggungjawab atas wadah masyarakat prihatin dan penyayang
Kesimpulan
: Sesungguhnya,
tiada seorang insan pun yang mahu dirinya dipinggirkan. Mereka mahu hidup bebas
dan berdikari. Sebaliknya, takdir yang menentukan, justeru tiada sesiapa yang
boleh menentang takdir. Sungguhpun begitu, kita tidak boleh menidakkan ikhtiar
untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka. Seandainya
terus dibiarkan, mereka pasti menimbulkan pelbagai beban dan kesulitan kepada
kita sehinggakan tiada beban batu digalas.
MAKLUMAN
: Sesiapa yang memiliki modul saya bagi edisi 2011 (kulit biru), sila rujuk
sampel karangan lengkap tentang OKU dalam muka surat 19.
4. Kejayaan
sebahagian besar negara di dunia ini dalam bidang ketenteraan, ekonomi, politik
dan pendidikan bergantung kepada semangat patriotik dalam kalangan rakyat
negara tersebut.
Jelas
langkah-langkah yang perlu diambil oleh sesebuah negara untuk menyemai semangat
patriotik dalam kalangan rakyatnya.
CATATAN
: Tiada rangka isi disediakan – (harap maaf)
5. Anda
telah menjadi ahli panel dalam program ‘Bicara Ilmu’ sempena majlis pelancaran
sebuah novel karya seorang penulis tempatan.
Huraikan
pendapat anda mengenai unsur-unsur yang perlu ada dalam sebuah novel untuk
memikat pembaca.
Pendahuluan : Bagi seorang peminat
filem Bollywood mungkin kecantikan heroinnya yang menjadi keutamaan.
Apabila menonton filem Barat pula mungkin aksi dan dialognya yang menjadi perhatian.
Natijahnya, kehebatan sesebuah filem atau sebarang hasil
kreatif amat berkait rapat dengan kekuatan yang ada kepada genre
tersebut. Namun begitu, kekuatan dalam suatu aspek sahaja belum cukup untuk
melonjakkan idea ciptanya. Setiap aspek binaannya adalah saling bergantung dan
saling menyokong. Sebagai pengarang kreatif, sudah tentu saya mempertimbangkan
banyak aspek binaan sastera diberikan keutamaan agar karya saya lebih menarik
dan lebih bertenaga.
Isi 1 : Memilih tema dan persoalan yang menarik
- tema yang menjadi perhatian masyarakat semasa (tema remaja, tema
masyarakat materialistik, dan tema perpaduan) - membincangkan konflik dalam
masyarakat - mengemukakan persoalan-persoalan yang realistik - membentuk
persoalan untuk membolehkan masyarakat berfikir
Isi 2 : Mengenal pasti latar yang sesuai
dengan kehidupan semasa - latar tempat yang pelbagai dengan corak
kehidupan masyarakat - mewujudkan pelbagai konflik masyarakat berdasarkan latar
- menampilkan pelbagai bentuk latar masyarakat yang sesuai dengan latar
tempatnya
Isi 3 : Menampilkan watak dan perwatakan
yang berkesan - watak sebagai penggerak utama dalam sesebuah cerita -
menggayakan pelbagai bentuk aksi watak - peranan yang seimbang antara watak
protagonis dan antagonis - mewujudkan konflik yang menarik, mencabar dan
sentiasa segar melalui pelbagai tindakan watak
Isi 4 : Mempelbagaikan variasi bahasa
yang menarik - bahasa sebagai medium penting untuk menyampaikan cerita
- menggunakan ragam bahasa yang mudah, tepat, dan pelbagai - unsur-unsur bahasa
seperti kiasan, naratif, huraian, dan dialog - memasukkan teknik-teknik bahasa
yang inklusif, dramatik, dan gaya bahasa kontemporari
Isi 5 : Nilai dan mesej/amanat - nilai
dan mesej tetap menjadi matlamat akhir penghasilan bahan-bahan kreatif -
membolehkan pembaca membuat perbandingan antara unsur baik dan buruk melalui
penerapan nilai secara langsung dan tidak langsung - memberikan keinsafan dan
menganjak paradigma berfikir, dan bertindak - bermatlamat membentuk sebuah
masyarakat yang gemar membaca - melahirkan sebuah masyarakat yang progresif
melalui amalan membaca.
Sampel kesimpulan : Genre-genre kreatif
bukan sekadar menjadi bahan bacaan untuk perintang waktu sahaja. Genre yang
bermutu pasti berjaya menganjak minda masyarakat untuk berfikir secara kritis,
realisitik, dan analitikal. Oleh itu, genre sastera yang berkualiti pasti dapat
membina masyarakat yang dinamik dan cemerlang. Demikianlah harapan saya apabila
menghasilkan sebuah bahan penulisan kreatif.
SBP
1. Melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran
Malaysia menjadi idaman setiap remaja.
Jelaskan
ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
Pendahuluan
: Dunia
hari ini semakin pantas membangun. Pelbagai kemajuan teknologi sama ada dalam
bidang perubatan, perhubungan, teknologi maklumat, mahupun angkasa lepas telah
mengalami revolusi dan anjakan yang amat mengagumkan sekali. Sebenarnya semua
pencapaian tersebut dijanakan oleh transformasi pendidikan oleh bidang
ilmu pengetahuan yang amat drastik. Pelbagai institusi pendidikan tinggi sama
ada kolej, politeknik mahupun universiti tumbuh bagaikan cendawan selepas
hujan. Kini tiada kegusaran lagi untuk kuntum-kuntum kesuma menggapai impian
menjadi insan terpelajar. Pendek kata, di mana-mana ada kemahuan di situ ada
jalan. Dalam hal ini, saya mengimpikan sebuah alma mater yang mempunyai
ciri-ciri keintelektualan, kepimpinan, arah tuju kerjaya dan mampu melahirkan
modal insan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Akan cuba mengenal pasti IPT yang menawarkan bidang kursus yang
benar-benar menepati dengan cita-cita saya
Isi 2
: Memilih IPT yang terkenal dari segi kompetesi (mampu dan layak)
akademik dan kokurikulum – gedung ilmu yang mampu melahirkan insan terpelajar yang serba
boleh
Isi 3
: Memilih IPT yang mesra kepada pasaran pekerjaan – boleh mengeluarkan graduan
yang berkelayakan dengan pasaran guna tenaga kerja semasa
Isi 4
: Memilih IPT yang mengutamakan pelan pendidikan yang seimbang
antara kecermerlangan akademik, sahsiah dan kerohanian – benar-benar menjadi insan
yang tahan uji dengan cabaran global
Isi 5
: Memilih IPT yang sentiasa peka terhadap perubahan global – sentiasa dinamik (berubah
mengikut kehendak semasa) – wujud pembaharuan dalam aspek akademik,
penyelidikan dan sumbangan kepada kemajuan ummah
Kesimpulan
: Memetik
kata-kata Saiyidina Ali KW, “Berdaganglah kamu dengan ilmu kerana Ilmu akan
bertambah apabila diperdagangkan, manakala harta akan berkurang apabila diniagakan.
Ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta”. Sesungguhnya, saya yakin
apabila ilmu penuh di dada, masa depan pasti terjamin. Oleh itu, langkah yang
strategik, saya hendaklah mencari IPT yang benar-benar boleh memberi jaminan
masa depan kepada saya.
2. Ibu
bapa merupakan pendorong utama dalam
membudayakan amalan membaca dalam kalangan
anak-anak.
Jelaskan usaha-usaha
yang dilakukan ibu bapa bagi memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.
MAKLUMAN
: Soalan ini hampir sama dengan Perlis – sila rujuk
Pendahuluan
: Apabila
kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal membaca
merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu maju.
Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya
membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber
bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas
berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman
telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia
menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan
turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk
membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib
dalam rumah tangga –
membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan keperluan asasi yang
lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga
Isi 2
: Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar
dan berfikir –
mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman membaca –
melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa
Isi 3
: Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat
membaca –
melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca dan
bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang
Isi 4
: Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan bahan bacaan
yang sesuai dengan minat mereka
Isi 5
: Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara
intelektual –
pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran dan
pendapat dalam kalangan ahli keluarga
Kesimpulan
: Dalam
semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, ibu bapa adalah sebagai penjana
utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu
jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan
mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi
mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka minati.
3. Malaysia
merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor
pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan
oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha untuk Memajukan
Pelancongan Negara.”
Tulis
rencana itu selengkapnya.
MAKLUMAN
: Sila rujuk soalan yang sama bagi negeri Pulau Pinang, dan Perak
4 Kerjasama
yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.
Jelaskan
kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang
berjiran.
Pendahuluan: Ibarat hidup
sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah hidup kita yang saling
memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang
kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan
maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar
mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai
kerajaan yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk
menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia tanpa
memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya, amat
besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.
Isi 1:
Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara – menjalinkan persefahaman dan
hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala)
dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf antara satu sama
lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan
curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2:
Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global - menjadikan hub pendidikan global -
mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui
jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup
budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan persefahaman
melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan
Isi 3:
Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas pasaran di peringkat
global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran antarabangsa –
menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global – mewujudkan jaringan
yang harmoni dalam situasi menang-menang
Isi
4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan
keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN),
negara-negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi
5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang
bersatu padu - menghormati
hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap
mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia - memperluas
sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber -membangunkan
minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan warga dunia
Kesimplulan
: Dalam
abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam belenggu katak di
bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri
kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai
bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda
lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,
banyak tanda ada.
5 Anda
berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan cerpen yang dianjurkan oleh
sekolah anda. Tema cerpen yang anda pilih ialah perpaduan kaum.
Tulis
cerpen anda itu selengkapnya.
CATATAN
: Tiada rangka isi disediakan – (harap maaf)
MRSM
1. Isu
kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian serius.
Sebagai
pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk
memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Pendahuluan
: Sekolah
boleh diibaratkan sebagai taman-taman intelektual yang turut berperanan sebagai
kilang yang mengeluarkan tenaga manusia yang berkaliber. Sekolah turut menjadi
penyumbang pembinaan sebuah bangsa yang berperadaban dan lestari. Setiap insan
yang keluar dari sesebuah institusi sekolah dengan jayanya pasti menjadi aset
yang bernilai kepada masyarakatnya. Sebagai sebuah organisasi yang
banyak menabur budi kepada manusia, sekolah seharusnya memiliki ciri-ciri yang
boleh dibanggakan seperti cemerlang, kualiti disiplin, dan landskap yang cantik
dan bersih. Dalam merealisasikan hajat tersebut, pihak pengurusan dan guru
sahaja tidak mampu untuk melaksanakannya, melainkan usaha tersebut harus
menerima sentuhan ajaib daripada para pelajar sendiri. Oleh itu, saya sentiasa
terpanggil dan beriltizam untuk turut sama menyumbang tenaga dan idea agar
sekolah saya sentiasa bersih dan ceria.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Sedar dan insaf bahawa disiplin adalah antara penyumbang paling
penting –
kekebalan disiplin mampu menghalang pelajar berbuat sesuatu yang tidak sesuai
semasa di sekolah – menyebabkan nama sekolah jatuh - menyeru, mengajak dan
menunjuk teladan yang baik kepada raka-rakan agar sama-sama menyayangi sekolah
Isi 2
: Membudayakan amalan 3K (Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan) – program yang meletakkan sasaran
supaya sekolah menjadi tempat yang selamat dan menyeronokkan pelajar –
berganding bahu dengan semua warga sekolah
Isi 3
: Mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kawasan angkat
untuk pelajar – pelajar
melalui persatuan dan kelab menjaga dan menghiaskan kawasan kebanggaan yang
menjadi milik mereka
Isi 4
: Mencadangkan pihak sekolah menganjurkan pertandingan bersih dan
indah –pertandingan
termasuk bilik kelas dan kawasan angkat – melahirkan komitmen yang tinggi
kepada pelajar untuk berbangga dengan kawasan angkat mereka
Isi 5
: Menganjurkan pertandingan yang berbentuk koakademik – pertandingan melukis mural,
poster, kata-kata hikmat dan pertandingan mengarang – mencungkil bakat dan
apresiasi pelajar terhadap sekolah yang dicintai
Kesimpulan
: Pesanan
daripada peribahasa, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat belajar
haruslah diterapkan ke dalam jiwa pelajar agar terus mencintai dan berbangga
akan alma mater yang pernah mendidik mereka. Sebagai tanda sayang, saya akan
terus komited untuk mengangkat imej sekolah saya dalam semua perkara termasuk
menjadikan sekolah saya yang terbaik dan terindah landskap dan budayanya.
2. Kejayaan
anak-anak berkait rapat dengan keperihatinan ibu bapa.
Ulaskan
pernyataan di atas.
MAKLUMAN
: Sila rujuk soalan yang hampir sama dengan soalan Johor
3. Kebiasaan
mengambil makanan segera seperti burger, piza dan mi segera menjadi suatu trend
dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda ingin
menulis sebuah rencana yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk,
“Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan”.
Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
CATATAN
: Tiada rangka isi disediakan – (harap maaf)
4. Beberapa
buah negara di dunia sedang mengalami pergolakan politik dan peperangan yang
berlarutan sehingga menyebabkan rakyat hidup sengsara. Oleh itu, penglibatan
Malaysia dan beberapa buah negara yang lain menganggotai misi keamanan dunia
amatlah dipuji.
Jelaskan
usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.
Pendahuluan
: Gajah sama
gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. Peribahasa tersebut benar-benar
menggambarkan nasib malang yang ditanggung oleh rakyat jelata apabila
kuasa-kuasa pemerintah bertelagah sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah
mencecah hampir sejuta orang berpunca daripada sikap angkuh mantan Presiden
Amerika George W. Bush. Pada hari ini rakyat di rantau Timur Tengah sedang
bertumpah darah demi menumbangkan regim kuku besi yang menzalimi mereka. Malahan
malapetaka yang sudah sekian lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan,
Afghanistan, Kashmir, Darfur, dan pembersihan etnik yang berlaku di beberapa
negara di Afrika telah menyaksikan sejarah peradaban manusia semakin ternoda.
Oleh itu, selagi peluang masih ada, kita wajarlah menelusuri akan punca gejala
tersebut membara dan seterusnya bertindak atas hemat untuk menyelesaikan krisis
kemanusiaan tersebut.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Misi keamanan melalui misi kebudayaan dan seni
- menghormati
kebudayaan, kesenian, adab, dan fahaman agama – menyampaikan mesej bahawa semua
manusia mempunyai hak untuk hidup, untuk bernegara dan memiliki kebebasan
Isi 2
: Duta kecil dalam bidang ilmu pengetahuan – membuka peluang
belajar sama ada di IPTA atau IPTS untuk seluruh warga dunia – menyampaikan mesej melalui saluran
ilmu pengetahuan – inspirasi daripada keamanan dan keharmonian masyarakat
majmuk di Malaysia - bertukar-tukar pengalaman tentang isu budaya, dan adab
resam - menjalinkan hubungan mesra atas misi sebagai pelajar
Isi 3
: Menghantar pasukan misi damai dan pasukan pengaman di bawah
panji-panji PBB – menghalang perang saudara, memastikan genjatan senjata– tentera pengaman
di Somalia, di Balkan dan Lebanon
Isi 4
: Misi kemanusiaan di wilayah yang sedang bergolak – bantuan keperluan asas (makanan,
ubat-ubatan dan pakaian) – misi bantuan ke Palestin (Viva Palestina), Rohingya,
Kemboja – bantuan diberi tidak memilih perbezaan ideologi politik, agama, atau
wilayah
Isi 5
: Menganjurkan persidangan untuk keamanan di peringkat antarabangsa
– Kuala Lumpur
sering dipilih sebagai tuan rumah – berusaha menyatukan pihak yang bertelagah
untuk kembali ke meja rundingan
Isi
6: Misi keamanan melalui khidmat tentera pengaman - dianjurkan di bawah payung misi
keamanan PBB - untuk mengawal kawasan yang dilanda perang saudara - membantu
menyelamatkan mangsa perang oleh pasukan perubatan, khidmat masyarakat,
kaunseling, dan pendidikan - delegasi tentera dapat menjadi
duta kecil menjalinkan hubungan kemanusiaan dan sosial dengan negara tempat
bertugas – MALBAT dan MALCOM mendapat pujian dan pengiktirafan semasa di Bosnia
Kesimpulan
: Sesungguhnya
setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan hak untuk memperoleh kebebasan. Maha
kaya Tuhan telah menciptakan pelbagai bentuk bumi dan pelbagai bangsa dengan
setiap bangsa diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya bangsa tersebut
memakmurkan bumi mereka sendiri. Secara tegas pula, mereka dilarang mengancam
peluang orang lain untuk hidup selamat. Seyogia, angkara sombong yang mengganggu
hak orang lain untuk hidup bebas perlu dibanteras sepenuhnya.
SARAWAK
1. Setiap
remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan wawasan negara pada tahun
2020.
Jelaskan
peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara tersebut.
Pendahuluan
: Limpahan
warga asing yang dianggarkan mencecah empat juta orang di negara ini adalah
berkaitan dengan keperluan tenaga kerja di Malaysia yang semakin kritikal.
Pelbagai projek pembangunan terutama sekali dalam sektor pembinaan,
perladangan, dan pembantu rumah akan terbantut sekiranya tiada suntikan
daripada tenaga kerja asing. Fenomena tersebut menjadi lebih genting apabila
anak-anak muda Malaysia enggan menggalas tugas negara dengan memberi pelbagai
alasan. Persepsi tersebut hendaklah diubah segera dengan setiap remaja harus
memperlengkap diri dengan segala keupayaan untuk menyelamatkan negara. Sebagai
remaja anak wawasan, saya menyimpan iltizam untuk berusaha sedaya upaya demi
menyahut seruan Wawasan 2020 yang bakal menjelang beberapa tahun sahaja lagi.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Membina kekuatan diri dengan beriman, bertakwa dan beramal – amat penting kerana iman dan
takwa sebagai enjin penggerak penting seseorang itu berjaya – agama
menggerak kesedaran dan semangat jihad demi negara – menjadi pengekang agar
tidak terjerumus ke kancah moral
Isi 2
: Mengisi dada dengan ilmu pengetahuan – belajar dengan bersungguh-sungguh – ilmu
sebagai penggerak tamadun manusia – contoh negara-negara yang sangat maju dan
berjaya seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara di Eropah (kerajaan silam
seperti tamadun Islam sendiri) kerana kehebatan menguasai ilmu pengetahuan
Isi 3
: Memperlengkap ilmu yang diperoleh dengan kemahiran – kemahiran membuka peluang
menceburi pelbagai kerjaya – mengambil kesempatan dengan adanya pelbagai
institusi kemahiran seperti politeknik, Institut Belia Negara, IKM dan
lain-lain
Isi 4
: Memperkukuh azam dan komitmen patriotik terhadap negara – menghayati sejarah negara –
mendalami nilai perjuangan dan usaha mempertahankan negara
Isi 5
: Bersedia dengan ilmu dan bakat kepemimpinan – perlu untuk menguruskan diri –
bersedia untuk menggalas tugas pemimpin yang telah pergi (patah tumbuh hilang
berganti) – menyertai program kepimpinan dalam kokurikulum (menyertai
persatuan, kelab dan sukan)
Kesimpulan
: Remaja
ibarat bunga bangsa yang akan mengharumkan nama negara. Seyogia, remaja tidak
sewajar gugur di tengah-tengah medan perjuangan. Saya sedar, seandainya remaja
gagal mempertahankan nusa ini, nescaya peluang tersebut akan digunakan oleh
orang lain untuk menjajahi kita semula.
2. Pemupukan
nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula di
rumah.
Bincangkan
peranan keluarga dalam usaha memupuk milai murni dalam diri anak-anak.
MAKLUMAN
: Soalan ini hampir sama dengan beberapa negeri yang lain. Sila rujuk
3. Malaysia
terkenal dengan keunikan masyarkat berbilang kaum dan hidup dalam keadaan aman
dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan
amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.
Huraikan
pendapat anda tentang pernyataan di atas.
MAKLUMAN
: Soalan ini amat hampir dengan soalan nombor 3 SPM 2011. Sila rujuk
4. Ekonomi
Malaysia yang sedang berkembang pesat telah menyebabakan Malaysia menjadi
tumpuan pekerja asing. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk
disiarkan dalam akhbat tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah, “Kesan-kesan
Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita”.
Tulis
rencana itu selengkapnya.
Pendahuluan
: ‘Malaysia’
suatu sebutan yang cukup berharga dalam kalangan pendatang asing di seluruh
dunia. Bermula dari hujung dunia antara masyrik ke maghrib dan dari paksina ke
daksina, rata-rata kaum pendatang amat terliur untuk memasuki Malaysia. Semua
impian tersebut berpunca daripada kata-kata segolongan warga Indonesia di
negara ini yang menyebut, “Di Malaysia Emas Boleh Dikutip Di kaki Lima”
menunjukkan peluang mencari rezeki dan hidup senang lenang terbuka dengan
seluar-luasnya di sini. Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia menjadi destinasi
pilihan warga asing. Memang benar kedatangan buruh asing telah membantu
mempercepat pembangunan negara, namun turut menyumbang kepada kesan-kesan
negatif juga.
Isi-isi
penting :
Isi 1
: Sebagai pilihan majikan akibat kekurangan tenaga kerja tempatan – Jumlah penduduk Malaysia
hanya 28 juta tidak mampu menampung permintaan buruh yang tinggi – taraf
kemahiran dan kepakaran rakyat Malaysia masih lagi rendah
Isi 2
: Mengurangkan secara relatif upah buruh yang boleh mengurangkan kadar
kos hidup –
upah buruh asing masih rendah – kesungguhan mereka bekerja amat berbaloi
Isi 3
: Membantu memindahkan kepakaran teknologi dan kemahiran – masyarakat tempatan semakin sedar
tentang pelbagai ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh orang asing – wujud
kemahuan ingin bersaing – kemajuan negara akan diterajui oleh anak watan
sendiri pada masa depan
Isi 4
: Timbul isu keselamatan dan jenayah – tidak semua warga asing yang datang
dengan niat bekerja (terdiri daripada penjenayah yang sangat dikehendaki di
negara mereka) – kes-kes samun dan rompak bersenjata banyak melibatkan warga
asing – meningkatnya kes pembunuhan
Isi 5
: Timbul perebutan peluang ekonomi – warga asing yang mencuri peluang
berniaga (rakyat Indonesia dan Nigeria) – tapak gerai peniaga kecil di sekitar
Kuala Lumpur telah dimonopoli oleh warga asing
Isi 6
: Merampas peluang kerja rakyat tempatan – rakyat terpaksa bersaing untuk mendapat
kerja – keutamaan majikan memilih pekerja asing dengan relatif gaji yang lebih
rendah – hampir 100 peratus pasaran buruh kasar dimonopoli oleh
warga asing
Isi 7
: Timbul konflik budaya dan moral – membawa masuk pengaruh asing yang tidak
sesuai dengan budaya dan agama rakyat Malaysia – gejala pelacuran,
bersekedudukan – membawa kesan yang amat buruk kepada generasi muda – berlaku
masalah setinggan
Kesimpulan
: Tuntasnya,
peluang untuk hidup di muka bumi ini telah dibuka oleh Allah kepada semua
manusia. Tinggal lagi apabila rakyat di sesebuah negara itu tidak merebut
peluang yang Allah kurniakan, nescaya datanglah orang lain yang mencuri
kesempatan. Mungkin analogi ini tepat dengan situasi di Malaysia sekarang.
Seyogia rakyat Malaysia harus bangkit untuk menyelamatkan nusa ini daripada
ancaman berterusan daripada warga asing. Ingatlah, “Di sini bumi yang kita
pijak, justeru di sinilah langit yang kita junjung”.
ATAS
BEBERAPA KESILAPAN KECIL SEPERTI KESALAHAN EJAAN, SAYA MEMOHON MAAF
PETIKAN
DARIPADA KATA-KATA IMAM AL GHAZALI, “UNTUK MENGENAL DIRI LIHATLAH PADA CERMIN,
UNTUK MENGENAL PERIBADI BERCERMINLAH PADA WAJAH”
JUSTERU,
HIASILAH WAJAH ANDA DENGAN CAHAYA ILMU DAN NUR IMAN YANG TERBIT DARIPADA HATI
NURANI YANG IKHLAS SERTA BUDI BAHASA DAN TUTUR YANG SOPAN.
BERTEMU
SEMULA PADA TAHUN HADAPAN BERSAMA-SAMA MODUL SAYA EDISI 2013
IKHLAS
DARIPADA......
HAJI
ISHAK BIN MD SHAH
SM
TEKNIK ALOR SETAR, KEDAH
019
4789803
Subscribe to:
Posts (Atom)