Wednesday, May 5, 2010

novel Meniti Kaca T1

Sinopsis BAB KE BAB

BAB 1
1. Nazar pulang dari sekolah dan mendapati ibunya tiada di rumah.
2. Nazar kemudian pergi ke rumah makciknya untuk melihat adakah ibunya berada disitu.
3. Nazar kemudian diberitahu oleh sepupunya Fauzi bahawa ibunya tiada distu. Nazar mula bearasa risau kerana ibunya sakit nanar.
4. Mahyun, iaitu ibunya, suka merayau –rayau di sekitar kampung.
5. Nazar kemudian bertanya ibu saudaranya, Mak Miah, tetapi mendapat jawapan yang sama dengan Fauzi.
6. Nazar pergi mencari ibunya bersama kawan baiknya, Ah Seong dan ibunya Kim Moi.
7. Mereka menemui Mahyun duduk tersadai dan bercakap sendirian.
8. Mereka kemudian memujuk Mahyun supaya pulang ke kampung.

BAB 2
1. Nazar sedang meyiapkan kerja sekolahnya semasa Pak Sahar, ayah Nazar, memasuki bilik Nazar.
2. Pak Sahar hendak memberitahu Nazar Bahawa dia akan meghantar Mahyun ke Hospital Bahagia.
3. Nazar berasa sedih tetapi akhirnya bersetuju.
4. Mak Miah dan Pak Sehak turut bersetuju dengan cadangan Pak Sahar.
5. Nazar tidak hendak ibunya pergi ke Tanjung Rambutan tetapi tidak mengahalang kerana hendak ibunya sembuh.

BAB 3
1. Awal pagi, Mak Miah memakaikan Mahyun pakaian cantik kerana Mahyun akan dihantar ke Hospital Bahagia.
2. Nazar berasa sangat sedih apabila ibunya bertanya kemana ibunya akan dibawa pergi.
3. Nazar terkenang kisah lama iaitu sebelum ibunya sakit.
4. Ada yang mengangap Mahyun berpenyakit saka.

BAB 4
1. Mahyun sudah berada di Hospital Bahagia selama seminggu.
2. Rumah Nazar semakin sunyi.
3. Nazar bertanyakan ayahnya mengenai keadaan ibunya dan mencadangkan untuk melawat ibunya.
4. Pak Sahar menolak kerana dia sibuk bekerja.
5. Selepas siap minum pagi, Pak Sahar menaiki bas ke Lumut.

BAB 5
1. Nazar teringat nasihat Ah Seong supaya dia bersabar dan tabah mengahadapi ujian.
2. Nazar amat bersyukur kepada keluarga Ah Seong ya ng mengambil berat tentang dirinya.
3. Pak Sehak, Mak Miah, Zainab dan Fauzi datang ke rumah Nazar. Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi supaya kerja rumahtangga Pak Sahar terurus.
4. Nazar berasa sedih apabila terdengar perbualan Pak Sehak, Mak Miah dan ayahnya.
5. Pak Sahar menolak kerana dia tidak sanggup melihat Nazar mempunyai emak tiri.
6. Di bilik tidur, Nazar berfikir tentang ibunya dan juga adakah ayahnya ingin berkahwin lagi.

BAB 6
1. Zainab belajar Matematik dan Bahasa Inggeris dengan Nazar kerana dia amat bijak.
2. Mak Miah menasihatkan agar Zainab tidak belajar lagi di rumah Nazar dalam keadaan berdua-duan kerana dia takut perkara buruk akan berlaku.
3. Zainab tidak dapat nyenyak kerana bersimpati dengan Nazar yang selalu bersendirian.

BAB 7
1. Pak Sahar teringat akan Mahyun dan cadangan adiknya, Miah supaya dia kahwin lagi.
2. Pak Sahar menasihati Nazar supaya tidak rapat dengan Zainab kerana takut di buruk-burukan oleh orang kampung.
3. Nazar bertanyakan ayahnya mengenai ibunya kerana amat berindukan ibunya.
4. Nazar menyuruh Pak Sahar menjemput ibunya dari Hospital Bahagia.

BAB 8
1. Pada pertengahan bulan Oktober, Mahyun telah dibawa pulang dari Hospital Bahagia.
2. Ramai jiran datang melawat Mahyun. Walaubagaimanapun penyakit Mahyun belum sembuh.
3. Selepas tiga hari pulang, perangai Mahyun menjadi seperti biasa kerana dia suka merayau sini-sana.
4. Nazar cuba menghalang ibunya tetapi tidak berjaya.
5. Pak Sahar menyuruh Nazar membaca buku kerana esok peperiksaan akhir Semester dan jangan memperdulikan Mahyun kerana petang ini Mahyun akan balik.

BAB 9
1. Pada suatu petang, Mahyun masih belum pulang.
2. Nazar mencari ibunya di rumah Mak Miah dan Kim Moi tetapi ibunya tiada di situ.
3. Ah Seong ke rumah Sidang Seman untuk memberitahu bahawa Mahyun belum balik.
4. Sidang Seman menuyurh orang ramai berkumpul di halaman rumah Pak Sahar.
5. Orang kampung takut kalau-kalau Mahyun ke Padang Kerbau atau dilarikan oleh orang halus.
6. Usaha mencari Mahyun dimulakan dan orang ramai dipechakan kepada beberapa kumpulan.
7. Beberapa orang anak muda berdiri tegak dan memangku mayat Mahyun yang dijumpai tersepit dicelah batang kelapa di tepi sungai.

BAB 10
1. Penyempurnaan jenazah Mahyun dilakukan pada hari Isnin.
2. Di tanah perkuburan, kesukaran terpaksa dihadapi kerana air masuk ke dalam liang lahat jenazah Mahyun memandangkan hujan belum berhenti.
3. Jenazah Mahyun akan dikebumikan selepas waktu zohor.
4. Pak Sehak besimpati denagna Nazar yang sudah ketiadaan ibu.
5. Nazar mengambil sehelai daun getah dan melepaskannya ke dalam liang lahat ibunya.

BAB 11
1. Nazar dan Ah Seong sudah sebulan berada di tingakatan Tiga. Zainab pula di tingakatan dua.
2. Zainab sudah pandai memasak dan mengemas.
3. Selepas kematian Mahyun, makan minum Nazar dan Pak Sahar diuruskan oleh Mak Miah.
4. Pak Sahar ingin tahu pendapat Nazar sekiranya dia berkahwin lagi tetapi Nazar tidak memberi jawapan.

BAB 12
1. Kesihatan Pak Sahar semakin teruk.
2. Sikapnya sudah mula berubah kerana dia selalu ke masjid pada waktu magrib dan isyak.
3. Lima bulan lagi Nazar akan menduduki Peperiksaan PMR.
4. Zainab dan Nazar selalu belajar bersama-sama.
5. Kadang-kadang Ah Seong ada bersama tetapi pulang lebih awal.
6. Imam kampung datang dan bertanyakan hal ini kepada Pak Sahar.
7. Sidang Seman dan Nuar datang ke rumah Pak Sehak. Mereka memberitahu bahawa ada orang kampung nampak Nazar dan Zainab merayau-rayau di tepi sungai berhampiran dengan kawasan semak.
8. Nazar dan rakan-rakannya terus membincang mengenai projek yang sedang mereka usahakan. Esok mereka akan ke tepi sungai lagi.
9. Apabila Zainab pulang Mak Miah terus melarang supaya dia tidak ke rumah Nazar lagi.

BAB 13
1. Nazar akan menduduki Peperiksaan PMR esok. Zainab mendoakan semoga Nazar berjaya.
2. Nazar dan Zainab terkenang fitnah orang kampung terhadap mereka.
3. Mak Miah menyuruh Zainab balik kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah.
4. Malam itu,batuk Pak Sahar semakin menjadi-jadi. Pak Sahar berharap Nazar akan beroleh kajayan dalam peperiksaan nanti.

BAB 14
1. Penyakit Pak Sahar tidak juga sembuh-sembuh dan dia tidak sering ke pejabat.
2. Malam itu Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.
3. Pak Sahar menasihatkan agar Nazar tidak bimbang dan terus balajar bersungguh-sungguh.
4. Di sekolah, dia diberitahu bahawa beliau menerima lima unit.
5. Nazar mendapat tawaran belajar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
6. Zainab menghadiahkan kotal mizik.
7. Pak Sahar, Pak Sehak dan Mak Miah mengahantar Nazar ke sekolah barunya.

BAB 15
1. Di asrama, dia lebih suka menyendiri, dia sering membuka kotak muzik hadiah daripada Zainab apabila dia runsing.
2. Bunyi muzik dari kotak itu turut mengingatkan dia akan arwah ibunya.
3. Malam itu Nazar sukar tidur. Seorang warden datang menemui Nazar dan memberitahu bahawa ayahnya sakit dan berada di hospital.
4. Sebelum dia sampai di Hospital Lumut, ayahnya meningal dunia.

BAB 16
1. Nazar sudah menjadi anak yatim piatu.
2. Zainab datang ke rumah Nazar dan memberitahu bahawa ayahnya menjemput ke rumah bersarapan. Nazar menyuruh Zainab balik dahulu.
3. Nazar bercita-cita hendak menjadi doktor suatu hari nanti kerana ingin menyelamatkan orang yang senasib ayah dan ibunya.

SINOPSIS

Cerita ini dimulakan dengan Nazar mencari ibunya,Mahyun.Nazar kemudian menjumpai ibunya dengan pertolongan Kim Moi dan Ah Seong. Ibu Nazar kemudian dihantar ke Hospital Bahagia. Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan kepada Pak Sehak untuk berkahwin lagi. Pak Sahar menolak cadangan itu. Pada pertengahan Oktober, Mahyun pulang daripada Hospital Bahagia.Selepas beberapa hari,Mahyun hilang kemudian ditemui mati.Nazar mendapat lima unit dan kemudian di hantar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh. Pada suatu malam,Nazar dibangunkan oleh warden dan diberitahu bahawa ayahnya berada di hospital. Sebelum Nazar sampai ke hospital,ayahnya meninggal dunia.Sejak hari itu,Nazar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor.

TEMA

Tema dalam novel Meniti Kaca ialah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai halangan hidup.
Dalam novel ini, Nazar tabah menempuh ujian iaitu terpaksa berdepan dengan ibunya yang nanar. Dia terpaksa berpisah ibunya yang dihantar ke Hospital Bahagia untuk tujuan rawatan.
Selepas ibunya pulang dan masih tidak sembuh daripada penyakitnya, Nazar masih menghadapi ujian kerana ibunya masih merayau-rayu di sekitar kampung. Akhirnya, ibunya hilang dan ditemui mati.

PERSOALAN

1. Persoalan mengenai keharomonian hidup masyarakat bebilang kaum. Masyarakat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan tolong menlong antara satu dengan lain. Keluarga Ah Seong menunjukan layanan dan sikap positif terhadap keluarga Pak Sahar yang mengahadapi banyak masalah.
1. Persoalan mengenai sikap masyarakat yang suka menuduh tanpa usul periksa. Masyarakat yang hidup berjiran selalunya mengambil berat terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain. Nazar dan Zainab difitnah masyarakat kampung sedangkan hubungan mereka tidak melanggar keagamaan.
1. Persoalan mengenai kasih sayang. Kasih sayang diperlihatkan dalam keluarga dan sesama rakan. Nazar amat sayang akan ibunya kerana tidak sanggup berpisah dengan ibunya. Nazar sayang akan sepupunya, Zainab dan sentiasa mengambil berat terhadap sepupunya itu.

WATAK PEWATAKAN

Watak utama Nazar
- merupai anak tunggal Pak Sahar.
- Ingin mejadi seorang doktor..
- Seorang yang bijak.

Watak sampingan

Pak Sahar
- ayah kepada Nazar.
- Berusia dalam lingkungan empat puluhan.
- Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Lumut.
Mahyun
- ibu kepada Nazar.
- Dikatakan sakit nanar sejak melahirkan anak keduanya.
- Seorang yang cantik dan berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit.
- Mempunyai suara yang lunak dan merdu.
Zainab
- Merupakan anak kepada Pak Sehak dan Mak Miah.
- Merupakan seorfang yang cantik, ada lengsung pipit dan sentiasa menarik perhatian di kalangan rakan sekelas dan juga Nazar.

Ah Seong
- Merupakan anak kepada Kim Moi dan Ah Leong.
- Jiran danN sahabat baik kepada Nazar.

PLOT

Permulaan Cerita.

Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Nazar, Mahyun dan Zainab. Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tidak ada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang lain.

Perkembangan cerita.

Pak Saha mengambil tindakan menghantar Mayhun ke Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit nanar yang sedang dihidapi oleh Mahyun. Selepas beberapa bulan, Pak Sahar mengambil pulang Mahyun tetapi penyakitnya tidak sembuh. Suatu hari, Mahyun hilang dan akhirnya ditemui mati.

Perumitan Cerita

Nazar mengahapai pelbagai masaalah seperti ketiadaan ibu dan ayahnya yang sering sakit. Sementara itu, Zainab dilarang oelh ibu bapanya untuk belajar bersama-sama Nazar kerana penduduk kampung meburuk-burukan mereka.

Puncak Cerita.

Nazar dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi untuk melihat ayahnya yang dimasukkan ke hospital. Sebelum Nazar sampai ke hospital, Pak Sahar meninggal dunia.
Peleraian
Nazar terus belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh. Dia hendak mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang senasib ibu bapanya.

LATAR

1. Halaman rumh Pak Sahar.
2. Rumah Mak Miah
3. Kawasan Belukar di tepi sungai.
4. Bilik asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

GAYA BAHASA

1. Gaya bahasa smile. Contoh smile adalah lama kelamaan wajah-wajah hilang bagai ketulan air batu yang mencair.
2. Unsur bahasa pengulangan. Salah satu pengulangan anafora yang terdapat dalam novel ialah
· Adakah ayah akan berkahwin lagi?
· Adakah ayah sudah tidak sayang ibu lagi
1. Gaya bahasa bersonifikasi atau perorangan. Contoh personifikasi ialah persaan cemas mula bergayut diwajah Kim Moi dan agin bulan Oktober yang lembab itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong.

NILAI MURNI

1. Nilai kegigihan. Mendedahkan kegigihan dalam menghadapi sesuatu situasi.
2. Nilai kerjasama. Wujudnya kerjasama dikalangan masyarakat kampung.
3. Nilai keyakinan. Adanya keyakinan dalam usaha yang dilakukan oleh watak. Nazar yakin akan mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaaan PMR.
4. Nilai Kasih Sayang. Kasih sayang yang ditunjukkan sesama manusia seperti Nazar dengan ibunya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah tabah dan sentiasa sabar mengahadapi sesuatu dugaan seperti Nazar dengan kematian ibunya.
2. Kita mestilah tolong menolong antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan masyarakat yang baik.
3. Kita haruslah bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan untuk meringankan beban bagi mereka yang bernasib malang.
4. Kita wajarlah jangan suka memfitnahkan orang tanpa usul periksa seperti penduduk Kampung Kota menudah Nazar dan Zainab mempunyai hubungan sulit sedangkan mereka tidak berbuat demikian.
5. Kita patutlah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan seperti kejayaan Nazar mendapat lima unit dalam Peperiksaan PMR.

NOTA TAMBAHAN

ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1 – ZON 1 “MENITI KACA”

Soalan 1:Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan sinopsis novel tersebut.
[ 10 markah ]Jawapan

Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Novel ini mengisahkan Nazar, seorang anak tunggal dan masih dalam usia remaja. Oleh sebab ibunya nanar dan ayahnya selalu sakit, hidupnya tidak terurus. Begitu juga dengan makan minumnya. Jiran tetangga banyak membantu Nazar sekeluarga. Setelah ibunya meninggal dunia, Nazar terus gigih mengharungi hidup. Dia rajin belajar dengan rakan sekampung dan setingkatan. Tidak lama kemudian, ayahnya pula meninggal dunia. Nazar kehilangan kasih sayang ayah dan ibu. Dia bergantung harap kepada ibu saudaranya, rakan-rakan dan jiran tetangga. Berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan, dan keyakinan, akhirnya Nazar berjaya dalam menempuhi dugaan hidup. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Soalan 2:
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema dan persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.[ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Tema novel ini ialah kegigihan dan ketabahan seorang anak remaja mengharungi hidup. Nazar, seorang remaja yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dan tabah menghadapi dugaan.Persoalan pertama ialah semangat perpaduan. Semangat ini tergambar pada keluarga Ah Seong yang sentiasa memberi sokongan moral kepada Nazar agar tabah menghadapi dugaan hidup.Persoalan kedua ialah kemanusiaan dan kemasyarakatan. Sikap gotong-royong dan bekerjasama amat ketara pada masyarakat desa. Atas rasa simpati dan tanggungjawab bersama, orang kampung sanggup bekerjasama mencari Mahyun yang hilang, sehingga mayat Mahyun ditemui dan menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan secara bekerjasama.Persoalan ketiga ialah keluhuran budi dan baik hati. Selain Ah Seong, Kim Moi, dan Ah Leong yang memiliki sifat belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, dan saling memahami, Mak Miah, Pak Sehak, Pak Sahar, dan Zainab turut memiliki sifat sedemikian. Mereka mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh Nazar dan menunjukkan simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Nazar.Persoalan keempat ialah buruk sangka dan memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.

Soalan 3:
Huraikan Watak dan perwatakan bagi watak utama berdasarkan novel yang telah anda kaji.[ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak utama dalam novel ini ialah Nazar. Nazar seorang yang tabah. Buktinya, dia menghadapi penyakit ibunya yang nanar dengan tabah.Selain itu, Nazar digambarkan seorang remaja yang bijak dan pandai. Hal ini demikian kerana dia mendapat lima unit dalam peperiksaan PMR. Hal ini menyebabkan dia diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.Tambahan pula, Nazar seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi ibu bapanya. Dia tidak sanggup berpisah dengan ibunya yang dimasukkan ke hospital. Dia juga berasa cemas apabila ibunya hilang.Namun demikian, Nazar juga digambarkan sebagai seorang yang berfikiran matang. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda dirinya telah diterima dengan penuh kesabaran. Dia menganggap semua yang berlaku itu ujian Tuhan. Demikianlah perwatakan Nazar sebagai watak utama.

Soalan 4 :
Huraikan watak dan perwatakan bagi empat watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Watak sampingan pertama dalam novel ini ialah Pak Sahar. Pak Sahar merupakan bapa kepada Nazar. Dia bekerja sebagai pegawai luar di Lumut. Beliau seorang ayah yang penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi dan mengambil berat akan pelajaran Nazar. Dia juga amat menyayangi isterinya, Mahyun. Dia berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit isterinya. Oleh sebab sakit, dia meninggal dunia semasa Nazar berada dalam tingkatan 4.Mahyun merupakan salah seorang watak sampingan yang memainkan peranan penting dalam novel ini. Dia ialah ibu kepada Nazar dan isteri kepada Pak Sahar. Dia berpenyakit nanar sejak melahirkan anak keduanya. Dia seorang wanita yang berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit. Mahyun suka bernyanyi. Oleh sebab mempunyai suara yang merdu, Nazar pernah mendengar ibunya menyanyi dengan suara yang merdu. Dia juga seorang yang suka merayau. Dia selalu bertandang ke rumah jiran dan berleter di anak tangga. Dia meninggal dunia semasa cerita mencapai klimaksnya.Watak sampingan seterusnya ialah Zainab. Zainab merupakan anak kepada Pak Sehak, dia mempunyai seorang adik bernama Fauzi. Dia seorang gadis remaja sebaya Nazar dan memiliki paras rupa yang cantik kerana mempunyai lesung pipit. Zainab seorang yang rajin. Dia rajin menghantar makanan kepada Nazar dan rajin mengulang kaji pelajaran. Zainab seorang yang mudah bersimpati dan penyayang. Dia menyayangi, bersimpati dengan nasib malang yang dialami oleh Nazar.Ah Seong juga merupakan salah satu watak sampingan. Dia merupakan jiran Nazar. Ibunya bernama Kim Moi dan ayahnya, Ah Leong. Dia mempunyai dua orang adik iaitu Ah Meng dan Ah Leng. Dia seorang yang baik hati terhadap rakan dan jiran. Dia membantu rakan sebayanya, Nazar setelah Mahyun didapati hilang dari rumah. Dia memberitahu Sidang Seman mengenai perkara itu. Dia juga seorang yang rajin. Dia selalu belajar bersama-sama Nazar dan Zainab. Ah Seong seorang yang mudah bersimpati. Dia amat bersimpati atas dugaan yang menimpa Nazar. Dia sentiasa menasihati Nazar agar bersabar.

Soalan 5 :
Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang.Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati.Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu, hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital.Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Soalan 6:Teknik Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan teknik plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Dalam novel ini, terdapat beberapa teknik penceritaan yang penting. Teknik penceritaan pertama ialah dialog. Pengarang banyak menyelitkan perbualan antara Nazar dengan ayahnya, Pak Sahar.Teknik plot kedua ialah monolog. Monolog ialah teknik bercakap sendirian. Buktinya, Nazar membisikkan kepada dirinya bahawa emak tidak mengalami sakit jiwa seperti yang dianggap oleh kawan-kawannya.Teknik ketiga ialah teknik monolog dalaman. Monolog dalaman ialah kata-kata yang hanya terbit dalam hati seseorang watak. Buktinya, hati Nazar berbisik apabila mendapati ibunya tiada di rumah dan hatinya tertanya-tanya ke mana emaknya pergi.Teknik keempat ialah imbas kembali. Imbas kembali bermaksud pengarang memasukkan unsur ingat semula kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku. Contohnya, apabila berjauhan daripada ibunya, Nazar teringat akan ibunya yang pandai menyanyi.Teknik seterusnya ialah teknik imbas muka. Teknik ini juga dikenali sebagai ramalan pengarang dalam sesebuah penceritaan. Biasanya pengarang memasukkan perkataan seperti “akan” dalam petikan cerita. Buktinya, Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Dia mungkin akan mendapat sepuluh atau lima belas unit.

Soalan 7:
Huraikan latar tempat berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar tempat pertama ialah Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Buktinya, Mahyun dirawat di situ.Latar tempat kedua ialah rumah Nazar yang terletak di Kampung Kota. Buktinya, Nazar yang baru pulang ke rumah mendapati bahawa ibunya telah hilang entah merayau ke mana. Selepas itu, dia pergi ke rumah Kim Moi untuk bertanya tentang tempat yang ditujui oleh ibunya sejak pagi tadi.Latar tempat ketiga ialah di sungai. Ibunya meninggal dunia di kawasan sungai kerana tersepit di celah-celah pokok kelapa. Tempat ini telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Nazar.Latar tempat keempat ialah rumah Mak Miah. Rumah Mak Miah berdekatan dengan rumah Nazar. Biasanya Zainab menghantar makanan dari rumahnya ke rumah Nazar dengan berjalan kaki sahaja.Latar tempat kelima ialah Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Di sinilah Nazar meneruskan persekolahannya dalam peringkat menengah tinggi. Sekolah ini ialah sebuah sekolah yang berasrama penuh dan Nazar tinggal di asrama.

Soalan 8 :
Huraikan latar masa berdasarkan novel yang telah anda kaji berserta peristiwa yang berlaku pada masa yang anda nyatakan tersebut. [ 10 markah ]

JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Jarak masa novel ini berlangsung adalah lebih kurang dua tahun. Cerita bermula semasa Nazar berada dalam tingkatan dua dan berakhir ketika Nazar memasuki tingkatan 4 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.Latar masa siang banyak digunakan oleh pengarang. Buktinya, Zainab menghadiahi Nazar sebuah kotak muzik sebelum Nazar bertolak ke sekolah berasrama penuh di Ipoh.Latar waktu senja juga digunakan oleh pengarang. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bergerak mencari Mahyun yang hilang.Latar masa malam juga berlaku dalam perjalanan cerita novel ini. Buktinya, pada waktu malam, Mak Miah dan Pak Sehak mengunjungi rumah Pak Sahar dan mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi selepas kematian Mahyun.

Soalan 9:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kampung. Masyarakat ini diwakili oleh penduduk Kampung Kota yang terdiri daripada Mahyun, Nazar, Pak Sehak, Mak Miah dan banyak lagi. Penduduk kampung ini tinggal dalam keadaan damai dan sejahtera. Mereka diketuai oleh Sidang Seman.Latar masyarakat kedua ialah masyarakat Cina. Masyarakat ini diwakili oleh Kim Moi dan Ah Leong yang mempunyai anak-anak yang bernama Ah Seong, Ah Meng, dan Ah Leng.Latar masyarakat ketiga ialah masyarakat yang bekerjasama. Buktinya, selepas gagal mencari Mahyun seharian, Sidang Seman mengarahkan anak-anak buahnya bekerjasama mencari Mahyun yang hilang.Latar masyarakat keempat ialah masyarakat pelajar. Buktinya, Nazar, Zainab, dan Ah Seong merupakan golongan pelajar yang rajin berusaha dan sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama untuk menghadapi peperiksaan PMR.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang suka memfitnah. Buktinya, penduduk kampung terutamanya Sidang Seman sentiasa bersangka buruk dan membuat tohmahan terhadap Nazar dan Zainab apabila mereka ternampak Zainab belajar bersama-sama Nazar dan apabila mereka terserempak dengan Zainab dan Nazar di tepi sungai.Soalan 10:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]
JawapanNovel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Nilai pertama ialah kegigihan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.Nilai kedua ialah bekerjasama. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.Nilai ketiga ialah keyakinan. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.Nilai keempat ialah kasih sayang. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.Nilai seterusnya ialah hormat-menghormati. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 11:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Pengajaran pertama ialah kita mesti gigih berusaha untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan. Buktinya, Nazar gigih menempuh cabaran demi cabaran dalam hidupnya. Apabila ibunya sakit, dia terpaksa berpisah dengan ibunya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia juga gigih menghadapi dugaan tersebut.Pengajaran kedua ialah kita harus mengamalkan sikap bekerjasama terutama apabila menghadapi sesuatu masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Mahyun yang hilang. Akhirnya, mereka berjaya mencari Mahyun.Pengajaran ketiga ialah kita patut mempunyai keyakinan dalam semua hal yang kita buat. Buktinya, Nazar yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Apabila ditanya oleh Pak Sahar, dia berkeyakinan akan mendapat sepuluh atau lima belas unit dalam peperiksaan tersebut.Pengajaran keempat ialah kita harus saling menyayangi antara satu sama yang lain. Buktinya, Nazar amat menyayangi ibunya kerana dia keberatan untuk berpisah dengan ibunya. Pak Sahar pula menyayangi Nazar dengan memberi nasihat agar Nazar belajar rajin-rajin.Pengajaran seterusnya ialah kita mesti hormat-menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Dalam novel ini, Nazar menghormati bapanya. Zainab menghormati ibu bapanya dan Ah Seong menghormati ibu bapanya. Selain itu, perasaan hormat-menghormati wujud dalam masyarakat kampung. Hal ini dapat dilihat daripada hubungan yang terjalin antara keluarga Pak Sahar dengan Pak Sehak.

Soalan 12:Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Gaya bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu karya. Gaya bahasa pertama ialah simile. Antara contoh simile yang terdapat dalam novel ini ialah Lama-kelamaan wajah-wajah itu hilang bagaikan ketulan air batu yang mencair. Contoh kedua ialah Istana sepi bagaikan gua.
Gaya bahasa kedua ialah metafora. Buktinya Api kemarahan rupanya masih lagi membara di lubuk hati Pak Sehak. Api ialah unsur konkrit manakala kemarahan ialah unsur abstrak.
Gaya bahasa ketiga ialah perulangan. Buktinya:Apakah ayah akan berkahwin lagi?Apakah ayah sudah tidak sayangkan ibu lagi?
Gaya bahasa keempat ialah personifikasi atau unsur perorangan. Contohnya, Perasaan cemas mula bergayut di wajah Kim Moi dan angin bulan Oktober yang lembap itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong. Dalam contoh tersebut, angin mempunyai sifat manusia yang boleh menampar.
Gaya bahasa seterusnya ialah peribahasa. Antara peribahasa yang digunakan dalam novel ini ialah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” dan “tepuk air di dulang, sedikit sebanyak terpercik juga ke muka sendiri”.

No comments:

Post a Comment