Thursday, May 6, 2010

F4 BM: cakap ajuk cakap pindah

PERKARA PENTING DALAM MENUKARKAN AYAT
(CAKAP AJUK- CAKAP PINDAH)

1. Kata seru mesti digantikan oleh perkataan yang menjelaskan perasaan penutur
2. Kata tanya mesti digantikan dengan perkataan yang sesuai.
3. Jangan gunakan singkatan
4. Tukarkan kata ganti nama diri
5. Gugurkan semua tanda baca kecuali tanda koma dan noktah.
6. Tukar perkataan yang menunjukkan tempat, masa, keadaan, dan sebagainya kepada perkataan yang sesuai.ini: itu, begini : begitu, sekarang: ketika itu, di sini: di situ, esok: hari berikutnya, di pondok ini: di pondok itu
7. Tambahkan imbuhan pada kata kerja.
8. Jangan menokok tambah unsur yang tiada dalam petikan asal.

1. Tukar singkatan kepada perkataan yang lengkap. nak : hendakmak : emakkak : kakaktak : tidak

2. Tukar perkataan yang menunjukkan tempat, masa, keadaan, dan sebagainya kepada perkataan yang sesuai. begini : begitudemikian ini : demikian itusekarang : ketika ituesok : hari keesokan/ hari berikutnyadi sini : di situdi rumah ini : di rumah itu

3. Ganti kata seru kepada makna yang sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk. cis : dengan perasaan marahwah : dengan perasaan kagumhore : dengan perasaan gembiraeh : dengan hairannya...

4. Tukar kata ganti nama diri kepada kata ganti nama yang sesuai dengan cakap ajuk. “Saya masih belum makan,” kata Ganesh. Ganesh berkata bahawa dia masih belum makan.

5. Gunakan kata hubung pancangan seperti agar dan bahawa dalam cakap pindah. “Saya tidak mahu pergi,” kata Azri. =Azri menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.

6. Tukar ayat daripada cakap ajuk kepada cakap pindah mengikut maksud yang sesuai. “Moga-moga anakmu itu akan pulang,” kata Nora kepada Sazana.
=Nora berharap agar anak Sazana akan pulang. “Adakah kamu akan datang esok?” tanya Encik Bakri kepada Laila. =Encik Bakri bertanya kepada Laila sama ada dia akan datang pada hari berikutnya.

LATIHAN 1Contoh: Lim : Mengapa awak datang ke sini Sam?
=Lim ingin tahu tujuan/ sebab Sam datang ke situ. (/)
=Lim ingin tahu mengapa Sam datang ke situ (x)


1. Samad: Bagaimanakah kamu membuat kuih ini Ali?
....................................................................................................................................
2. Ali: Apakah yang tersimpan di dalam laci ini Samad?
......................................................................................................................................
3. Samad: Siapa nama budak itu? .....................................................................................................................................
4. Ali: Ke mana kamu hendak pergi Samad?
........................................................................................................................................
5. Samad: Apa khabar Ali?
...........................................................................................................................................
6. Ali : Bilakah kejadian ini berlaku? ........................................................................................................................
7. Samad : Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?.......................................................................................................................................
8. Ali: Mengapa kamu lewat Samad? ................................................................................................................................................
9. Samad: Kamukah yang melakukannya Ali? .................................................................................................................................................
10. Ali: Kalau bukan awak siapa lagi Samad?

Contoh Soalan 1:Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Aiman:Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?

Kok Seong:Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.

Aiman:Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.

Kok Seong:Apakah yang menarik di kampung awak?

Aiman :Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan.

Jawapan:
Aiman ...................... tentang rancangan Kok Seong pada masa cuti ................................... Kok Seong ............................bahawa .........tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman .................................. Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Kok Seong .................................. keistimewaan kampung Aiman. Menurut ................., di kampungnya terdapat sungai dan .................... boleh memancing. Di samping itu, ...........................kampung.................. musim buah-buahan.

No comments:

Post a Comment